Bagaimana UMNO Menyelesaikan Masalah Rakyat Posted on Monday, June 13 @ 20:23:22 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Oleh: umnopenipu
"
Malaysia adalah negara yang kaya raya tetapi rakyatnya miskin dan ada yang papa kedana. Ramai yang percaya dengan teori bahawa jika kerajaan kaya maka rakyatnya juga kaya.Tetapi ini hanyalah bersifat teoritikal. UMNO telah memanipulasikan teori ini dan mempandirkan pemikiran orang Melayu sejak sekian lama.
UMNO komited melaksanakan teori Yahudi iaitu pembohongan, apabila diulang-ulang akhirnya akan diterima sebagai kebenaran. Dalam usaha untuk memastikan rakyat (Melayu khususnya) terus terbelenggu dengan kepandiran, UMNO akan menentang sebarang usaha untuk mendedahlan penipuan mereka.
Mereka telah membebani rakyat dengan ribuan masalah. Terdapat rakyat hidup dalam senang tetapi berhutang sampai mati. Terlalu ramai yang miskin tetapi pasrah dengan takdir kerana UMNO telah merosakkan minda mereka kononnya kemiskinan mereka adalah kerana takdir dan akibat sikap mereka sendiri.Oleh itu mereka perlu bersabar, menerima hakikat dan redha seadanya. Adapun yang kaya adalah terdiri daripada Menteri, atau pembesar-pembesar UMNO, kroni-kroni dan saudara mara mereka. Kekayaan mereka ini dijadikan hujah kepada Melayu yang sudah terpandir bahawa UMNO telah berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu.
Malaysia telah dijadikan oleh Tun Mahathir sebagai “Negara Boleh atau Boleh Land”. Segala-galanya (kononnya) boleh dilaksanakan oleh Malaysia. Iklan-iklan di kaca televisyen memaparkan kononnya rakyat pelbagai kaum bersatu, Malaysia sebagai negara yang maju dan rakyatnya hidup dalam kemewahan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka ada siaran “Bersama Mu” dan lain-lain rancangan terbitan TV milik mereka sendiri. Semuanya memaparkan kesempitan dan kepedihan hidup rakyat marhaen di negara yang kaya raya ini. Along, buang bayi, dadah, pesundalan,arak, kemiskinan, rasuah, rempit, lepak, bohsia, bohjan, judi, fitnah, kemalangan jalanraya, salahguna kuasa.. dan apa lagi??? Sebut apa saja kejahatan di dunia ini, semuanya ada di Malaysia Boleh ciptaan UMNO durjana ini. Jangan kata tiada pembunuhan. Ibrahim Libya,Zulkifli Mohamed, Mohamad Sarbani, Teoh Beng Hock dan Anwar Ibrahm (yang hampir nak mati dikerjakan oleh mereka). Semua ini angkara siapa?? Semua rakyat yang berfikiran waras dan yang gagal diperbahalolkan oleh UMNO durjana ini tahu jawapan kepada soalan mudah ini.
Setelah lebih dari setengah abad memerintah Malaysia, UMNO tidak faham atau pura-pura tidak faham masalah rakyat. Oleh kerana pada UMNO, segalanya adalah politik, maka mereka melakukan sesuatu dengan maksud dan kepentingan politik. Di bawah ini kita senaraikan masalah-masalah masyarakat yang sudah menjadi masalah nasional dan bagaimana UMNO mengatasi masalah-masalah ini.
Bil | Masalah | Cara Penyelesaian UMNO | Penyelesaian Sewajarnya |
1 | Rakyat dibelenggu hutang | Tubuh AKPK | Naikkan gaji |
2 | Kemalangan Jalanraya | Saman ekor, salahkan pemandu, bina tol | Perkasakan pengangkutan awam seperti perluaskan penggunaan keretapi, hapuskan tol, saman ekor dan besarkan serta perelokkan jalanraya. |
3 | Penyalahgunaan Dadah | Bagi ‘syringe’ dan ubat dadah percuma | Didikan agama dan tangkap pengedar besar. |
,4 | Persundalan | Beri lesen rumah urut, pandang sebelah mata. | Didikan agama dan tukar system pendidikan negara. |
5 | Buang Bayi | Bina rumah ibu tunggal | -sda- |
6 | Rasuah | Tangkap dan fitnah parti pembangkang. Tetapi jika mereka rasuah, tutup fail. | Bagi kuasa pendakwaan dan tangkapan pada Pakatan Rakyat. Maka ramai menteri termasuk PM akan kantoi. |
7 | Mat Rempit | Saman, bina litar lumba | Ubah system pendidikan |
8 | Arak | Bagi lesen biarkan dan kutip cukai | Haamkan dan wujudkan kawasan tertentu sahaja untuk jual arak. |
9 | Judi | Bagi lesen, biarkan dan kutip cukai | -sda- |
10 | Salahguna kuasa | Cipta saja fitnah bahawa parti pembangkang juga salahguna kuasa dan kelirukan minda rakyat | Dakwa PM dan menteri-menteri lain sebagaimana kamu buat pada Datuk Seri Anwar dahulu. |
11 | Barang Naik | Gunakan semula duit satu sen, rakyat mesti dipersalahkan. | Tukar Kerajaan BN kepada kerajaan PR |
12 | Rakyat tiada rumah | Skim rumah pertama ku mampu milik berharga RM220,000.00 | Buat rumah asas dan murah yang boleh diperbesarkan. Guna konsep sewa beli. |
13 | Kemiskinan | Salahkan rakyat dan beri RM150 sebulan melalui JKM kepada beberapa kerat rakyat sahaja. | Turunkan harga barang, sediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang kompetitif. Haramkan kemasukan orang luar sebagai pekerja. |
Senarai di atas bukanlah lengkap. Tedapat banyak lagi masalah rakyat yang tidak pernah selesai seperti masalah tanah, air, pencemaran, kesihatan dan lain-lain. Kita yakin dan percaya, UMNO tidak akan berupaya menyelesaikan masalah rakyat selama-lamanya kerana antara faktornya ialah kebebalan otak pemimpin UMNO/BN, kezaliman, kerakusan kepada kuasa, tamak haloba dalam merompak hasil negara dan sikap busuk hati mereka lebih-lebih lagi kepada bangsa merekasendiri yang tidak menyokong mereka. Sudah tiba masanya semua rakyat perlu memikirkan soal reformasi menyeluruh kepada system politik negara. Jika tidak, Malaysia akan rosak musnah dalam dekad yang terdekat ini angkara UMNO/BN durjana. Percayalah.
No comments:
Post a Comment