Rihat Minda


Tuesday, 2 March 2010

Bekas Mufti Perlis disekat dari berceramah menyentuh agama Islam di Pahang. Kesian mantan Mufti ni. Ke sana-sini disekat dan tersekat. Apa nak buat, 1Malaysia maa..!!


JAIP oii.. JAIP! Hang pasai apa ? Apa cerita ? Macam inilah. Sabtu minggu lalu, 27hb. Feb. baru-baru ini Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis telah dijemput untuk berforum tentang Undang-undang Syariah oleh Jawatankuasa Surau Ar-Raudah Pelindung Beserah, Kuantan. Alhamdulillah ramai yang datang kerana semalamnya, ada ceramah Mat Sabu di Sungai Ular. Pagi sebelumnya ada pemeriksaan kesihatan percuma. Okay lah tu !

Bila malam, bulan mengambang ketika program sedang lancar berjalan, maka datanglah gerombolan trak JAIP dengan pasukan penguatkuasa cuba menghalang Dr Mohd Asri dari berforum. Selepas berunding Dr Asri hanya boleh berforum tanpa menyentuh isu agama islam. Pulak ? Dr. Asri ini 'tok sami' kaa ? yang sampai tak boleh sentuh isu agama islam?

Arahan tak masuk akal. Malah beliau dihalang oleh JAIP atas arahan Pejabat Mufti Pahang. Kenapa jadi begitu? Oleh kerana beliau telah diundang, maka Dr Asri pun duduk di kerusi forum, tak sampai setengah jam selepas berucap sedikit, beliau pun angkat kaki.

Pengerusi malam itu Peguam Fadli dari Rompin memujuknya agar tunggu sekejap, juga Ustaz Nasruddin Tantawi. Dalam masa yang sama Dr. Azhar Yaakop sedang berucap. Setelah turun, dia luahkan kekecewaannya kerana dia dijemput tapi dihalang JAIP dari menyentuh isu agama. Habis nak cerita apa ? Cerita Nobita dengan Doraemon ? Gila kaa..apa !

Persoalan yang menjadi misteri dikalangan yanghadir malam itu, kenapa Mufti Pahang takut sangat dengan Dr Asri? Kenapa mestidi halang beliau berforum? Dr Asri bukan berkuliah atau beri ceramah. Ini kerana surat yang dihantar ke JAIP dari Mufti Pahang, salinannya ada kami tengok. Beliau seperti tidak senang dengan kehadiran Dr Asri. Memang tak faham sungguh !

Sepatutnya orang agamawan lebih tahu mana pokok persoalan yang penting dan tak penting. Kalau kita tak sependapat dengan Dr Asri tidak mengapalah. Dr Asri bukan Sesat...ada beliau didakwa bawa ajaran sesat ? Kalau dia sesat, tangkaplah..!

HURU HARA majlis malam tu. Sampai Ustaz Nasruddin, Peguam Fadli dan Dr Azhar meluahkan kekecewaan masing-masing, sampai saya tengok dah tak macam forum, jadi ceramah umum. Kecewa dengan sikap Jabatan Agama yang tak konsisten. Forum agama dihalang, pesta di kelab malam ...no problem pulak ?



Untuk pengetahuan semua, banyak pendapat Dr Asri saya tak setuju tapi apa salahnya kita berdialog. Islam meraikan pelbagai pendapat asal tak lari dari aqidah dan syariat. Sibuk nak halang orang agama bercakap tapi tak nak bersihkan Bandar Kuantan dari maksiat sampai orang luar cakap Kuantan Hatyai Pantai Timur. Kecewa lagi saya dengan Jabatan Agama. Kecewa dengan Mufti Pahang. Insyaallah kita akan jemput Dr Asri dan PAS akan sediakan platform untuk beliau berforum. Kita Tunggu.

(*) sumber dieptik dari blog aidilbalsus (link).

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive