Rihat Minda


Saturday 5 December 2009

SATURDAY, DECEMBER 05, 2009

Royalti Minyak Kelantan: GEGAR Atur Program Penerangan

Isu Royalti Minyak Kelantan akan dibawa keperingkat Nasional oleh sebuah badan yang baru sahaja ditubuhkan hari ini dan ianya dikenali dengan nama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Dalam 1 sidang media yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), Dr. Abdul Halim Yusof selaku Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memaklumkan bahawa pihaknya sedang merancang untuk mengadakan 1 konvensyen yang akan membincangkan isu Royalti Minyak di Kuala Lumpur dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.
GEGAR juga secara terbuka menjemput mana-mana badan, orang perseorangan atau kumpulan yang berminat untuk menyertai GEGAR dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri-negeri yang telah dinafikan haknya dalam isu pembahagian Royalti Minyak.

Sebelum ini, sebuah badan yang sama telah ditubuhkan dalam menangani isu Royalti Minyak Terengganu iaitu MAMPAT.

Dalam kenyataan yang sama, GEGAR juga menjelaskan bahawa pihaknya yakin pihaknya akan mendapat kerjasama penuh daripada Kerajaan Negeri Kelantan dalam semua program-program yang bakal diatur oleh GEGAR dalam siri Jelajah Negeri Kelantan dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat Kelantan berhubung dengan isu Royalti Minyak.
  • Banyak kenyataan yang rakyat Kelantan masih belum faham dalam kewajipan Petronas dibawah Kerajaan Pusat membayar Royalti Minyak kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak. ini adalah kerana media perdana dan Menteri-Menteri Pusat telah mengambil peranan memutar belitkan fakta sehingga kebanyakan rakyat tidak faham.
Pihak GEGAR juga akan meminta kerjasama dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab merangka perjanjian Royalti Minyak.
  • Kemungkinan besar, kita akan menjemput Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersama kita dalam Konvensyen yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti. walau bagaimanapun, setakat hari ini, pihak GEGAR masih belum memaklumkan secara rasmi atau tidak rasmi akan hasrat GEGAR kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Kenyataan Akhbar Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ditubuhkan pada 5hb. Disember, 2009 yang mewakili Gabungan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri daripada lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).

Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

GEGAR akan :
  1. Mengembelingkan tenaga semua pihak tanpa mengira sempadan agama, politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui berbagai cara.
  2. Mengadakan "Konvensyen Rakyat : Royalti Petroleum - Antara Hak dan Ihsan..?" di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
  3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat diatas.
Dengan itu, GEGAR menggesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive