Serah `Anjung Menunggu` Kepada Pihak Sekolah
Anjung Menunggu ini diguna oleh murid-murid sekolah sebagai tempat berkumpul menunggu kenderaan tiba sama ada bas atau kenderaan bersendirian datang menjemput mereka. Dengan ini mereka dihimpun pada satu tempat, terlindung dari hujan, panas dan tidak berkeliaran yang boleh membahayakan keselamatan mereka dari segi lalu lintas.
Semasa ADUN tiba di Anjung Menunggu ini juga murid-murid berbaris sebelum masuk ke kantin untuk menyertai majlis yang dianjurkan oleh sekolah. Dalam upacara ringkas yang dihadiri Guru Besar, guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan acara, ADUN menyerahkan `Anjung Menunggu` kepada YDP PIBG Sekolah Saudara Zul, memotong reben dan menandatangani penyerahan pada buku yang disediakan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengasas Pasar Tani
Pasar Tani, Bandar Baru Bangi, 2 Zulhijjah = 19 Nov. (Khamis)
4.00 Ptg. ADUN turun ke Pasar Tani menyertai Majlis Rembang Idul Adhha sempena ke hadiran hariraya berkenaan seminggu lagi. Hadir merasmikan YDP MPKj Dato` Hassan Nawawi Abdul Rahman. Turut hadir Tuan Haji Ruhaizad Ridhwan Pengarah FAMA Negeri Selangor dan pegawai-pegawainya. Majlis diadakan bagi mempromosi barangan Pasar Tani di samping memberi penghargaan kepada peniaga-peniaga terbaik dan terbersih. Acara dimulai dengan membelah lemang, merasai sop sayur (kobes) dan lawatan ke gerai-gerai. Sambutan Rembang Idul Adhha dimulai buat pertama kali di Bandar Baru Bangi bagi tahun ini dan akan diikuti 47 buah Pasar Tani yang lain.
ADUN diberitahu oleh En. Kamaruzzaman bin Abdul Hamid salah seorang Ketua Pasar Malam bahawa, Pasar Tani mula dicetuskan oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1985 pada masa beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia bertempat di tanah lapang Sulaiman Court (kini bangunan Sogo) Kuala Lumpur. Pasar Tani ini berkembang dan berdaya maju. Kini jumlah Pasar Tani makin bertambah. Pasar Tani mempunyai identitinya sendiri dengan menggunakan payung besar berwarna hijau. Peniaga-peniaga beruniform dan berapron. Perniagaan tertumpu pada barang-barang makanan keperluan harian seperti ikan, daging, sayur, telur buah-buahan, makanan kering dan basah dan bahan-bahan pertanian.
Pasar Tani di Bandar Baru Bangi bermula 1987 bertempat di lokasi sekarang di seksyen 16 pada setiap petang hari Khamis. Kini seramai 74 peniaga terlibat. Menurut Encik Hilmi Pegawai Fama Daerah Hulu Langat yang pejabatnya berdekatan dengan Pejabat ADUN Bangi di Seksyen Satu, ``Volume perniagaan setiap Khamis di Bandar Baru Bangi ini melibatkan suku juta ringgit.``. Menurutnya lagi, ``Daya beli penduduk Bandar Baru Bangi antara tertinggi, lantaran itu jualan mingguan meningkat hingga RM150,000/=``
Ketika ditanya kepada Encik Yusof Penyelaras Pasar Tani Selangor, ``Adakah dari kalangan peniaga Pasar Tani menjadi tokoh peniaga terkenal ?``. Beliau menjawab, `Ada !, Contoh Peniaga Pasaraya Maidin, Haji Nasir jutawan peniaga krepek.dan lain-lain``. Beliau menambah,
,``Kepada peniaga-peniaga pelapis kita melatih para lulusan universiti yang berminat menjadi usahawan tani``. Menurutnya, ``Pasar Tani perlu berdaya maju dan dapat menandingi pasar-pasar raya yang makin bertambah.`` Bila ditanya bagaimana caranya ?
Menurutnya, ``Melatih peniaga-peniaga dengan kursus perniagaan dan pemasaran dan mempertingkatkan cara persembahan dan penampilan jualan. Antaranya menggunakan jualan secara caravan.``.
Peniaga terbersih yang terpilih hari itu ialah Puan Misrawati peniaga sop gearbox dan Peserta Terbaik ialah Encik Muhammad Penjual Apam Balik.
Thursday, November 19, 2009
Tidakkah Kalian Perasan ?
Mereka menyerang
Dari berbagai penjuru
Dan kita sepatutnya
Tidak saja berkubu
Tetapi menyerbu !.
Peristiwa hitam di Perak
Perampasan haram Dewan
Atas prinsip menghalalkan cara
Membuat mereka kepingin
Menguasai Selangor terkaya
Berstrategi dan pusat kuasa.
Ingatkah dengan propaganda
Mengambilalih Selangor Ogos 2009 ?
Mereka mengatur tindakan
Kepada pimpinan DAP
Strateginya pendekatan kekerasan
Mereka menggeledah pejabat Exco
Mentorture Setiausaha Politik
Hingga Teoh Beng Hock mati
Dalam siasatan SPRM
Lantaran itu terhenti sementara
Siasatan cara kekerasan
Oleh bertubinya kecaman.
Pada Parti Islam
Berlembut adalah pendekatan
Menarik pimpinan bekerjasama
Selepas gagal mengeksploitasi isu arak
Kepala lembu di Shah Alam
Merekalah menjuarai berarak
Tapi isu diselesai secara bijaksana
Ternyata mereka terhina.
Kepada pimpinan Keadilan
Kini pendekatan pendedahan
Isu saham YB Azmin dipersoal kebenaran
Dan terbaru pembelian Talam
Sengaja diexploitasi keputusan.
Semuanya perancangan kotor
Bukti ghairah mereka pada kekuasaan
Kini mereka mewar-warkan gugatan
Plan kedua pengambilalihan
Selangor Mac 2010 depan
Jangan ada Badrul Hisham kedua
Jangan ada menikam dari belakang.
Segalanya adalah amaran
Mencabar persediaan Pakatan
Seharusnya bertindak agresif
Waspada pada musuh nyata
Tangan ghaib diberbagai jabatan
Kerjasama erat dengan musuh diam-diam
Ternyata berbagai bukti dan kenyataan
Jelas dan membenarkan
Tiada masa dan ruang dilengahkan
Tuntutan utama mengukuhkan Pakatan
Mengkesampingkan perselisihan
Bersatu mengatur pelan bertindak
Memusnah strategi lawan
Pastikan berpihak pada kita
KEMENANGAN !
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
02 Zulhijjah 1430
19 November 2009.
Khatam Qur`an Dan Hari Kecemerlangan
Pagi ini Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam mengadakan Majlis Khatam Qur`an dan Hari Kecemerlangan 2009 dihadiri ADUN Bangi, YDP PIBG, Imam Masjid Sungai Ramal, Guru Besar, ibu bapa dan murid-murid sekolah yang berjumlah 986 orang.
Menurut YDP PIBG En. Kamsari Bin Haji Noor Sekolah Agama Sungai Ramal dibuka pada tahun 1958. Oleh kerana tidak kecukupan tempat pernah menggunakan Masjid Sungai Ramal sebagai tempat belajar pada 1963. Bangunan sekolah yang lengkap kini digunakan pada tahun 1986. Guru Besar Ustaz Jamaluddin pula memberitahu, Majlis yang diadakan pada tahun ini ialah untuk memberi pengiktirafan terhadap kejayaan murid-murid.
Daripada 161 murid yang mengambil peperiksaan akhir tahun ini 67.1% berjaya lulus. Daripada mereka 2 orang mencapai mumtaz, 22 jayyid jiddan, 28 jayyid, 56 maqbul dan 53 dhaif. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah rendah agama terbaik di Hulu Langat.
ADUN Bangi mengucap tahniah kepada sekolah yang dapat mengadakan Majlis Khatam Qur`an dan Hari Kecemerlangan dan mengharapkan sekolah dan murid-murid mencapai tingkat kecemerlangan, bukan saja di dalam peperiksaan yang baru dilalui, tetapi juga pada masa hadapan.
ADUN Bangi bermegah di atas kemajuan sekolah yang mencerminkan kemajuan pelajaran agama di kawasan DUN Bangi. ADUN Bangi diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar berjaya.
No comments:
Post a Comment