PETANDA UMNO@BN PERAK BAKAL TUMBANG?
Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.
Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.
Mungkinkah ini sebagai petanda kepada tumbangnya Kerajaan kudeta Umno@BN di Perak setelah merampas kuasa pilihanrayat kira-kira 10 bulan lalu. Mahkamah Persekutuan bakal membuat keputusan dalam tempoh terdekat siapa Menteri Besar Perak yang sah. Kepada Datuk Zambry Bin Abd. Kadir mungkin boleh cari kotak dan sewa lori untuk pindah barang dari pejabat. Wallahualam
No comments:
Post a Comment