Hikmat Solat Berjemaah.
Banyak Hikmah dari Solat secara berjemaah sehinggakan ianya ditawarkan pahala 27 darjat seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya solat berjemaah adalah menifestasi dari sebuah kerajaan, adanya pemimpin dan adanya rakyat(jemaah).
Perintah untuk mengikut pemimpin yang mengikut perintah Allah dan Rasul tergambar dalam Solat berjemaah itu. Kerana itu wajib seorang mufaraqah imam yang batal solatnya. kerana itu ciri-ciri seorang Imam adalah orang yang terbaik dikalangan jemaah samada akhlaknya, ilmu,dan bacaannya. Dalam satu hadits Rasulullah bersabda yang bermaksud :Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam .
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, ruku`lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.(Al-Mu`min: 42 )
Gambaran solat berjemaah sebagaimana yang digambarkan oleh Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda bermaksud:Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertakwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya .
Betapa Indahnya Islam....
No comments:
Post a Comment