Rihat Minda


Friday 19 February 2010

Balasan Allah Kerana Menghina Nabi s.a.w

Perjuangan Rasulullah s.a.w berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah s.a.w turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.

Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Rasulullah s.a.w. Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang putri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.

Tetepi selepas baginda s.a.w diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.

Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah s.a.w, "Wahai Muhammad! Aku ceraikan putrimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."

Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah s.a.w. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam. Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.

Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.

Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang diekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.

Apabial semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.

Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah s.a.w.. Akhirnya Allah pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive