Rihat Minda


Saturday 2 May 2009

Agama anak: Macma juga bantah keputusan kabinet

PULAU PINANG, 2 Mei: Keputusan kabinet bahawa anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya setelah mereka memeluk Islam telah dikecam hebat oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia(Mecma).

Menurut Setiausaha Agong Mecma,Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.

"Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.

"Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka," katanya.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.

"Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.

"Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri," katanya.

Mauizah: Mohon ampun, tutup keaiban dosa daripada terdedah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum. 


Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

Friday 1 May 2009

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003 

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL

Kanak-kanak Hilang






Thursday 30 April 2009

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam

  • 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
  • 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
  • 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
  • 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
  • 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
  • 6) Lemahkan bangsa Arab.
  • 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
  • 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
  • 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
  • 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Khamis 30 April 2009

SAUDI Kejar Kemajuan, Musnahkan Sejarah

Arab Saudi, seperti juga negara-negara lain yang bergelumang harta, terus melakukan modernisasi. Selain secara pemikiran, seperti diangkatnya seorang wanita dalam jajaran kementerian di negara itu, juga pembangunan fizikal pun dilakukan. Tetapi, perkembangan Arab Saudi, khususnya kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan peninggalan-peninggalan sejarah Islam. Makin habis bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Bangunan-bangunan itu dibongkar atas berbagai-bagai alasan, namun sebahagian besar kerana ingin seiringan dengan rupa kota-kota besar di dunia. Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam akan dibongkar untuk perluasan tempat meletak kereta. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu digusur. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga anak-anaknya dilahirkan serta Khadijah meninggal.

Beberapa bulan yang lalu, Sami Angawi, pakar arkitek Islam di wilayah Arab mengatakan bahawa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam dimusnahkan. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

“Saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bahagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat meletak kereta,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir.

Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994.Nasib peninggalan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul SAW.

Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi yang dikejar. Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeologis (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah mahupun sebelumnya dengan dalih obyek wisata.

Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari. Wallohu alam bi shawab. (sa/skpc)

sumber

SATUUMAT: Dulu keturunan Nabi Muhammad di Hijaz mereka serang, bunuh, siksa dan singkir. Kini sisa-sisa Rasulullah pula hendak mereka lenyapkan. Sila baca INFO ARAB SAUDI untuk maklumat lanjut (sebelah kanan bawah).

Tuesday 28 April 2009

Buta Mata Atau Buta Hati

http://islamcan.com/miracles/icemountain.shtml

“Masya Allah… tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dengan berita sebegini.

“Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika, jika dilihat dengan imej satelit. Subhanallah!”, terlopong segelintir kita dibuatnya.

“Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.

“Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”, hingga terbit sebuah halaman web rasmi untuk ‘ikan Allah’ ini.

ikanallah.jpg
Ikan Allah?

Saya masih tidak faham. Sejak dulu lagi saya memang kehairanan. Mengapakah masyarakat kita sangat obses dengan kemunculan imej yang dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat. Di langit, di perut lembu, di dalam isi tembikai, di kepala budak, di batang pokok di hutan, di sarang lebah dan entah di mana lagi…

Apakah semua itu keajaiban?

Mungkin ya, tetapi mungkin sangkaan semata.

Tetapi apa yang pasti ialah, mengapa hanya dengan kemunculan benda-benda sebegitu baru kita dapat ‘melihat Allah’. Mengapa tanda-tanda atau ayat Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa? Yang sebahagiannya mungkin hanya sangkaan kita semata?

Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?

albaqarah55.jpg

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]

Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel? Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera? Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata? Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan-Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?

Atau seperti penganut Kristian yang sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yang berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?

virginmaryeire.jpg

Apakah begitu sekali rendahnya nilai iman kita, hingga hanya mampu percaya selepas melihat?

Lupakah kita kepada segala-gala benda biasa yang luar biasa ini?

Lihat diri kamu sendiri… tidakkah kamu mampu melihat Dia? Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia? Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:

addzariyat211.jpg

“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]

Lihat dengan mata hatimu jari jemari yang sepuluh di tanganmu itu. Ia jari jemari biasa yang luar biasa. Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan Dia. Lihat tubuh badanmu, jantungmu, matamu, kulitmu… semua yang biasa-biasa itu sebenarnya bukan biasa malah luar biasa. Mengapa harus dinanti sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menyedari kehebatan Dia? Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia.

Renung langit… lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang… segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa. Semuanya luar biasa. Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:

aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]

Mengapa yang luar biasa juga yang dicari, sedangkah segala-galanya terbentang di depan mata. Setiap kejadian sekecil atau sebesar mana sekali pun, tetap padanya ada tanda dan bukti kebesaran-Nya.

Tetapi dengan tanggapan manusia kaku yang gagal mengesan kehadiran-Nya hinggalah nama-Nya muncul (disangka muncul) di sana sini, kita sia-siakan mesej Allah yang disampaikan terus menerus pada penciptaan alam ini. Juga kita sering terkejut tidak tentu hala.

Bukan sahaja terkejut dengan terpahatnya jalur-jalur yang ditafsir sebagai ‘mesej dari-Nya’, malah menganggap pula ikan itu ikan Allah, budak ini budak Allah… apa semua ini?

Kita lupa kepada hakikat segala yang ada di sekitar ini, sedang dan sentiasa berhubung dengan Allah, melihatnya mendatangkan tenang, mendengar suaranya mendatangkan harmoni di dalam jiwa. Semuanya zikrullah..

israa44.jpg

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun [Al-Israa' 17: 44]

Sesungguhnya paradigma tahyul (takhayyul barangkali) menjadikan kita gagal melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, pada hari-hari biasa, kejadian-kejadian biasa… yang di sebalik semua itu tersimpan makna yang agung dan luar biasa.

hajj46.jpg

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti. Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday 27 April 2009

TUNGGAKAN HUTANG TNB OLEH TALAM CORPORATION & EUROPLUS DITANGGUNG KERAJAAN PR SELANGOR?


SHAH ALAM, 24 April - Penduduk perumahan Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa hari ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini tampil menyelesaikan sebahagian bil tertunggak pemaju kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penyerahan replika cek bernilai
RM38,500 disampaikan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali kepada wakil TNB di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, pagi tadi.Dato’ Dr Hasan ketika ditemui pemberita berkata penyerahan cek tersebut adalah sebahagian daripada bayaran tunggakan oleh kerajaan akibat kegagalan pemaju kawasan perumahan terbabit menjelaskan bayaran bil lampu jalan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.
Kira-kira 80,000 orang penduduk di kawasan itu hidup dalam kegelapan sejak Januari lalu disebabkan tunggakan bil yang bertahun-tahun tidak dibayar,” katanya memberitahu yang perkara itu juga telah menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk terbabit.
Dalam pertemuan pagi tadi, wakil TNB berjanji akan memulakan kerja-kerja pemulihan lampu-lampu jalan kawasan terbabit malam ini secara berperingkat-peringkat.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri menyelesaikan sebahagian bil tunggakan itu, beliau berkata ianya berpandukan kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Majlis Daerah dan ianya dikemukakan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.
“Kertas cadangan ini telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa tindakan telah diambil iaitu mengadakan rundingan dengan pihak-pihak pemaju, TNB dan dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah serta pejabat tanah,” katanya.
Menurut beliau selain tunggakan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri juga akan menjadi pemantau dalam rundingan di antara pihak TNB dengan pemaju bagi menyelesaikan bil tunggakan yang lebih besar iaitu berjumlah RM400,000.00.
“Hal ini telah diputuskan dalam mesyuarat Exco dengan membuat satu rundingan yang lebih lanjut di antara pihak TNB dengan pemaju dan kerajaan negeri akan menjadi pemantau bagi rundingan ini supaya ia tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya yang berharap satu keputusan dapat dicapai dan keputusan itu nanti akan dapat memberi kegembiraan kepada penduduk. -

Sunday 26 April 2009

BERITA TERKINI

Pengerusi dan Ajk Surau Al- Muttaqin mengucapkan:-
TAHNIAH !!! kepada Ust. Abu Bakar Yang telah dipilih untuk menjadi Nazir dan Kpt (B) Nazarudin Yahya menjadi Timbalan Nazir Masjid As Salam Bukit Sentosa mulai 1 Jun 2009., pemakluman secara rasmi akan umumkan selepas mendapat Watikah dari Sultan Selangor.

Untuk makluman, pada Mesyuarat Agong Khas yang diadakan semula , 4 nama telah dicalonkan untuk Jawatan Nazir dan setelah undian dijalankan, keputusan adalah seperti berikut:-

1. En Abu Bakar Yang - mendapat 278 undi
2. Kpt (B) Nazarudin Yahaya- mendapat 221 undi
3. Lt.Kol Mohd Rahib- mendapat 54 Undi
4. En Musa b Hussein- mendapat 222 undi

Memandangkan hanya 3 calon yang perlu dikemukakan kepada JAIS, maka 3 calon yang mendapat undi tertinggi layak dikemukakann kepada JAIS iaitu No 1,2,4., Setelah ditapis, pihak Penyelaras Jais Hulu Selangor telah memutuskan Ust. Abu Bakar Yang paling layak  dipilih dan namanya akan dikemukan kepada Pihak JAIS untuk kelulusan, pemakluman secara rasmi akan dibuat selepas mendapat Watikah dari Sultan Selangor.

Bagi Jawatan timbalan Nazir, calon yang dikemukakan 3 orang, tetapi layak satu nama sahaja iaitu En Mohd Yusoff Abd Rahman yang mendapat 214 undi , bagaimanapun Pihak JAIS mendapati beliau tidak layak kerana menjadi Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, oleh itu salah satu nama dipilih dari baki 2 calon nazir, pihak JAIS telah bersetuju memilih Kpt (B) Nazarudin Yahaya memandangkan beliau telah bersara dari ATM dan boleh memberi penumpuan kepada Masjid .

Kami berharap J/Kuasa baru Masjid As Salam dapat memberikan khidmat  dengan penuh keikhlasan, meningkatkan  perhubungan erat dengan semua surau-surau yang berada dibawah khariahnya, membaiki segera prasarana masjid yang rosak , bocor, membaik pulih bilik air/tandas yang kotor, mencantikan  landskap , mengecatkan semula masjid dan paling penting mempertingkat dan memperbanyakkan aktiviti masjid untuk semua peringkat usia. 

26 april 2009

Khalid ibn Walid : "saya tidak berjuang untuk 'Umar, melainkan berjuang untuk Islam."

Pada waktu Khalifah 'Umar ibn Khattab menjadi Khalifah, Khalid ibn Walid menjadi Panglima Perang. Ke mana saja ia dikirim pasukannya selalu menang. Sekali waktu pasukan Khalid ada di Asia Kecil. Sebelum menyerbu pertahanan musuh Khalid mendapat surat dari Khalifah, iaitu surat melucut jawatanya sebagai panglima.

Tetapi dalam penyerbuan itu, Kahlid sebagai tentera biasa masih menunjukkan kesungguhannya, bahkan masih berjasa dalam merebut kubu musuh. Waktu ditanya temannya sepasukan: "Wahai Khalid, buat apa engkau bersungguh-sungguh begitu, bukankah engkau telah dipecat 'Umar?" 


Khalid menjawab, "saya tidak berjuang untuk 'Umar, melainkan berjuang untuk Islam." Kemudian Khalid minta izin dari panglima yang baru untuk ke Madinah minta penjelasan Khalifahkenapak dia dipecat. Syahdan. inilah dialog secara terbuka antara 'Umar sebagai Khalifah dengan Khalid sebagai bekas Panglima.

Tanya Khalid "Mengapa saya dipecat, apa kesalahan saya?" Jawab Umar"Engkau saya pecat untuk mencegah tiga hal:-

Pertama, untuk Khalifah, Panglima tidak boleh lebih populer dari Khalifah.

Kedua, untuk engkau sendiri, engkau adalah manusia biasa, kalau berhasil terus dalam memimpin engkau akan menjadi sombong.

Ketiga untuk rakyat, rakyat harus dipelihara aqidahnya dan kemusyrikan memuja kepahlawanan kamu."

Lalu Khalid menjawab "Saya terima pemecatan itu dengan ikhlas". Perintah Umar "Engkau sekarang saya tugaskan membantu Sa'ad di pasukan sebelah timur yang sedang mengalami kesulitan melawan pasukan bergajah angkatan perang Parsi."

Maka Khalid dikirimlah ke pasukan sebelah timur. Ia menyarankan kepada Panglima Sa'ad untuk menghadapi setiap ekor gajah perang dengan satu regu pasukan panah. Yang dipanah dahulu adalah penunggangnya. Setelah penunggangnya tewas baru memanah gajah pada bagian yang sensitif.

Khalid sendiri menawarkan dirinya untuk menjadi kepala regu dari salah satu regu pemanah. Taktik Khalid ini berhasil mengalahkan tentera bergajah itu. Karena gajah itu sudah tidak ada yang mengendalikannya, dan kesakitan kena panah, para gajah itu berbalik haluan menginjak-injak tentera berkuda dan kumpulan tentera sendiri di belakangnya, maka kocar kacirlah pasukan Parsi itu.

Ada empat nilai yang masih relevan hingga kini dalam kehidupan berpolitik dan bernegara dari dialog di atas.

Yang pertama, sikap keterbukaan dan keikhlasan, sebab tanpa keterbukaan mudah terjadi kesalah fahaman, yang mengandung bibit perpecahan ibarat api dalam sekam, baik dalam kalangan pimpinan organisasi politik dan negara, maupun antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Yang kedua, kepala negara atau organisasi tidak boleh kalah populernya dari panglimanya. Betapa banyak terjadi perebutan kekuasaan yang dilakukan oleh panglima suatu negara maupun kerajaan dalam sejarah.

Yang ketiga, orang yang selalu mencapai kejayaan dalam bidang apa saja, akan menjadi objek bagi iblis untuk masuk dalam perangkapnya bersifat seperti iblis sendiri, iaitu takbur, menyombongkan diri, baik kesombongan dengan pangkatnya, maupun kesombongan intelek dan jenis-jenis kesombongan yang lain.

Yang keempat, sikap mendewakan pemimpin, taat tanpa batasan, memuja tanpa batas dari rakyat dan ahli organisasi, menyebabkan rosaknya aqidah rakyat , dan pada pihak yang lain pemimpin akan menjadi diktator. Contohnya banyak dalam sejarah seperti misalnya rakyat Jerman yang memuja Fuhrernya, Hitler, sang diktator.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive