Rihat Minda


Friday 4 May 2012


Hisham Rais: Belum habis gas pemedih ditembak, saya ditanya bila BERSIH 4.0?
Posted on Friday, May 04 @ 16:55:08 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh Lim Hong Siang


Sungguhpun adegan polis membelasah peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang menyarat dalam laman internet amat menyayat hati ketika disaksikan, namun semangat di sebalik perjuangan ini cukup memberangsangkan. Dalam satu forum semalam, Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengisahkan pengalamannya di situ, melihat bagaimana anak muda bangkit menentang penguasa.

Gambar disumbangkan Abah Anas.

Pada kira-kira jam 6.30 petang, Hishamuddin Rais bersama kawannya duduk di situ sambil memperhatikan bagaimana anak muda berkejaran dengan polis. Apabila polis berundur, anak muda ini kejar dari belakang; dan apabila gas pemedih mata dilepaskan, anak muda itu pula melarikan diri. Kerja-kerja yang suka dilakukan dirinya dahulu, akui Hishamuddin Rais. Kemudian beliau menerima panggilan daripada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, yang memesan agar Hishamuddin Rais "menyuruh budak-budak ini balik".

"Masalah yang paling besar sekali untuk saya ialah memadamkan perjuangan anak-anak muda. Saya tak berani. Apabila tiba-tiba saya lalu situ ada satu budak datang. Dia pandang muka saya. Eh, abang Hisham ke? Ya, betul. Tu masih tembak-tembak (gas pemedih mata di sana). Budak tu tanya, bang, BERSIH 4 bila?"

Semua hadirin bertepuk dan bersorak mendengar ceritanya. Hishamuddin Rais menghabiskan ayatnya, "Saya ingat saya nak tampar dia. Belumpun habis pertempuran, dia tanya pula bila BERSIH 4.0?"

Selepas Hishamuddin Rais (gambar kanan) berkongsi kisahnya, seorang ibu mengambil kesempatan dalam sesi soal-jawab untuk berkata, bahawa dirinya telah bersedia dari segi fizikal mahupun mental, bahkan spiritual, untuk menghadiri BERSIH 4.0.

Demikianlah keadaannya dalam forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Selain Hishamuddin Rais, panelis yang diundang termasuklah Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Latheefa Koya (pemimpin PKR), Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0. Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.

Janji Hishamuddin Rais: Jutaan akan turun


Perbincangan dilanjutkan apabila seorang hadirin bertanya, apa seterusnya apabila kita berdepan dengan tiga kemungkinan senario, dengan pertamanya, Barisan Nasional menang; kedua, Pakatan Rakyat menang dan ketiga, "hung parliament" (parlimen tergantung, situasi di mana tiada parti mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak).

Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari (gambar kiri) memperingatkan agar media memainkan peranannya untuk menghalang campur tangan istana, seandainya situasi "parlimen tergantung berlaku". Beliau menjangkakan pihak tertentu akan memohon agar istana mencampur tangan, namun Aziz Bari tidak yakin istana mampu memainkan peranannya dengan baik, melihat kepada pengalaman krisis negeri Perak pada tahun 2009.

Berbeza dengan Abdul Aziz Bari, yang mengelak untuk membincangkan senario "seandainya Barisan Nasional menang", Hishamuddin Rais terus menganjurkan perhimpunan jalan raya seandainya Najib Razak bersama kerajaannya menang dengan pilihan raya yang kotor.

"Ini bukan ancaman daripada saya, ini adalah janji," tegas Hishamuddin Rais. Beliau berkata, setelah melalui BERSIH 1, 2.0 dan 3.0, maka rakyat sudah menjadi graduan. Maka tidak perlu lagi rakyat menunggu kenyataan media Ambiga untuk BERSIH 4.0, dan boleh terus menganjurkan perhimpunan sendiri di jalan raya dengan melaungkan "Tipu! Tipu!", katanya.

Tuntutannya agar keputusan PRU dibatalkan, ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru yang bukan dari kalangan ahli UMNO, dan kemudian mengadakan pilihan raya yang baru - seandainya Najib enggan tunduk untuk membersihkan sistem pilihan raya sebagaimana yang dituntut dalam BERSIH 3.0. Untuk Hishamuddin Rais, kemenangan melalui penipuan perlu ditolak oleh rakyat.

.......
http://www.merdekareview.com


Apabila Duduk Dikatakan Guling
Posted on Friday, May 04 @ 16:11:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kenyataan MediaOleh KAMARUZAMAN MOHAMAD

DPPWP melihat kenyataan daripada Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa perhimpunan bersih merupakan cubaan menggulingkan kerajaan sebagai satu kenyataan yang berunsur jahat & berniat menghasut.

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir dengan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Insiden kekasaran dan belasah hanya terjadi selepas berlakunya provokasi-provokasi liar daripada pihak-pihak tertentu.

Sekiranya BERSIH 3.0 ingin melakukan kudeta @ ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon. Ianya suatu analogi yg cukup mudah namun amat payah difahami oleh Datuk Seri Najib. BERSIH tidak memerlukan 2,3 hari untuk berhimpun kerana rekod sebelum ini pun hanya memadai sahaja setakat jam 5 petang sahaja

DPPWP berasa yakin bahawa Najib sudah hilang kejantanannya. Ini kerana peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yg lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya & pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi?

Bagi DPPWP, sekiranya Najib masih anak jantan, maka lakukanlah reformasi pilihanraya dengan mengadakan proses pilihanraya secara adil & telus sepertimana yang dituntut oleh BERSIH. Di kala itu, baru lah diketahui anak jantan yang bertanding @ hanya anak siput yang pandai buat tidak tahu.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 


Keganasan Polis : Alasan Apa Lagi Untuk Diberi?
Posted on Friday, May 04 @ 16:49:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kenyataan MediaOleh Mohd Suhaimi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kenyataan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menempelak tindakan ganas polis semasa mengendalikan Bersih 3.0 sebagai suatu tamparan hebat kepada PDRM dan kerajaan Malaysia.

Bagi DPPWP, jika Suhakam turut menyuarakan rasa marah mereka terhadap polis menunjukkan sememangnya pihak polis ‘tersalah bertindak' sewaktu mengendalikan Bersih 3.0. Ini kerana pihak Suhakam berada di tempat kejadian dan mereka menjadi saksi bagaimana rakyat yang tidak bersenjata diperlakukan seperti penjenayah yang paling kejam. Peserta dipukul, ditendang, dicederakan manakala para wartawan yang sedang menjalankan tugas juga dipukul, dirampas peralatan mereka serta ditahan.

Sebagai suatu badan yang menjaga hak asasi manusia, Suhakam menyuarakan kesalahan besar polis yang melanggar hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara. Tidak sepatutnya polis bertindak sedemikian yang di luar naluri kemanusiaan terhadap rakyat sendiri. Malah, menurut Suhakam, jika polis bertindak profesional dengan membenarkan perhimpunan dilangsungkan dalam keadaan aman, sudah tentu tidak akan berlaku apa-apa kejadian tidak diingini. Ini dibuktikan dengan perhimpunan di negeri-negeri lain serta di luar negara yang berlangsung dengan begitu aman tanpa sebarang insiden keganasan. Kenyataan Suhakam pastinya dipersetujui dan disokong oleh semua mata yang menonton video yang dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Justeru, tidak ada alasan lain yang boleh diberikan oleh pihak polis bagi menafikan tindakan mereka. Dalam keadaan bukti yang banyak sudah cukup untuk mengheret PDRM ke ‘kandang tertuduh' untuk dihakimi. Kerajaan pula khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh berlepas diri begitu sahaja terhadap semua kejadian yang berlaku. Insiden ini pastinya memalukan nama baik negara di mata dunia dan masyarakat anatarabangsa mengumpamakan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling teruk tahap demokrasi.
Bagi DPPWP, tindakan paling baik adalah Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua peserta Bersih 3.0 dan para wartawan serta mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan serta merta. Hanya cara ini sahaja bagi memulihkan kembali imej PDRM dan kerajaan Malaysia yang tercalar teruk. Tidak perlu lagi berselindung di sebalik kuasa bagi menuding jari ke pihak lain untuk ‘di kambing hitamkan'.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



Dakwaan Kes Rasuah PM Mencabar Kredibiliti SPRM
Posted on Friday, May 04 @ 16:17:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kenyataan MediaOleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat dakwaan kes rasuah berjumlah USD 1 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi skandal paling besar dan memalukan dalam sejarah negara. Skandal yang dibuka di mahkamah Perancis telah menemukan satu dokumen yang memeranjatkan iaitu dakwaanMenteri Pertahanan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta USD1 bilion sebagai "syarat" untuk satu pertemuan antara beliau dan DCNI (syarikat pembinaan kapal yang menjual kapal selam ke Malaysia).

DPPM berpendapat, dakwaan ini amat serius dan ia amat mencemarkan maruah negara dan memalukan rakyat di negara ini. Malah imej Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam turut terjejas teruk. Ini kerana kes ini melibatkan pemimpin nombor satu negara dan ia dibicarakan pula di mahkamah Perancis. Sudah tentu, banyak rahsia akan terbongkar yang melibatkan sikap keji dan rakus pemimpin itu. Kes ini pula akan‘meletupkan’ sebuah penceritaan yang tidak selesai iaitu kaitan antara Altantuya Shaariibuu dengan pemimpin negara serta Abdul Razak Baginda sehingga berlakunya kes pembunuhan model ini.

Kes ini juga menjadi penanda aras adakah institusi kerajaan benar-benar bebas dan berfungsi dengan betul atau semua slogan transformasi yang dilaungkan oleh PM hanyalah retorik semata-mata. Dalam hal ini, kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan teruji dengan desakan oleh banyak pihak untuk menyiasat dakwaan ini. Adakah SPRM benar-benar jujur dan telus menyiasat kes ini sehingga membuktikan pelakunya bersalah meskipun melibatkan pemimpin nombor satu negara, atau mungkin ia akan menjadi episod malang apabila satu lagi kes besar akan disapu dan disorok di ‘bawah karpet’? Bagaimana mungkin SPRM akan tidak menemukan apa-apa bukti kesalahan jika sekiranya mahkamah Perancis membuktikan sebaliknya?

Yang pasti, semua pihak sedang menunggu kesudahan kes ini untuk diselesaikan. Kebenaran perlu ditegakkan sekalipun ia amat pahit untuk ditelan. Diharapkan tiada siapa yang akan dikorbankan atau ‘dikambing hitamkan’, hanya untuk mempertahankan seorang individu yang sedang berkuasa sekarang.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia


Betulkah mempertahankan UMNO itu lebih utama dari mempertahankan hukum Tuhan?
Posted on Friday, May 04 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

KomentarOleh Aspan Alias

Saya terbaca berita dari Malaysiakini dan saya tertarik dengan isu bukti yang melibatkan PM Najib dalam pembelian dua buah kapal selam Scorpene dari DCNI Perancis yang dihebohkan oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene ini telah menjadi buah mulut rakyat sejak beberapa tahun yang lalu di mana-mana kita duduk dan berbincang-bincang soal negara kita.

Oleh kerana ia melibatkan duit rakyat yang berbillion, ia sudah tentulah menjadi isu yang sentiasa dibibir rakyat yang kini sedang melakukan ‘soul-searching’ dalam pilihanraya yang akan datang ini. Isu Scorpene ini adalah salah satu dari isu untuk rakyat menjadikan isu  penentuan dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Pendakwa mendapati Najib telah meminta wang dari DCNI sebanyak USD1 billion untuk Parimekar Sdn Bhd sebagai syarat untuk bertemu dengan beliau dan Parimekar ini adalah syarikat kepunyaan Razak Baginda seperti yang diketahui oleh orang ramai. Jika dakwaan ini benar kejadian ini merupakan satu titik hitam keatas kepimpinan negara kita dan tidak pernah perkara seperti ini didakwa kepada mana-mana pemimpin negara kita.

Dakwaan ini merupakan dakwaan yang terlalu serius dan jika ada sedikit kebenaran terhadap dakwaan ini Najib hanya mempunyai satu langkah yang beliau perlu ambil; iaitu untuk meletakkan jawatan kerana apa yang didakwa itu bukan sahaja menjejaskan nama baik negara tetapi juga nama baik rakyat negara kerana mempunyai pemimpin yang merelakan dirinya menjadi isu yang menjadi fokus rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Bagaimana negara kita boleh berhadapan dengan pemimpin seperti ini kerana imej pemimpin sebuah negara yang kononnya berdemokrasi sepatutnya tidak aka berhadapan dengan isu seburuk ini.

Apa yang disebut oleh pendakwa Perancis ini sangat mudah diyakini oleh rakyat kerana itu pun stigma yang ada kepada pemimpin-pemimpin kita sejak dua tiga dekad dahulu. Baru sahaja kita dimakluman bahawa bekas PM Abdullah telah dikatakan menerima sejumlah wang yang begitu besar untuk membenarkan serta meluluskan kehadiran Lynas di Gebeng Kuantan.

Semua isu yang dikaitkan dengan pimpinan kita tertumpu kepada wang ringgit yang banyak dan kesemuanya melibatkan wang rakyat dan pembayar cukai. Dalam isu yang dikaitkan dengan Najib ini ia merupakan isu yang tealh diperkatakan oleh rakyat dengan meluas kerana isu ini merupakan isu yang juga mengaitkan pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya.

Kita wajar mempercayai yang ‘nature’ akhirnya akan menunjukkan kebenaran. Jika isu seperti ini berlaku dinegara Jepun, misalnya, sudah pasti PMnya akan berhenti dengan meletakkan jawatan kerana seorang  PM wajar mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Isu seperti ini merupakan isu maruah serta etika kepimpinan. Perkara ini bukan boleh dipermain-mainkan dan diambil sambil lewa sahaja. Tidak payahlah memberikan alasan yang isu seperti ini adalah isu yang diperbesarkan oleh kuasa asing kononnya untuk memecah belahkan kita.

Rakyat sudah terlalu jemu dengan isu-isu buruk yang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin besar nagara. Sekarang kita tunggu sahaja larutan kepada isu Najib dan Scorpene ini. Saya tidak faham kenapa Najib masih melekat kepada jawatan beliau sedangkan yang dipertaruhkan ini adalah maruah negara yang merdeka. Terlalu banyak isu tentang rasuah dan penyalah gunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan hari ini.

Tidak boleh dipersalahakan jika menganggap BN dan rasuah itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Kalaulah UMNO itu masih sinonim dengan perjuangan, pimpinannya tidak akan terlibat dengan kes-kes yang membosankan rakyat.

Blog ini selalu berkata, pimpinan kita tidak serius untuk membendung kemungkaran ekonomi dan politik. Kalaulah pimpinan kita melakukan pembetulan dari awal, tidak mungkin UMNO dan BN akan menghadapi cemuhan rakyat sedemikian rupa. Sepatutnya UMNO telah mengenepikan pimpinan tidak berguna dari dulu lagi.

Sepatutnya UMNO mengambil tindakan dengan membuang sesiapa yang tidak berkelakuan baik; seperti kita memakan tebu: busuk seruas buang seruas. Tetapi kini sudah terlambat untuk membetulkan keadaan seperti makan tebu tadi, kerana setiap ruas dibatang tebu itu telah busuk kesemuanya. Seluruh batang tebu itu patut dibuang.

Rakyat sudah sedar tentang tipu muslihat pimpinan kita. Rakyat sudah sedar yang pimpinan hari ini menggunakan jawatan mereka untuk berniaga dengan bermodalkan mandat rakyat dan pembayar-pembayar cukai cukai. Jika rakyat sedar dan marah, maka rakyat pula dituduh sebagai tidak patriotik dan pengkhianat bangsa dan negara. Sedangkan tindakan mereka itu merupakan pengkhianatan besar yang tidak ada tolok bandingnya kepada rakyat dan negara.

Bak kata Dr Mahathir beberapa ketika dahulu, UMNO telah busuk hingga ke ususnya. Kata-katanya itu benar. Hanya yang beliau terlupa hendak sebut, dizaman siapa yang kebusukan ini mula menular?

UMNO telah memerintah terlalu lama sehinggakan mereka ingat yang negara ini mereka yang punya. Melawan UMNO sudah mereka anggap sebagai dosa besar dan telah di samakan seperti seorang Islam yang murtad. Mereka yang menentang dan meninggalkan UMNO itu dihina dan dinesta. Tetapi melakukan rasuah tidak pula dihina seolah-olah menentang UMNO itu lebih besar dosanya dari melakukan rasuah.

UMNO kepada mereka adalah yang paling utama; Tuhan dan agama itu jatuh nombor dua, ketiga, keempat dan seterusnya.
 


Tuesday 1 May 2012


Subhanallah...Demonstran Bersih 3.0 Bersolat Mengadap Allah Dengan Tangan Diikat
Posted on Monday, April 30 @ 17:44:08 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

BeritaBlog KeretaBuruk

 
KENAPA DENGAN ANAK MUDA NI? MEREKA DITANGKAP DENGAN TANGAN TERIKAT, SEDANG BERSOLAT MENGADAP ALLAH DENGAN TANGAN DIIKAT...SUBHANALLAH...


Solat jangan diabaikan....




PASTINYA, PARA PENCACAI UMNO/BN TIDAK AKAN PERCAYA(GAMBAR DIATAS) MEREKA DITANGKAP OLEH POLIS KAH KAH KAH, TUNAS PUTERI YANG TANGKAP MEREKA KAH KAH KAH...DALAM FACEBOOK BERMATI-MATIAN PENCACAI BARUAHHH UMNO/BN BERHUJAH BAHAWA POLIS MALAYSIA BAIK-BAIK KAH KAH KAH...LU ORANG(PRO PR) BERHUJAH DENGAN MEREKA SAMPAI KIAMAT LU TAK KAN MENANG KAH KAH KAH...

Para pemimpin dan pencacai-macai mereka berkata polis bertindak berlandaskan SOP. Tiada rakyat yang dipukul oleh polis. Polis melayan rakyat dengan baik. Yang kena tangkap diberi makan, dibelai dan dimanja... TIADA BUKTI YG MENUNJUKKAN POLIS SEPAK TERAJANG DEMONSTRAN ! mereka bukan Polis, seragam mereka macam polis, tetapi mereka bukan polis, warna seragam macam polis tetapi mereka bukan polis...masa demonstrasi bersih 3.0 semua polis duk rumah kah kah kah...


TENGOK BETUL2, MEREKA SEPERTI POLIS TAPI BUKAN, RUPA POLIS TAK MACAM TU, MEREKA SAMSENG...POLIS SEBENAR BAIK, JAGA RAKYAT










YANG DIPUKUL DALAM VIDEO DI ATAS BUKAN MAT MONGGOL TAPI MAT SALEH, YG MEMUKUL PULAK BUKAN POLIS. POLIS MALAYSIA BAIK LAYAN RAKYAT, RAMAH PULA DENGAN PELANCONG...RUPA MEREKA MACAM POLIS TP BUKAN POLIS,POLIS MALAYSIA BAIK, BETUL TAK PENCACAI2 YG DUK TGOK VIDEO NI? KITA SOKONG REJIM LG YE NEXT PRU


PENCACAI UMNO/BN SAMPAI SEJUTA KALI PUN TENGOK VIDEO DI ATAS, MEREKA TETAP TIDAK AKAN PERCAYA MEREKA YANG MEMUKUL, SEPAK TERAJANG RAKYAT ITU ADALAH POLIS, KAH KAH KAH...ANUGERAH INI TAK AKAN ADA PADA PRO PR, KAH KAH KAH

......

Monday 30 April 2012


Al Alim Allamah, Tok Guru Baba Haji Salleh Musa, pondok sik
(menitis air mata melihat gamabr2 ni Crying or Very sad Crying or Very sad )

Back to top
 Send private message  

PostPosted: Tue May 01, 2012 10:06 am    Post subject: Reply with quote

Back to top
  

PostPosted: Tue May 01, 2012 10:07 am    Post subject: Reply with quote

Back to top
 Send private message  

PostPosted: Tue May 01, 2012 10:08 am    Post subject: Reply with quote

Back to top
View user's profile Send private message  


PostPosted: Tue May 01, 2012 10:11 am    Post subject: Reply with quote

Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :

"Beliau mmg tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sgt, semua org (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."

"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."

"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"

Smile

--------------------------------------------------------------------------------

Menurut saksi mata, Tuan Guru telah mengadakan haflah zikir di kawasan Masjid India bersama beberapa orang anak muridnya demi menjaga kesejahteraan ummat disekitar kawasan tersebut.

Kata saksi mata lagi, ketika polis dan FRU datang menyerang kawasan tersebut, mereka terpaksa berundur setelah melihat kelibat Tn Guru dan anak muridnya, kerana teringatkan kes yang pernah berlaku ke atas Almarhum Pak Teh 2 tahun yg lalu.
Back to top
 Send private message  


PostPosted: Tue May 01, 2012 10:12 am    Post subject: Reply with quote

Tuan Guru Hj Ismail (berserban putih), Besut mudir kepada Pondok Matla'ul Badrain, Terengganu.

Back to top
 Send private message  

PostPosted: Tue May 01, 2012 10:15 am    Post subject: Reply with quote




SANTAPAN SEKADAR YANG SEMPAT DITERJAH LENSA DI PERSEKITARAN LAUTAN MANUSIA @ BERS✔H 3.0.

Nombot 1 : Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (tidak hadir)
Nombot 2 : Tok Guru Hj Abd Hadi Awang
Nombot 3 : Tok Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah
(antara ulama' pondok yg cukop alim)
Nombot 4 : Ustaz Hj Sidek Noor (antaqa lepasan Pondok Tg Bedil,Aloq Setaq,Kedah [Pondok Tok Guru Hj Hitam])
Nombot 5 : Tok Guru Hj Izzuddin (Pak Njang Izzuddin) (Anak kpd Tok Guru Pak Chu Him Gajah Mati,Pendang,Kedah)
Nombot 6 : Tok Guru Hj Ismail (Pondok Matla' al-Badrain,Besut,Terengganu)
Nombot 7 : Ustaz Hj Zainul Asri Ramli (Mudir Darul Hadis,Kedah)
Nombot 8 : Ustaz Subri Arshad [Mudir Ma'had Da'wah Islamiyyah Pdg Menora,P. Pinang]

        Poll Yahoo: Polis punca keganasan

Harakahdaily, 01 Mei 2012


KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

(Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.)

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu

2 Cerita Dari 2 Wartawan Dari Akhbar Yang Sama
Posted on Monday, April 30 @ 16:19:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelBlog MOUNTDWELLER

Cerita 1Detained because he 'answered back'
MONDAY, APRIL 30, 2012 - 16:35
by Aizat Sharif

PETALING JAYA: I was in Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, when my news editor called and asked me to look for photographer Muhammad Arif Kartono.

 was told he was allegedly beaten up by the police and was in front of Kamdar Store in Jalan Tuanku Abdul Rahman.


I had to get him to the nearest medical centre.

As Jalan Tun Perak was crowded with protesters, I had to take a longer 5km route and I reached the spot after 20 minutes. By then, the situation had worsened with protesters throwing bottles at the police and the police countering with tear gas.

Muhammad Arif was not there and could not be found.

I had earlier tried calling him but did not get through. I then headed for Dataran Merdeka, hoping to find him there. When I reached the square, the situation was calmer after the police had chased away the protesters but Muhammad Arif was nowhere to be seen.

Fellow journalists from other organisations told me he was taken away by a Civil Defence Department ambulance for medical attention.

Though relieved by the news, I still had to find him and report back to my superiors.

I was allowed by the police to remain in nearby Jalan Raja for a while and I tried calling both my superiors and Muhammad Arif but without success.

The situation suddenly became tense when some protesters mocked the police personnel, who then chased the perpetrators. I moved away and stopped by a fountain between Jalan Raja Laut and Jalan Tuanku Abdul Rahman, facing Jalan Tun Perak.

I was trying to call the office when a police officer yelled at me to leave. Showing my media tag, I told him I was a journalist and needed to call my office. The officer instead asked his colleagues to detain me.

About five of them verbally abused me, saying I was disobedient, before one of them grabbed me and led me back to Dataran Merdeka.

The officer did not believe I was a journalist despite me showing him my tag and giving him my call card to verify with my office. Instead, he told me I could either ride the police truck to the police station or leave the place.

I explained I was looking for my missing colleague and could not leave. After about 10 minutes, the officer let me off with a warning to stay away from the square or risk being arrested. He then escorted me out of the place.

No one is above the law and I accept this incident as a misunderstanding. I respect a police officer's duty in maintaining public order but their actions towards media practitioners like me is disappointing as I am also just doing my job.

Cerita 2

'I was kicked and stomped by police officers'
MONDAY, APRIL 30, 2012 - 16:29
arif
PETALING JAYA: I was instructed to cover the Bersih 3.0 rally on Saturday by my superiors and had to take pictures of it.


The incident occurred in Lorong Tuanku Abdul Rahman, parallel to Jalan Tuanku Abdul Rahman, as I was hurrying to get to the main road from the back alley to cover a showdown between the protesters and police there.


While running towards the scene, I was stopped by a police officer, who ordered me to turn back. I obeyed and started moving away, but at the same time, there was an incident where police were detaining one of the protesters.


As a photographer, I ran towards the scene to take pictures but before I could even do so, another police officer ran up to me and blocked my camera's view, shoving it away.


I showed my media accreditation tag and pointed out I was a photographer with The Malay Mail, but the police officer refused to budge and pushed my camera away from taking photographs of the protestor being nabbed despite me introducing myself as a newspaper photographer and showing my tag several times.


While talking to the officer, I suddenly felt a sharp pain on my head. I am not sure if I was hit by a baton or a fist. I fell to the ground together with my camera, which was in my hands.


While on the ground, I saw seven to eight police personnel coming towards me. They kicked me in my face and on my legs, and stomped on my back.


I shouted at them: "Saya hanya menjalankan tugas. Kenapa saya dibuat macam ini? (I am just doing my job. Why I am being treated like this?)".


The assault, however, continued. My camera was also kicked until its lens cracked.


The incident lasted less than five minutes. After that, I slowly got up to my feet and took my damaged camera before a protester dragged me out of the place.


I was then given medical attention by the Civil Defence Department medical personnel before lodging a report at the Jalan Bandar police station and seeking further medical attention at Kuala Lumpur Hospital.


I noticed those involved in the assault were young. I am very sad and disappointed by this incident. I was just trying to do my job and I wasn't disturbing anyone.


I had introduced myself as a media personnel. I am obliged to follow instructions given by my superiors.


I had obeyed police instructions, but why can’t they understand my job?


If I can respect their job, why can’t they respect mine?

.....
http://mountdweller.blogspot.com


FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive