Rihat Minda


Saturday 2 January 2010


Lamakah Kita di Kubur?
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: saya anda
Editor: arisHa27

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"


Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?"
, jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."


Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"


Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."







1 Comments · 205 Reads · Print Bookmark and Share

Friday 1 January 2010

Cisss Saman RM800 juta Tu Rupa2nya Taik Peninggalan Zaman Pemerintahan BN Dulu..

KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Friday, January 1, 2010

Memali: Muzium PDRM Hina Sultan Kedah? -Dr Hj Mohd Hasyim.

oleh Asyok Kumar

Catatan ini fitnah..

Muzium PDRM di Jalan Perdana KL.

As-syahid Ibrahim Libya

KL. Jan 01, 10: BOLEHKAH dikatakan Muzium PDRM menghina DYMM Tuanku Sultan Kedah apabila dipaparkan di dalam skrin di muzium itu sewaktu disentuh keluar catatan mengenai 'Tragedi Memali' berbunyi..

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....",seperti gambar di atas?

Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim, setelah merujuk kepadahttp://tukulbesi.blogspot.com/ atau 'Membongkar Sebelum Terbenam'.

Menurut blog itu, baru sahaja 19 November lalu kita sama-sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali, Baling Kedah. Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Menurutnya lagi, selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan, akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali. Apapun sekurang-kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.

"Kalaulah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

"Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah. Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu, dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu." Tulis blog itu.

Sebenarnya pagi tadi penulis blog itu baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam, Masjid Negara dan Pusat Islam.

"Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah? Apa jenayah dia buat. Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam. Sultan Kedah pun ziarah kubur dia. Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?" Tanya Tukul Besi lagi.

Kepada pemimpin PAS, "Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS, tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah. Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu. Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.

Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata. Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.
" Rayunya.

Komen Dr Haji Mohd, "Saya sokong penulis blog itu, kerana saya sendiri pernah menziari Ustaz Ibrahim Libya semasa beliau masih hidup, iaitu kira-kira beberapa bulan sebelum syahid. "As-syahid mempertahankan kebenaran di rumahnya, beliau mempertahankan diri, beliau tiada senjata api, beliau dikepung di rumahnya. Mengapa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan oleh pihak berkuasa? Ini misterinya!"


Kenapa UMNO Tak Laksana Hudud di Melaka & Terengganu?

Dalam UMNO sebuk-sebuk bertanya adakah Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud selepas menang di Pusat, kita ingin bertanya pada UMNO bilakah mereka akan melaksanakan hudud secara menyeluruh di Terengganu.

Enakmen Syariah Terengganu telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan bertahun yang lepas menandakan ianya adalah undang-undang yang sah bagi negeri Terengganu. Oleh kerana UMNO sdang memerintah Terengganu, kita hendak tanya bila UMNO akan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan sewaktu PAS memerintah itu?

Terengganu sebenarnya membuktikan UMNO menolak undang-undang hudud dan Qisas.

Sehingga Enakmen yang sah sebagai undang-undang pun UMNO tak hendak laksanakan. Apa kita nak heran, parti UMNO yang boleh halalkan judi dan arak, takkan boleh diharap untuk melaksanakan islam itu sendiri.

Tak payah nak sebuk-sebuk pasal polisi Islam PR, UMNO sendiri anti Islam dan anti shariah. Betulkan diri sendiri dahulu, baru sebuk pasal orang lain.

HUDUD DI MELAKA

Saya ada bercakap dengan seorang ahli UMNO veteran di Melaka beberapa bulan dahulu. Kebetulan ahli UMNO ini rapat dengan pimpinan2 UMNO di Melaka. Saya berkata dari keputusan 2008, negeri Melaka menampakkan keputusan yang menyebabkan UMNO berkuasa penuh di Melaka. Sekiranya MCA dan parti2 lain keluar dari kerajaan pun, UMNO tetap akan berkuasa di Melaka.

Maka, saya bertanya lagi, mengapa UMNO Melaka tidak mahu meluluskan Enakmen Hudud dan Qisas di Melaka? TIada penghalang untuk UMNO melaksanakan hudud dan qisas di Melaka?

Ahli UMNO itu berkata jangan haraplah UMNO Melaka nak laksanakan hukum syariah Islam. Mereka sendiri pun bukan suka pada hukum Islam ni. Beliau sendiri dah berapa kali nasihat orang-orang besar UMNO di Melaka tapi takda sapa nak dengar pun.

Secara logiknya, tiada alasan bagi UMNO Melaka untuk melaksanakan hukum syariah Islam di Melaka. Tapi, mengapa UMNO Melaka tidak mahu melakukannya? Adakah mereka takut Najib Tun Razak marah sebab Najib baru sahaja lulus 10 lesen judi baru?.

Saya sendiri pernah terserempak dengan seorang veteran besar UMNO, yang pada masa itu baru pulang dari sebuah program UMNO di Klebang, sedang meminum minuman keras.

Itu saya nampak sendiri dengan mata kepala saya. Jadi, faham-fahamlah kenapa UMNO Melaka tak berapa semangat nak laksanakan Islam. Veteran-veteran UMNO sendiri amat jauh dari Islam.

Tulang Besi

01 January 2010

YDP MAINPP BARU PENYOKONG PERJUANGAN PAS

Ustaz Ellias Zakaria nama yang tidak asing bagi pelajar USM Minden Pulau Pinang. Kuliah dan giliran berkhutbah Jumaat di Masjid Al Malik Khalid USM memang sentiasa dinantikan oleh warga kampus. Walaupun telah lebih 18 tahun meninggalkan bumi Minden tazkirah dan ceramah beliau masih tergiang-giang sehingga hari ini. Beliau juga seorang 'low profile' dan begitu dihormati oleh warga USM. Sebagai bekas pelajar beliau saya cukup mengkagumi ketokohan dan kelimuan yang ada padanya.

Pelantikan Ustaz Ellias sebagai YDP MAINPP yang baru saya kira memang kena pada tempatnya. Ustaz Salleh Man, Adun Pengkalan Pasir yang sebelum ini dijanjikan jawatan itu tidak dilantik ke jawatan berkenaan tetapi tetap dilantik sebagai timbalan YDP MAINPP. Namun pemilihan Ustaz Ellias saya yakini akan diterima baik oleh semua pihak terutama ahli dan penyokong Pas di Pulau Pinang.

Ini kerana bagi mereka yang mengenali latar belakang Ustaz Ellias mengetahui bahawa beliau merupakan seorang yang menyokong perjuangan Pas walaupun jarang dizahirkan secara terbuka. Namun bagi yang lama mengenalinya mengetahui dalam pilihanraya umum era 1980-an dan awal 1990-an van Toyota Delicanya penuh dengan poster bulan.Sudah pasti jawatannya sebagai pensyarah dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam USM tidak mengizinkan beliau menyatakan politik kepartian secara terbuka.

Justeru itu saya mendoakan pelantikan beliau sebagai YDP MAINPP akan meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang dalam memastikan rakyat Pulau Pinang mendapat maklumat dan gambaran lebih jelas tentang keindahan dan kesyumulan Islam berbanding sewaktu era Umno-BN di Pulau Pinang.

Friday, January 1, 2010

Dr Asri Akan Teruskan Misi Dakwah Bersama Ema Fatima


Dr Asri berdakwah pada malam tahun baru malam tadi di sekitar Butterworth


Risalah dakwah turut diedarkan kepada pemandu-pemandu yang tersekat di jalan raya se malam di Butterworth

Jan 01, 10: PETALING JAYA. Dr Asri dijangka akan meneruskan usaha misi dakwahnya di Lembah Kelang bersama aktres Erma Fatima dan beberapa aktivis lain pada 5 Januari ini. Malam tadi, hasrat berdakwah di kalangan remaja seperti yang pernah disuarakan beliau sebelum ini, diteruskan semalam bersempena dengan malam tahun baru di sekitar Butterworth.

Lebih kurang 80 aktivis dakwah yang menaiki 20 buah kereta ikut serta dalam misi dakwah tersebut yang diketuai Dr Asri, di sekitar Jalan Pantai Butterworth. Menurut Ariff Arifin dari portal rasmi www.dr Maza.com, operasi ini bermula pada jam 11.20 malam sebaik sahaja Dr Asri selesai menyampaikan tazkirah di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam.

"Misi dakwah itu antara program yang disusun untuk tahun ini dan akan dijalankan dari masa ke semasa oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Institut al-Qayyim," jelas Ariff. Menurut Ariff, Dr Asri akan membantu aktivis-aktivis dakwah untuk menjalankan misi ini, bertujuan untuk menyebarkan dakwah kepada orang ramai, terutama muda-mudi dengan mendekati mereka.

"Selain itu, kami turut menyebarkan risalah yang diadaptasi daritulisan Dr Mohd Asri yang bertajuk; "Jalan Pulang ke Pangkuan TuhanTerlalu Luas".

"Sebanyak 1000 unit risalah yang dicetak berdasarkan artikel Dr Asri di bawah tajuk yang sama diedarkan semalam. Alhamdulillah, sambutan yang diberi amat menggalakkan," kata Ariff.

Jelas Ariff lagi, beberapa kumpulan telah dibahagikan dan ditugaskan untuk bergerak di beberapa tempat sekitar Seberang Prai yang menjadi tumpuan menyambut Tahun Baru 2010.

"Budak-budak muda memberikan sambutan yang hangat kepada usaha murni ini. Rata-rata mereka mengenali Dr Mohd Asri dan memberikan maklum balas positif di atas usaha yang dilakukan. Mereka juga dilihat tidak segan untuk mendekati Dr Mohd Asri dan beramah mesra dengannya dan ada yang merakamkan foto bersamanya," kata Ariff yang turut serta dalam misi tersebut.

"Sebelum ini, saya pernah pergi ke beberapa tempat termasuk ke utara Thailand ke perkampungan masyarakat yang tidak ada agama. Saya cuba melakukan misi yang sama.

"Tetapi selepas jadi mufti, saya agak sibuk dengan berbagai urusan, jadi sudah lama saya tidak turun menyertai misi dakwah.

"Namun semasa menjadi mufti, saya ada buat misi dakwah secara tidak rasmi dengan berkunjung ke tempat pengajian tinggi berjumpa dengan anak-anak muda. Tapi misi dakwah semalam agak tersusun," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyambut hari lahirnya yang ke 39 hari ini.

Tambah Dr Asri lagi, "Kami hanya berjumpa dan bertanya khabar dengan anak-anak muda semalam. Kami tidak menganggu mereka, sekadar bertanya khabar dan minta agar mereka sudi membaca risalah yang kami edarkan."

"Saya berharap misi ini akan berterusan dan sekali sekala saya akan turun untuk beri semangat," kata Dr Asri yang pernah mengundang kontroversi apabila menyuarakan hasrat untuk berdakwah di pusat hiburan dan kelab malam sekitar Selangor.

Dr Asri melahirkan rasa gembira kerana misi dakwah semalam dianggap berjaya kerana maklum balas yang diterima, rata-ratanya positif.

"Ini menunjukkan tidak wujud jurang di antara aktivis agama dengan para pemuda selagimana orang-orang agama tidak keberatan atau malu untuk turun ke medan dakwah dan mendekati mereka," kata tokoh agama yang agresif dengan idea tajdidnya.

Misi dakwah itu berakhir pada jam 2.00 pagi dan diteruskan dengan solat sunat gerhana yang dilakukan di Institut al-Qayyim. (Pelbagai Sumber/AK)


Thursday 31 December 2009

♣ Pohon Yahudi.. Al-Gharqad

Hadist Imam besar Muslim ra dari Abi Hurairah ra sesungguhnya Rasullah saw bersabda “Tidak akan bangkit hari Kiamat kecuali orang Islam memerangi Yahudi dan membunuh mereka sampai sampai mereka bersembunyi di belakang batu dan pohon. Kemudian batu dan pohon tadi berkata: Wahai muslim ini dibelakangku ada seorang Yahudi, bunuhlah dia kecuali pohon Al-gharqad sesungguhnya pohon itu adalah pohon orang yahudi

pohon-gharqad

Pohon ini ditanam hampir disetiap rumah di Israil. Jelasnya, mereka atau Yahudi mempercayai betul hadith ini..

Hasan Husen Assagaf


Tradisi Tahun Baru yang diteruskan...


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau". (Al-A’raf: 30-31)

S
ejak dari pagi beratus kiriman Selamat Tahun Baru yang dihantar kepada sya.Semuanya dari rakan-rkan yang bersemangat nak menjejakan kaki untuk tahun 2010 ini.Tak kurang juga dengan ajakan dan jemputan makan malam serta berkumpul bersama rakan-rakan lama untuk menyambut kehadiran Tahun Baru.Namun semuanya sya tolak dengan hormat dan penuh prinsip yang mana bagi sya tiada istilah BARU jika yang LAMA kita tak mampu UBAH dan PERBETULKAN.

Kebanyakkan negara-negara di dunia ini akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya, kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru.
Kepelbagaian acara sambutan tahun baru juga menyebabkan sesetengah dari masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama yang sebenar?

sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

Persoalan sya mudah siapa yang menyuruh kita menyambut Tahun Baru ini..??Ayat Al-Quran yang mana yang mewajibkan hambanya untuk menyambutnya..??Bukan mahu berbicara seolah sya ni baik sangat namun atas akal yang dikurniakan oleh Allah swt sya bersyukur kerana masih mampu berfikir.

Untuk itu kepada semua ingin sya berkongsi agar Tahun Baru ini hadir dengan seribu Rahmat dan Keberkatan dan bukan seribu KESESATAN..

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tidak ada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, memperbaikan cara dan mengukuhkan keimanan dengan mencontohi peribadi Rasulullah saw.

Akhir kata ayuh bersama kita fahami maksud hadis ini:

"Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

1 Malaysia lakar satu lagi Kejayaan...!!Syabas Najib..


PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Sya :

Dengan ini SAH la sudah dan BENAR la apa yang dilaungkan oleh Najib Tun Razak kepada Rakyat iaitu Rakyat DiDAHULUKAN,Pencapaian DIuTAMAKan.

Apa yang dia DULUKAN Rakyat..??Kenaikan barang,Kenaikan Minyak dan semua kenaikan yang sama waktu dengannya...

Apa yang dia uTAMAKan..??Enjin kapal terbang,budget 1 Malaysia dan yang juga sama waktu dengannya...

Rakyat dapat apa..??Dapat tengok jer la..nak TAK NAK kena hadap jugak...!!

So untuk menjatuhkan UBN,apa yang penting ..???...KERJASAMA..!!!

Wednesday 30 December 2009

Wednesday, December 30, 2009

RM 270 Billion: Kertas Putih MOF

Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

31 Disember 2009

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

HarakahDaily.Net/-

Tuesday 29 December 2009

SELASA, DISEMBER 29, 2009

Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh

Seperti yang ramai menjangkakan bahawa Teoh Beng Hock telah dibunuh.Hanya Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sahaja yang beria sangat mengatakan : ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh. [klik sini]

Tentu kita semua juga ingat tentang ‘Surat Misteri’ dimana penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri.
[klik sini]

Berita
di sini melaporkan :

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. / end


Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat| Print | E-mail
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

-----------------------------------------------------------

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Sunday 27 December 2009

Monday, December 28, 2009

Akhiri pesta maksiat sempena tahun baru

***
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Dirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh."
***


BERSYUKUR ke hadrat Illahi kita baru saja memasuki Tahun Hijrah 1431 dan tidak lama lagi akan melangkah tahun baru 2010.

Memasuki tahun baru Masihi selalunya dikaitkan dengan majlis keramaian yang acaranya dipenuhi pesta-pestaan termasuklah konsert, pergaulan bebas lelaki perempuan dan mengambil minuman keras. Majlis ini tidak terbatas kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam di negara kita yang acap kali didakwa sebagai negara Islam paling dinamik di dunia.

Adalah menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negeri-negeri, menunggu detik 12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baru.

Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran seperti menogok minuman keras, melakukan mukadimah zina seterusnya berzina, meragut, mencuri malah sampai membunuh sekalipun.

Di negara kita, adalah begitu mudah mendapatkan minuman keras. Ia dijual secara terbuka termasuk di kedai mesra 24 jam. Sekali pun ditandai dengan perkataan kecil bahawa arak adalah haram kepada orang Islam dan penjualannya ditegah ke atas individu yang berusia kurang 18 tahun, penjualannya begitu berleluasa, anak-anak muda begitu bangga menogok air syaitan itu. Buktinya, selepas tamatnya perhimpunan ramai itu, akan ditemui bekas tin minuman keras, malahan di tepi-tepi pantai penemuan bekas tin minuman keras adalah biasa, menunjukkan betapa hebatnya anak-anak muda berpesta sakan.

Bagi kita perkembangan ini ada kaitan dengan gelagat sesetengah pemimpin yang cenderung kepada kegiatan merugikan yang membuka ruang-ruang maksiat. Contohnya pada malam tahun baru, pemimpin turut menyertai rakyat melakukan ‘countdown’ (mengira terbalik...3,2,1) dan balik hingga awal pagi. Pepatah Melayu ada menyebut, bapa borek anak rintik, bagaimana acuan begitulah kuihnya dan apa yang disemai itulah yang dituai. Jika pemimpin sebagai penyemai, menanam benih lalang, maka akan suburlah anak lalang di negara kita ini.

Sebagai negara Islam contoh, kita terasa malu apabila maksiat berlaku secara nyata. Lihatlah, kedai-kedai judi tumbuh bagaikan cendawan, manakala premis menjual arak dibuat secara terbuka manakala iklannya berleluasa pula.

Satu lagi perkara memualkan adalah eksploitasi wanita secara terang-terangan yang mendapat dukungan pihak berkuasa. Ambil contoh penggunaan gadis-gadis litar yang berpakaian seperti tidak cukup kain di pesta perlumbaan seperti F1. Tidak cukup dengan syarikat minyak antarabangsa yang mempamerkan gadis seksi, Petronas yang menjadi kebanggaan kita pun tidak kurang hebatnya. Kita mahu bertanya pemimpin termasuk peneraju Petronas ada apa kaitan antara lumba kereta dengan gadis seksi? Apakah kehadiran gadis seksi akan membolehkan kereta atau motosikal dipecut lebih laju?

Kita nyatakan perkara ini kerana kita cinta dan sayangkan negara ini termasuk masyarakatnya. Kita tidak mahu Allah SWT turunkan bala kepada kita angkara maksiat yang semakin berleluasa termasuk yang disuburkan oleh sang penguasa. Sesungguhnya kemusnahan bumi Aceh akibat tsunami dan gempa di Padang, sewajarnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT boleh pada bila-bila masa saja menghukum kita.

Sekarang pun, bagi orang yang ada fikiran, mereka sudah merasakan bahana akibat daripada keterlanjuran kita menyuburkan maksiat. Tidak sedarkah kita bahawa kehidupan kita kini tidak seaman dulu walaupun pemimpin kerap menguar-uarkan negara kita paling aman dan makmur di dunia. Pembunuhan, perampokan, kejadian ragut, rogol dan aneka maksiat semakin berleluasa, seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Sementara itu kehidupan rakyat semakin tertekan sekali pun diuar-uarkan negara ini antara yang paling kaya di dunia!

* Adalah haram hukumnya menyertai kegiatan (seperti berpakaian Santa Klaus), memasang pokok Krismas, memotong kek apatah lagi menyambut Hari Krismas (Hari Natal) dan Tahun Baru Masihi. Sila rujuk kepada artikel di www.voa-islam.com bertajuk 'Haram Merayakan Natal dan Tahun Baru'.

Iktibar laungan azan dari Masjidilharam

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)

"SETIAP kali aku mendengar azan dilaungkan dari Masjidilharam atau Masjid Nabawi di Madinah, hatiku bagai diruntun-runtun sayu. Dengan tidak aku sedari, air mataku merembes keluar."

Kata-kata ini diluahkan oleh seorang sahabatku, Haji Yahya sewaktu dia menceritakan secebis kisah pengalamannya yang manis di Tanah Suci Makkah dan Madinah semasa menunaikan fardu haji pada tahun 1992.

Seorang lagi sahabatku, Haji Kosnin juga menceritakan pengalamannya yang menarik di Tanah Suci Makkah sewaktu menunaikan rukun Islam kelima pada tahun 1984.

Katanya, waktu dinihari dia dan isterinya berjalan kaki keluar dari tempat penginapannya di Kaughar menuju ke Masjidilharam yang terletak tidak jauh dari hotelnya.

Sebelum itu, pada sebelah petang, bumi Makkah disirami hujan. Air bertakung, membentuk lopak-lopak.

Tergerak pula dia bertanya kepada isterinya. "Di Makkah ni tak nampak anjing, ya?"

"Adalah, bang," kata isterinya. "Masa pergi ke Tanaim hari tu, saya nampak anjing di tepi jalan. Ada anjing berkeliaran di pinggir-pinggir bukit atau di luar kawasan Masjidilharam."

Haji Kosnin beranggapan, di Tanah Suci Makkah tentu tidak ditemui anjing, binatang yang dikategorikan najis dan haram disentuh.

Ini sesuai dengan taraf Makkah sebagai Tanah Suci dan Tanah Haram, demikian fikirnya.

Agaknya Tuhan hendak memperlihatkan kebesaran-Nya kepada Haji Kosnin. Atau mungkinkah balasan tunai kepada niatnya.

Tiba-tiba dia melihat tiga ekor anjing bertenggung di hadapan sebuah lopak air. Seekor ibu dan dua ekor anaknya. Si ibu berbulu putih, berbadan besar seperti anjing Alaska. Dua ekor anaknya, seekor berbulu hitam dan seekor lagi berbulu kuning.

Haji Kosnin melihat si ibu itu duduk mencangkung. Lidahnya terjelir keluar seperti kebiasaan anjing kalau ia duduk. Agaknya ia haus. Sementara dua ekor anaknya berlari-lari riang menggelilingi ibunya seolah-olah anak manusia yang suka bermain dan berkejar-kejaran.

Sementara dia memerhatikan ibu anjing itu menjilat air dalam lopak, dia mendengar suara azan dilaungkan dari menara Masjidilharam.

Azan yang pertama waktu menjelang pukul tiga pagi waktu Makkah. Panggilan azan, mengajak insan beribadat kepada Tuhan. Orang mula berduyun-duyun menuju ke Masjidilharam.

Dia berhenti sejenak mendengar alunan merdu suara bilal mengajak orang bersembahyang. Waktu dinihari yang syahdu itu alunan suara azan itu terasa menggamit hati dan menusuk kalbunya.

Dengan tidak disedari mulutnya mengikuti kalimah-kalimah syahadat itu perlahan-lahan.

"Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Dalam keadaan yang mempesonakan hatinya mendengar suara alunan azan itu, dia melihat si ibu anjing tadi duduk meniarap menghadap ke Kaabah.

Kedua-dua belah kaki hadapannya dilunjurkan ke hadapan. Kepalanya mendongak ke langit, memandang menara Masjidilharam yang tersergam menjulang dengan cahaya lampu terang benderang, tempat keluarnya suara azan itu.

Anak-anaknya masih berkejar-kejaran di kelilingnya.
Setiap kali azan dilaungkan, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar', ibu anjing itu mendudukkan kepalanya.

Kemudian perlahan-lahan kepala itu diangkat ke atas mengikut alunan suara azan itu. Mulutnya seolah-olah menyahut kalimah azan itu dengan bunyi keluhan sayu yang keluar perlahan-lahan dari kerongkongnya. Mungkinkah ia menghayati kalimah azan itu, fikir Haji Kosnin.

Haji Kosnin dan isterinya terpegun di situ melihat kelakuan anjing yang ganjil itu hingga tidak disedari azan sudah selesai.

"Tenguk, bang. Anjing di Makkah begitu takzim mendengar azan. Ganjil betul, ya," kata isterinya sambil berjalan menuju ke Masjidilharam.

"Di Makkah memang banyak perkara ganjil. Agaknya Tuhan hendak menunjukkan iktibar kepada kita. Mungkinkah anjing di Makkah pun tahu menghormati azan,"katanya.

Haji Kosnin teringat suasana di kampung. Bilal azan, orang berbual-bual atau bercakap-cakap dengan kawan-kawan mereka dalam masjid.

Kalau orang sedang bermusyuarat, mereka tidak mengendahkan panggilan bilal mengajak umat menunaikan solat. Mereka terus bermesyuarat hingga sampai petang.

Kalau bermain bola di padang, ada yang berhenti sebentar. Kemudian meneruskan permainan. Tetapi ramai tidak peduli langsung.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kalau mendengar azan orang masih berbual atau bercakap-cakap menunjukkan pintu hati orang itu sudah tertutup."

Dalam perjalanan menuju ke Masjidilharam, Haji Kosnin berfikir. Apakah ini iktibar yang ditunjukkan oleh Tuhan kepada dirinya?

Dia tadi ingin benar hendak melihat anjing di Makkah. Tuhan tunjukkan perumpamaan anjing itu. Binatang yang dipandang najis dan haram tetapi betulkah yang dilihat tadi, seolah-olah binatang pun tahu menghormati azan.

Sampai sekarang dia tidak dapat melupakan peristiwa anjing itu. Dia mula muhsabah diri. Azan selalu dilaungkan di masjid atau di surau.

Tapi dia sendiri selalu lupa, bercakap dan berbual-bual dengan kawan-kawannya. Dia menganggap ini perkara kecil dan dipandang remeh. Tapi tidakkah ini boleh menjejaskan keikhlasan hati untuk beribadat kepada Tuhan?

"Maha suci Allah!" Haji Kosnin mengeluh. - Nukilan HAJI KASIRON

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive