Rihat Minda


Saturday 5 December 2009


Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas Ditubuhkan.

SUKAN

Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi
menubuhkan Kelab Bolasepak Remaja India..


TASIK CEMPAKA, Bangi – 18 Zulkaedah = 5 Dis. (Sabtu): Pagi ini ADUN Bangi ke Tasik Cempaka merasmi dan menyampaiakan jersey bagi Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 lepas.

Turut hadir Encik Krishnan selaku Pengerusi Indian Football Club di sini dan jurulatih Encik M. Ragendran Bekas coach bagi Pasukan Tentera Udara Malaysia yang beliau juga Pesara Tentera Udara Malaysia dan sekarang bekerja di Euro-Copter Malaysia selaku juru teknik dan kini menetap di Bangi.

Menurut En. Krishnan En. Ragindran secara sukarela melatih pasukan kelab yang baru ditubuh yang kini berjumlah 16 orang ahli. Anak-anak muda di bawah 18 tahun ini adalah dari Sekolah di Sungai Chua, Jalan Bukit dan Jalan Reko. Hari ini mereka hadir bagi sesi latihan. ADUN Bangi memperuntukkan sebanyak RM900/= bagi membeli jersey (termasuk seluar, stoking dan bola) yang disampaikan pada pagi ini.

Latihan pagi ini merupakan persiapan akhir bagi menghadapi pertandingan dengan pasukan remaja dari Rinching pagi esok. Untuk itu buat kali pertama jersey baru ADUN Bangi akan digunakan. ADUN mengharapkan pasukan yang baru diresmikan ini menjadi satu pasukan yang kuat dan establish di DUN Bangi dan pihak ADUN bersedia memberi bantuan bagi kemajuan pasukan. Diharap akan lahir pasukan-pasukan remaja yang lain dari DUN Bangi.

Dengan itu pertandingan akan dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan mutu bola sepak remaja di DUN Bangi. Terima kasih kepada En. Krishnan dan En. M. Ragindran. Semoga pasukan yang dibimbing maju jaya.(AK)

0 COMMENTS:

SATURDAY, DECEMBER 05, 2009

Royalti Minyak Kelantan: GEGAR Atur Program Penerangan

Isu Royalti Minyak Kelantan akan dibawa keperingkat Nasional oleh sebuah badan yang baru sahaja ditubuhkan hari ini dan ianya dikenali dengan nama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Dalam 1 sidang media yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), Dr. Abdul Halim Yusof selaku Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memaklumkan bahawa pihaknya sedang merancang untuk mengadakan 1 konvensyen yang akan membincangkan isu Royalti Minyak di Kuala Lumpur dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.
GEGAR juga secara terbuka menjemput mana-mana badan, orang perseorangan atau kumpulan yang berminat untuk menyertai GEGAR dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri-negeri yang telah dinafikan haknya dalam isu pembahagian Royalti Minyak.

Sebelum ini, sebuah badan yang sama telah ditubuhkan dalam menangani isu Royalti Minyak Terengganu iaitu MAMPAT.

Dalam kenyataan yang sama, GEGAR juga menjelaskan bahawa pihaknya yakin pihaknya akan mendapat kerjasama penuh daripada Kerajaan Negeri Kelantan dalam semua program-program yang bakal diatur oleh GEGAR dalam siri Jelajah Negeri Kelantan dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat Kelantan berhubung dengan isu Royalti Minyak.
  • Banyak kenyataan yang rakyat Kelantan masih belum faham dalam kewajipan Petronas dibawah Kerajaan Pusat membayar Royalti Minyak kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak. ini adalah kerana media perdana dan Menteri-Menteri Pusat telah mengambil peranan memutar belitkan fakta sehingga kebanyakan rakyat tidak faham.
Pihak GEGAR juga akan meminta kerjasama dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab merangka perjanjian Royalti Minyak.
  • Kemungkinan besar, kita akan menjemput Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersama kita dalam Konvensyen yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti. walau bagaimanapun, setakat hari ini, pihak GEGAR masih belum memaklumkan secara rasmi atau tidak rasmi akan hasrat GEGAR kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Kenyataan Akhbar Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ditubuhkan pada 5hb. Disember, 2009 yang mewakili Gabungan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri daripada lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).

Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

GEGAR akan :
  1. Mengembelingkan tenaga semua pihak tanpa mengira sempadan agama, politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui berbagai cara.
  2. Mengadakan "Konvensyen Rakyat : Royalti Petroleum - Antara Hak dan Ihsan..?" di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
  3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat diatas.
Dengan itu, GEGAR menggesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.

05 DECEMBER 2009

Tu Dia... Altantuya dah jadi drama bersiri.. jangan popular macam 'nur kasih' sudah....

HTTP://BERITASEMASA.COM

Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.

Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive