Rihat Minda


Wednesday 10 October 2012

SUK Negeri Kedah lantik YDP Majlis Daerah secara tidak sah!
Posted on Wednesday, October 10 @ 00:49:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Artikel Blog Kedah La

Ini bukan isu kecil. SUK Negeri Kedah Datuk Paduka Rasli Bin Basir menukar atau melantik Yang DiPertua Majlis Daerah selama ini adalah tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri); jelas adalah membelakangkan undang-undang di dalam Seksyen 10 (1) (a) dan (b) dan Seksyen 11, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Maknanya pelantikan YDP adalah tidak sah!? SUK berkuasa melantik atau menukar Pegawai Daerah tapi bukan YDP Majlis Daerah, sekalipun secara kebetulan DO dan YDP adalah orang yang sama

Perkara ini telah dirujuk kepada beberapa pakar perundangan dan mereka memberi tafsiran yang sama iaitu SUK tidak berhak melantik tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Jika lantikan itu tidak sah, apakah ia juga akan memberi kesan kepada semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat majlis daerah, adakah juga tidak sah? Kelulusan tender dan pelantikan kontraktor tidak sah? Peruntukan dan pembayaran tidak sah? SUK sudah pening sekarang. Adakah amalan tersebut hanya berlaku sekarang atau sejak zaman BN lagi? Mai tang soalan ni, semua pakat-pakat penin!



Berikut adalah penjelasan teperinci berhubung asas bantahan yang dibuat oleh Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (lantikan politik) berhubung isu...


DESAKAN PELETAKAN JAWATAN TERHADAP DATUK PADUKA RASLI BASIR SELAKU SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH.

Isu 1 :              Notis Arahan Pertukaran Tuan Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor, Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu Ke Kuala Muda, Sungai Petani yang ditandatangi oleh Datuk Paduka Haji Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Surat No rujukan: PSU(K)1239/1379 Jld 15(74) bertarikh 27 Ogos 2012 bersamaan 09 Syawal 1433 iaitu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Ia menyebabkan berlakunya :-

                        (i)         Pentadbiran MDKP menjadi kucar-kacir

(ii)        Tindakan yang tidak sah dari awal yang membawa implikasi yang besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Isu 2 :              Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Datuk Paduka Rasli Bin Basir yang secara sedar ataupun tidak sedar membelakangkan undang-undang di dalam Seksyen 10 (1) (a) dan (b) dan Seksyen 11, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di dalam hal berkaitan perlantikan dan pertukaran Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kubang Pasu dan daerah-daerah lain di negeri Kedah Darul Aman menyebabkan perjalanan PBT menjadi kucar-kacir yang boleh menyebabkan :-

(i)                 Menjatuhkan air muka dan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Almu’tasimu billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah yang amat dihormati, disayangi dan disanjungi oleh sekalian rakyat di Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya kerana baginda Tuanku telah memberi perkenan melantik Datuk Rasli sebagai Ketua Pegawai Pentadbiran Negeri Kedah atau Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di atas kepercayaan baginda Tuanku bahawa beliau (Datuk Rasli) dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan profesional dan berintegriti demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku Al Sultan di Negeri Kedah Darul Aman.

Isu 3 :              Isu perlantikan Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, Mohd Rezal Bin Datuk Paduka Rasli oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Datuk Paduka Rasli Bin Basir. Di mana, Mohd Rezal adalah anak kandungnya yang boleh disabitkan dengan :-

(i)                 Berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest).

(ii)               Menggunakan kuasa secara melampau (ultra vires).

(iii)             Tidak selari dengan amalan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Malaysia.

(iv)             Membelakangi kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

(v)               Lain-lain undang-undang berkaitan perlantikan sesuatu jawatan  penjawat awam yang berjalan di Malaysia (Jika Ada).


KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN HAJI AHMAD FISOL BIN MOHD NOR, YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU DITUKAR KE KUALA MUDA, SUNGAI PETANI

(1)               Menganjurkan Program Keagamaan

(a)    Program Mahabbah Ulamak

Program ini telah dianjurkan oleh JK Kesejahteraan Sosial MDKP, melibatkan tokoh-tokoh agama seperti Tuan Guru Haji Salleh (SIK) Ustaz Mat Rejab (Dewan Ulamak PAS Kedah), Tuan-Tuan Guru Pondok sekitar Kubang Pasu dan Kedah. Ia turut dihadiri oleh YB. Datuk Dr Haji Abdul Isa Bin Ismail, Speaker DUN Kedah dan YB. Datuk Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Di mana program ini tidak disenangi oleh UMNO/BN yang merasakan ia akan menaikkan imej dan sokongan kepada kerajaan PR. Hal ini tidak disenangi oleh UMNO/BN yang mengambil tindakan mendesak supaya Haji Ahmad Fisol ditukar ke daerah lain.

(b)   Jelajah Takbir Aidil Fitri Peringkat Daerah Kubang Pasu

Program ini disertai oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan, MDKP, Ahli-Ahli Majlis, MKK dan Ngo yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan melebihi 60 buah kenderaan di malam Hari Raya Aidil Fitri.

Maklumat kami (Ahlimajlis) perolehi bahawa UMNO/BN membuat protes ke atas Tuan Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor supaya ia ditukarkan ke daerah lain.

            (c)Kulliah Mingguan Pagi Jumaat Di Kawasan Pasar Pekan Jitra

Program ini aberjaya menarik mint orang ramai termasuk kakitangan kerajaan untuk hadir. Kulliah disampaikan oleh tokoh-tokoh agama dikalangan ahli dan penyokong PAS. Ia merupakan program yang julung kali berjaya diadakan oleh MDKP sejak ia diperbadankan pada tahun 1978.

Maklumat kami (ahlimajlis) juga mendapati bahawa UMNO/BN resah dan memprotes program ini kepada pegawai tinggi kerajaan negeri supaya ia ditukar ke daerah lain.

         (d )Kulliah Mingguan Hari Rabu Di Pejabat Daerah Kubang Pasu

Pengisian disampaikan oleh tokoh agamawan yang pro PAS. Ia dihadiri oleh kakitangan kompleks pentadbiran daerah Kubang Pasu, penghulu dan MKK. Program ini menaikkan  imej kerajaan PR di Kedah.

KESIMPULANNYA program agama yang diusahakan oleh Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor selaku YDP MDKP dan Pegawai Daerah Kubang Pasu tidak disenangi oleh UMNO/BN dan boleh disabitkan sebagai dalang yang mempengaruhi tindakan SUK membuat tindakan menukar Haji Ahmad Fisol.

(2)               Isu Rakyat Miskin Tepi Sungai Keroncho, Mukim Jitra Dengan KEDA

Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor, mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah Kubang Pasu telah memberi tekanan kepada KEDA yang melambat-lambat proses memindahkan rakyat miskin di tepi Sungai Keroncho, Mukim Jitra, walaupun peruntukkan telah disalurkan oleh kerajaan pusat.

Kegagalan KEDA menguruskan proses pemindahan menyebabkan kerja-kerja berkaitan pembesaran dan mendalamkan Sungai Keroncho, Mukim Jitra tidak dapat dilaksanakan oleh JPS selaku agensi pelaksana. Sungai Keroncho adalah sungai utama di Pekan Jitra untuk mengatasi masalah banjir kilat dan banjir besar.

Ketegasan Haji Ahmad Fisol telah mendapat perhatian pemimpin UMNO Kubang Pasu/ Kedah bertindak mendesak supaya ia ditukarkan ke daerah lain.

(3)               Hubungan Tidak Mesra Antara Mohd Rezal (Setiausaha MDKP) Dengan Haji Ahmad Fisol (YDP MDKP)

Kami (ahlimajlis) memang mendapati bahawa hubungan Mohd Rezal (SU MDKP) dengan Haji Ahmad Fisol (YDP MDK) tidak mesra dari awal. Sering berlaku percanggahan pendapat yang ketara di antara Haji Ahmad Fiso dan Mohd Rezal di dalam Mesyurat Jawatankuasa Tetap dan Mesyuarat Penuh MDKP.

Banyak keputusan MDKP yang tidak di ambil tindakan, sebaliknya bertindak tanpa mengikut keputusan mesyuarat. Ia menyebabkan rakyat rasa tidak senang hati dengan kerajaan yang memerintah sekarang.  Hal ini terjadi berkemungkinan kerana Mohd Rezal merasakan dia mempunyai ‘kekebalan’ kerana bapanya adalah SUK.

(4)               Kerjasama Baik Haji Ahmad Fisol Dengan Ahli-Ahli Majlis MDKP

Hubungan dan kerjasama baik di antara Haji Ahmad Fisol dan Ahli-Ahli Majlis MDKP tidak disenangi oleh Mohd Rezal. Dari sumber dipercayai bahawa dia mendakwa  bahawa Haji Ahmad Fisol sedang membina pengaruh dan imej sebagai Pegawai Daerah di Kubang Pasu serta membantu PAS/PR untuk menumbangkan UMNO/BN di dalam PRU 13 akan datang.

Berdasarkan  lima perkara di atas, kami (ahlimajlis) amat yakin ia adalah faktor yang mempengaruhi SUK mengambil tindakan menukar Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor ke Kuala Muda, Sungai Petani. Alasan kerana hak prerogatif, tidak masuk akal kerana kedudukan YDP bukan di bawah bidang kuasanya.

IMPLIKASI TERHADAP ISU DI ATAS

 (1)       Suatu tindakan cuai boleh menyebabkan imej dan raputasi Pihak Berkuasa Negeri Kedah Darul Aman dipandang rendah dan hilang kewibawaan dikalangan orang ramai, orang asing, para pelabur serta boleh menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri Kedah menjadi kucar-kacir.

(2)        Tindakannya secara langsung ataupun tidak langsung telah mencabuli Sekyen 10, Ceraian (1)(a) & (b) serta Seksyen 11 dan lain-lain Seksyen, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menyebabkan perlantikan dan pertukaran Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor adalah TIDAK SAH DARI MULA (void ab initio) sebagai Yang DiPertua MDKP khususnya dan Yang DiPertua - Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan daerah lain di negeri Kedah bagi menjalankan tugas-tugas mereka. 

(3)        Semua arahan-arahan, perintah-perintah, keputusan dan tindakan yang melibatkan Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor selaku Yang DiPertua MDKP  boleh menjadi  TIDAK SAH DARI MULA (void ab initio) dan boleh menyebabkan pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu menjadi kucar-kacir, menanggung kerugian dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga serta  menjejaskan kepentingan orang ramai, kakitangan MDKP, ahli-ahli majlis dan pelabur-pelabur.

(4)        Orang ramai berhak mempertikai dan mencabar semua tindakan dan keputusan Majlis Daerah Kubang Pasu yang melibatkan Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor di mahkamah, sekali gus mereka boleh menuntut bayaran ganti rugi kewangan dan seumpamanya bersesuaian dengan peruntukkan undang-undang yang berjalan di Malaysia. Hal ini boleh menyebabkan MDKP menanggung beban kewangan ataupun jatuh muflis.

(5)        Menjatuhkan imej dan raputasi Majlis Daerah Kubang Pasu selaku Pihak Berkuasa Tempatan juga merupakan kerajaan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran di Malaysia. Di samping, orang ramai akan hilang kepercayaan kepada MDKP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

(6)        Seorang Ketua Pegawai Pentadbiran Negeri Kedah yang gagal menjalankan tugas secara profesional yang menjatuhkan imej dan raputasi perkhidmatan awam di mata rakyat negeri Kedah khususnya serta Malaysia dan seluruh dunia amnya. Sebab SUK dikenali bukan sahaja di Kedah dan Malaysia, malah seantero dunia.


CADANGAN DAN HARAPAN AHLI-AHLI MDKP

(1)               Pihak Berkuasa Negeri mempertimbangkan hasrat Ahli-Ahli Majlis MDKP supaya melantik semula Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu bagi meneruskan perancangan-perancangan yang telah diatur.

(2)               Pihak Berkuasa Negeri memastikan perlantikan dan pertukaran Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu dan mengikut kehendak Akta 171.

(3)               Pihak Berkuasa Negeri hendaklah tidak terikat dengan perlantikan Datuk Bandar dan Yang DiPertua dari kalangan pegawai tinggi kerajaan negeri Kedah (KCS) semata-mata, sebaliknya memilih dikalangan individu yang difikir layak dan berpengalaman dalam hal ehwal PBT serta boleh melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri. Ini kerana, Datuk Bandar dan Yang DiPertua adalah ‘jawatan terbuka’ mengikut Akta 171.

(4)               Menyusun semula Yang DiPertua – Yang DiPertua PBT di seluruh negeri Kedah supaya menepati kehendak Akta 171.

(5)               Menukar mana-mana Yang DiPertua yang didapati tidak dapat memberi kerjasama dengan mana-mana Ahli-Ahli Majlis di PBT.

(6)               Memastikan bahawa perlantikan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan dikalangan individu (pegawai tinggi kerajaan negeri) yang berpengalaman dalam hal ehwal PBT serta boleh berkerjasam dengan Ahli-Ahli Majlis.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Laporan ini dapat memberi gambaran tentang perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kedah yang tidak mengikut Akta 171. Semoga akan berlaku suatu perubahan demi kebaikan rakyat dan kerajaan yang memerintah.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive