Rihat Minda


Thursday, 8 March 2012

Usah tambah peritnya luka Kedah

-,08 Mac 2012


Tidak sukar untuk saya memahami gelodak rasa Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yang dilaporkan Harakahdaily sebagai "teresak-esak menangis kegembiraan" selepas mendapat tahu dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh menerima keputusan parti, yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Rakan baiknya, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, kedua-duanya anak Johor, turut menulis, menggambarkan situasi ketika beliau menerima panggilan Salahuddin memaklumkan berita gembira itu, "dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak".

Mazlan yang aktif memperjuangkan kepentingan peneroka dan generasi kedua Felda seterusnya mencatatkan: "Alhamdulillah ... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca al-Quran sambil menangis."

Sememangnya debar episod terbaru di Kedah itu merisaukan banyak pihak dalam parti. Sebagai orang yang diamanahkan untuk mencari jalan keluar ke atas pergolakan dalaman itu, Salahuddin tentunya dapat merasai nikmat yang membahagiakan apabila formula penyelesaian dapat diterima dengan baik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Salahuddin sebagai layak digelar "Kofi Anan dalam PAS".

"Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang bergegas balik dari Bosnia, transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah, tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi," tambah Tuan Ibrahim.

Kebetulan pada Sabtu malam, 3 Mac itu, sekitar jam 9 malam, ketika ramai wartawan berkumpul di sekitar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar -- lokasi mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat -- saya melewati plaza tol terakhir Lebuh Raya Utara Selatan di Hutan Kampung, dalam perjalanan balik kampung untuk menziarahi emak saudara yang sakit tenat.

Hujan hampir sepanjang laluan yang kami tempuh selama lima jam itu. Semakin mendekati utara titisannya tambah lebat.

Saya menghubungi Ketua Pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau segera membalas SMS saya, memaklumkan keadaan, dan memberitahu wartawan tidak dibenarkan masuk, sambil menjangkakan mesyuarat mungkin berakhir lewat pagi.

Setengah jam kemudian, saya tiba di Kampung Pulau Timbul, Jitra. Ramai adik-beradik berkumpul; emak saudara saya, dalam lingkungan usia 70-an, ternyata begitu uzur sekali dan sukar bernafas.

Suasana sedih dan pilu tidak dapat menghalang beberapa kenalan dan orang kampung berbisik bertanyakan situasi sebenar politik Kedah. Nampaknya mereka agak kebingungan dan tidak dapat menyelami bagaimana Ustaz Azizan Abd Razak boleh berdepan keadaan yang dilihat genting itu.

"Ustaz Azizan nampak okey aja, takda isu besar yang bawa masalah, malah orang Umno pun takda modal nak serang dia," kata seorang daripadanya.

"Patutnya, sayalah yang tanya orang Kedah," usik saya. Mereka kelihatan cuba membendung keresahan.

"Dekat dengan pilihan raya, macam-macam pula hal berlaku. Hilang semangat nak bekerja pilihan raya, bukan saya seorang saja, kawan-kawan lain di sini pun macam tu juga ...," respons saudara saya itu.

"PAS di Kedah bukannya kuat sangat, kita boleh kalah kalau tak selesai cepat masalah ini," pintas seorang lagi, sambil mengaku dia masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.

"Lagi elok kalau tak tahu puncanya," balas saya sambil tersenyum. Ternyata mereka agak tidak gemar dengan gurauan saya itu. Seorang rakan karib mencelah: "Aku tak dapat terima mengapa krisis ini terdedah pada waktu yang kritikal seperti sekarang."

Mereka begitu bimbang kekuatan parti terjejas atau sekurang-kurangnya rakyat curiga dengan keupayaan kerajaan PAS Kedah dan dengan itu boleh menyebabkan tumbang dalam PRU13 nanti.

"Insya-Allah, kita sama-sama berdoa untuk kebaikan jemaah. Semua yang terlibat itu mahukan yang terbaik untuk parti dan kerajaan Kedah. Banyak perkara yang kita tidak tahu," kata saya.

Apabila mendengar nada SMS telefon bimbit saya, seorang saudara rapat pantas bertanya, "ada maklumat terbaru?" Saya segera menyemak dan menjawab, "tak ada lagi, masih awal kot, mesyuarat tentu panjang, silap-silap sampai subuh."

Oleh kerana masih keletihan dan kaki membengkak, saya mohon diri beredar. Kampung halaman saya, Kampung Raja, hanya kira-kira 300 meter dari rumah emak saudara.

Di rumah, sembang-sembang bersambung. Orang kampung masih berkongsi kebimbangan. Saya kira mesyuarat khas di Seri Mentaloon malam Ahad itu bukan hanya cuba diteropong aktivis PAS di kampung saya, malah mendapat perhatian seluruh negara.

Mungkin ramai pencinta jemaah memanjatkan doa dan menunaikan solat hajat di keheningan malam itu agar segalanya berjalan lancar dan berjaya merumuskan jalan keluar terbaik. Halangan yang membantutkan gerakerja persiapan PRU13 perlu dibuang segera.

Lebih penting daripada itu, keyakinan tinggi rakyat terhadap Parti Islam tidak boleh dijejaskan. Selama ini banyak pihak beranggapan PAS mempunyai mekanisme tersendiri -- tentunya Islamik dan beradab -- bagi menyelesaikan sebarang kemelut dalaman yang berbangkit.

Dan kelebihan itulah, bagi mereka, yang membedakan PAS dengan parti-parti politik yang lain.

Keletihan sepatutnya memudahkan saya melelapkan mata, tetapi fikiran tetap terfokus ke Alor Setar. Sehingga jam 3 pagi, Azamin masih melaporkan tiada perkembangan yang boleh dilaporkan.

Esoknya, pagi Ahad, banyak SMS diterima bertanyakan soalan sama. Saya segera menghubungi rakan-rakan, di antaranya, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid, yang juga bekas wartawan Harakah.

Jawapan mereka hampir senada, "tak tahu ... cuba tanya AJK PAS Pusat." Helmi membalas, beliau dimaklumkan tiada sidang akhbar pagi itu. Mungkin ia adakan diadakan di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.

(Lebih kurang jam 10 pagi, khabar duka menyapa; satu-satunya mak saudara saya yang masih ada telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah)

Rakan-rakan lama di Kedah, yang sebahagiannya tidaklah begitu mengikuti perkembangan politik, turut menghubungi saya. Selain menjawab ringkas, saya lebih suka menduga tanggapan mereka sendiri.

Mereka tidak terkejut jika PAS juga dilanda masalah dalaman. "Suami isteri pun bergaduh, saudara mara ada yang tidak bertegur sapa, apatah lagi PAS yang begitu ramai ahlinya, ditambah lagi kini berkuasa di Kedah," kata seorang teman, peniaga berjaya.

"Cuma yang kami harapkan, janganlah londeh segala aib di depan orang ramai. Kalau nak bergaduh pun, ikutlah adab-adab, 'kan? Rakyat sedang perhati bagaimana PAS menyelesaikan konflik sesama sendiri. Jangan bagi mereka hilang keyakinan. Kalau kalah selepas berkuasa, payah nak menang balik," tambahnya.

Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Ustaz Abd Hadi pada 6 Mac lalu, selepas merakamkan terima kasih kepada semua pihak terbabit yang memberikan kerjasama dan menghormati keputusan pimpinan PAS Pusat : "Perlu dingat bahawa konflik dalam sesebuah organisasi adalah perkara lumrah dan ianya perlu dihadapi dengan penuh keimanan, tenang, sabar dan berlapang dada. Ujian sebegini bukan sahaja senantiasa akan dihadapi dalam perjuangan, tetapi juga akan terus menerus dihadapi dalam semua suasana bahkan lebih mencabar lagi dalam mengisi kemenangan."

Media juga melaporkan kesediaan Ustaz Azizan untuk akur dengan keputusan pimpinan PAS Pusat: "Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan PAS Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan ... Selepas ini, saya serah kepada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku."

Sikap terbuka Ustaz Azizan itu wajar disanjung. Tidak mudah buat seorang menteri besar berdepan satu "tribunal", yang akhirnya dimanipulasi media Umno sebagai telah mengurangkan kuasa eksekutifnya. Difahamkan, semasa mesyuarat malam itu, Ustaz Azizan kelihatan tenang walaupun diasak pelbagai persoalan.

Begitu juga dengan pendirian Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail, yang dikira dapat membantu memudahkan parti mencari jalan keluar menamatkan kemelut daripada terus berpanjangan.

Bagi saya, tiada pemenang apatah lagi pihak yang kalah dalam isu ini. Masih terlalu banyak agenda penting -- bukan setakat memastikan kemenangan PAS dan Pakatan dalam PRU13 -- khususnya demi kepentingan rakyat yang perlu diberi tumpuan.

Justeru, jauhilah daripada membuat ulasan atau singgungan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan yang lain, khususnya ketika sebarang kenyataan mudah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menangani soal tersebut.

(Satu penyakit juga kalau dalam saat-saat krisis, ada pemimpin yang pantang disuakan soalan wartawan, pantas saja memberi respons meskipun natijahnya kepada jemaah buruk dan negatif. Begitu juga dengan sikap gatal tangan aktivis parti, khususnya yang mempunyai jawatan strategik, yang mencatatkan apa saja yang terlintas dalam pemikitran, termasuk hal-hal sensitif, misalnya dalam Facebook).

Secara peribadi, saya cuba mengelak daripada memandang remeh apa yang berlaku atau sekadar menuding jadi kepada musuh atau media yang dikontrol Umno. Memanglah BN dan medianya akan mengeksploitasi sejauh mungkin, terutama negara di ambang PRU13, dan ia satu kesempatan terbaik untuk menawan kembali Kedah.

Cuma saya kasihan dengan rakan-rakan media, khususnya di Utusan Malaysia dan TV3, yang begitu bebal (dan dungu) dalam laporan mereka, sehingga mahu mengaitkan semua perkembangan dalam PAS dengan faktor Anwar Ibrahim, dan terbaru ditambah elemen "parasit-parasit".

Imiginasi luar mereka asyik tertumpu kepada "krisis" kelompok "Erdogan" yang mahu menjatuhkan ulamak, sedangkan di Kedah, Dewan Ulama PAS Negeri, terutama ketuanya, dilihat bersama Phahrolrazi, termasuk dalam beberapa sidang akhbar.

Nasihat saya, menulislah berdasarkan kebenaran ... jangan rendahkah martabat sendiri hanya kerana mahu memuaskan nafsu bos politik anda!

Apa pun, buat penggerak parti, setiap masalah perlu dihadap secara serius, cermat dan bijaksana serta tidak memisahkannya dengan tradisi muafakat dan syura. Dalam keseluruhan babak yang dianggap genting ini (ada rakan menyifatkannya sebagai banyak membazirkan masa, tumpuan dan tenaga petugas parti), tentu ada yang "tercedera"; sama-samalah kita merawatnya dan bukannya menambahkan lagi luka.

Sunday, 4 March 2012

Mashitah, Ustazah Pencukur Bulu Kening dan Pemfitnah!!
Posted on Sunday, March 04 @ 05:58:28 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

BeritaOleh: laniismaa

"Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.

Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah. Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.

Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan peminpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!

Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya, KLIK!

Jom LIKE Meramaikan Majlis!!

Peringatan kepada pemimpin PAS terutama yang ada gelaran YB
Posted on Saturday, March 03 @ 20:35:56 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Open ArtikelOleh: mohdnoorawang

"Selepas digegarkan riuh rendah isu Negeri Kedah antara exco dan MBnya Datuk Seri Azizan Razak oleh akhbar pengkhianat dan sumber fitnah terbesar Di Malaysia telah berakhir dengan satu keputusan yang bijak oleh pemimpin PAS Pusat dan pemimpin Negeri Kedah. Syabas kepada Dato Seri Presiden dan Naib Presiden terutama Yb Haji Sallehuddin.

Terbukti cara Pemimpin Pas Pusat dan Pas Negeri Kedah mengatasi isu dan kemelut yang melanda negeri pakatan rakyat, Kedah. Tamat dan bakal kita tunggu berita yang benar dari PAS Pusat. pendekatan dan bentuk yang diambil dan kedua dua pemimpin PAS Negeri Kedah. Kita tidak mahu ada lagi isu dan kemelut yang melanda negeri negeri pakatan rakyat terutama pemimpin PAS. DAP dan PKR. Tumpuan perlu lebih fokus kepada menghadapi PRU13 dan fokus menawan Putrajaya dengan jayanya. Nasihat kami kepada pemimpin PAS yang tidak serasi kepada pemimpin yang sedia ada JANGAN MENGGUNAKKAN MEDIA UMNO DAN MEDIA PRO UMNO UNTUK MENJAWAP DAN MENGADAKAN SIDANG AKHABAR, SEJARAH TERBUKTI SETIAP KENYATAAN YANG DLUAHKAN SELALU DIPUTAR PELIK OLEK WARTAWAN YANG BERNIAT JAHAT.

Kisah yang berlaku diNegeri Kedah dan kisah Hassan Ali perlu diambil peringatan yang jelas. Jika tidak musuh mencari musuh dan ruang menjawabtidak kesampain dan menjadi kusut masai. Dengan kata lain berhati hati menjawap dan mengadakan sidang akhbar dalam satu isu dan ucapan kepada wartawan. Seharusnya tidak perlu mengadakan sidang akhabar. Hanya tumpu kepada wartawan harakah. Satu teguran terbuka kepada orang nombor dua dalam PAS perlu lebih fokus kepada perjalan Parti dan bantu membantu kerja kerja Presiden. Jangan asyik syok sendiri tumpuan perlu lebih fokus kepada perjalanan parti sebgai orang nombor dua dalam haraki PAS. Kita mengharap tiada lagi isu dan kemelut atau apa apa tindakkan dari pemimpin PAS yang boleh merugikan dan membantut perjalan ke Purajaya. Kita takut nanti negeri pakatan rakyat terlepas dari ikatan kita oleh dek parasit parasit yang jahat menjelma semasa hampir pilihanraya demi wang dan kuasa.

Saturday, 3 March 2012

Pru-13: Kalau Pakatan Rakyat menang, bukannya Anwar jadi PM
Posted on Saturday, March 03 @ 05:26:25 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Analisis IsuOleh: setisab

"Alamak... ini gurau ke betul-betul? atau betul-betul dalam gurauan? Kalau ini gurauan, ini macam punya gurauan bahaya beb. Ini dah macam beri saham percuma pada bloggers Umno bikin spin ligat. Puak Umno bukan bolih dengar cakap-cakap macam ni dari geng Pakatan, pandai je dia orang spin sengaja hendak bagi kacau, nak bagi kecoh sebab dia orang b***.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.


Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.

Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.

Ditanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh:

" Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".

"Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya. - Kerajaan Rakyat

"
Boleh pulak UMNO berkempen politik dalam masjid ...
Posted on Saturday, March 03 @ 04:48:46 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

BeritaOleh: anak_perelih

"

UMNO selalu mendakwa PAS menggunakan masjid untuk berkempen politik... tapi semasa lawatan Najib ke kelantan pada 2 mac 2012..



beliau telah berucap berkempen politik didalam masjid... dan beliau berkempen terhadap pegawai pegawai kerajaan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah sekolah, di parlimen Pasir Mas...

Berikut ialah gambar Al Ustaz Imam Najib memberikan tazkirah politik tersebut seperti disiarkan oleh Utusan Melayu...


Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).
*maaf saya edit perkataan yang kurang enak...

Friday, 2 March 2012

Ingat ,Jangan Ada Politik Cantas Di Kalangan Kita!

Posted on Friday, March 02 @ 01:30:38 PST
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Selagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau s ejamaah .


Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan



. 3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .

4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .

5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .

6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .

7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .

8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .

10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .

IKUTI PERKEMBANGAN PERGOLAKAN POLITIK KEDAH DI WARTA UTARA ONLINE
KEDAH : Ayoh JOM Berubah
Posted on Friday, March 02 @ 01:36:25 PST
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

PendapatOleh: Merong

"Jikhttp://4.bp.blogspot.com/_aLYQfXHFubQ/S_sq_C7KklI/AAAAAAAADn8/zz8451-YYqA/s320/mbkedah%5B1%5D.jpga di Wisma Negeri saya adalah Menteri Besar KEDAH. Saya bertanggungjawab kepada kebajikan seluruh rakyat Kedah tanpa mengira parti.

Jika di Markas PAS Kota Sarang Semut, saya adalah Pesuruhjaya PAS. Saya bertanggungjawab kepada seluruh pendokong gerakan PAS Kedah.



Kata-kata Ustaz Azizan yg mahu membuat satu anjakan pemikiran drpd cara lama ddikan UMNO iaitu :

1. Parti Politik itu Kerajaan

2. Apa juga milik kerajaan negeri adalah milik Parti bukan “milik rakyat dan wajib dikongsi secara adil”.

Diantara perkara yg dilakukan Ustaz Azizan :

1. Pengagihan zakat secara adil kpd sesiapa yg berhak tanpa mengira parti.

2. Ustaz Azizan melantik beberapa orang Umno di atas kredibiliti mereka untuk memegang jawatan CEO dalam beberapa agensi kerajaan negeri.

3. Pemberian penyelenggaraan jalan raya bernilai RM5 juta kepada kontraktor Umno mengikut kredibiliti. Jika kerajaan Pulau Pinang mengamalkan tender terbuka mendapat pengiktirafan kenapa tidak kerajajaan KEDAH? Masaalah perangai lama Melayu lagi. Salahkan menjadi pemerintah yg adil pd segenap lapisan masysrakat menurut syariat ?

Jika kamu berfikir salah menjadi pemimpin yg adil, ayuh JOM BERUBAH pilihlah pemimpin :

1. Yg mempunyai jet terbang sendiri dan selalu melancong ke MACAU

2. Yg mempunyai skandal perempuan.

3. Yg tidak imarahkan masjid dgn program keagamaan.

4. Kekayaan melebihi pendapatan krn amalan rasuah.

5. Bila bercakap, menipu.

Dan marilah bersama-sama menanggung beban biawak hidup……..wallahualam

"

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive