Rihat Minda


Wednesday, 29 February 2012

isu di Kedah....kemelut atau kalut?
Posted on Tuesday, February 28 @ 22:00:07 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

ArtikelOleh Bancuh

(Dari kiri) Chow Kang, Amiruddin, Mohamed Taulan, Soo Nee dan Abd Ghani selepas majlis raptai di Istisu mengenai perlantikan exco negeri Kedah dimainkan sejak lebih seminggu yg lalu....semakin kencang angin bertiup apabila mendekati tarikh 28hb......aku sejak awal tak mau nk bancuh apa2 lagi di blog ini sbb proses pengumpulan maklumat perlu dibuat bagi memudahkan kesimpulan aku dalam dok bancuh ni....

aku tak mau lah karangan aku ni akan jadi serba tak kena dan dituduh pulak buat fitnah dan sebagainya.

alhamdulillah, hari ini 8 exco telah pun selamat mengangkat sumpah perjawatan....hanya tinggal lagi dua orang sahaja yg belum lagi berbuat demikian... aku tak mau sentuh bab tu....apa yg aku nk bancuh adalah berkenaan isu yg dipolemikkan hinggakan riuh seantero Malaysia bahawa PAS Kedah sedang mengalami kepincangan.......

bagi pendapat aku, setelah menilai segala maklumat yg aku perolehi dan segala jawapan kpd persoalan yg aku dapati.....ianya tak lebih dari satu keadaan biasa yg kebiasaannya wujud dalam mana2 pentadbiran sekalipun.... dikononkan bahawa 'exco boikot' perlantikan atau cadangan perlantikan semula kerana beberapa isu dalam pentadbiran..... yg aku faham iaitu jawatan exco bukanlah menjadi hakmilik individu dan juga bukan satu jawatan warisan.....sesiapa saja boleh dilantik menjadi exco sesuai dgn kelayakan dan kebolehan....malah yg tidak dilantik menjadi exco tidak bermakna mereka itu tidak sesuai atau tidak berkebolehan, tetapi sebenarnya semua ADUN samada menjadi exco atau tidak exco, samada di pihak parti pemerintah atau pembangkang...semua kena bekerjasama membangunkan negeri.....

apa yg digemburkan iaitu penolakan tawaran 2 orang pemimpin kanan PAS Kedah ke jawatan exco.... setelah aku teliti beberapa keadaan...rupanya tiada sebarang tawaran lagi dibuat ke atas perlantikan sebagai exco selagi mana ianya tidak diputuskan 'setuju' oleh baginda Tuanku Sultan.... sama lah spt apa yg dijawab oleh Ustaz Azizan selaku MB..... hanya apabila diperkenankan oleh Tuanku Sultan, baharulah surat tawaran disampaikan kpd yang berkenaan kerana dalam perlantikan exco ini juga, Tuanku Sultan mempunyai peranan untuk menerima cadangan atau meminda dan sesungguhnya ia bukan kuasa mutlak MB.... rupanya ini juga tak sama dgn praktis di negeri2 lain yg perkenan Tuanku Sultan adalah hanya sebagai mengesahkan dan MB bertindak atas kapasiti penuh melantik exco yg dikehendaki....

dan disebabkan itu jugalah, praktis di Kedah iaitu membaharui perlantikan exco setiap tahun....ini dibuat bagi memastikan exco yg diberikan tanggungjawab berjaya memenuhi kehendak dan melaksanakan dgn jayanya apa yg dirancangkan....sekiranya tidak berjaya menunjukkan kemampuan, maka Tuanku Sultan boleh mengarahkan MB mencadangkan nama lain......

ada beberapa komen dari puak umno yg aku baca mengatakan apa yg dijawab oleh MB adalah sebagai penyedap hati ataupun halwa telinga utk menutup bangkai gajah......hahahaha.....bagi aku, kalau tidak sungguh yg macam MB cakap, para pemimpin umno yg juga bekas barisan exco kerajaan umno be end di Kedah akan segera menyanggah apa yg dijawab oleh Ust Azizan.....tetapi, para pemimpin umno yg pernah dok dalam kerajaan negeri langsung tak bagi komen ke atas jawapan Ust Azizan yg menyentuh kuasa Sultan dalam perlantikan exco tersebut......maka bagi aku, apa yg dijawab oleh Ust Azizan ternyata benar iaitu Sultan ada hak dan kuasa utk masuk campur dalam perlantikan tersebut......

kemudian, berbalik kpd apa yg dituduhkan iaitu 'pergolakan PAS Kedah'.....sebenarnya tak benar sama sekali bahawa PAS Kedah sedang bergolak.....walaupun tidak dinafikan, wujud beberapa isu2 dalaman...sama sekali ianya tidak menggoyahkan kekuatan PAS Kedah.....mgkn kegoyahan itu hanya dilihat dari satu sudut sahaja, sedangkan hakikatnya isu yg wujud adalah dalam urus tadbir pentadbiran kerajaan...bukan urus tadbir parti.....

puak umno ni memanglah, sejak dulu lagi depa punya fahaman iaitu parti yang mentadbir sama erti dengan kerajaan.....itu sbb duit kerajaan, duit depa (parti)....duit parti, tak pulak jadi duit kerajaan..... sejak dulu lagi umno mmg faham mcm tu....depa nampak umno tu sebagai sebuah kerajaan...umno = kerajaan = umno sedangkan prinsip asas nya kedua2nya merupakan entiti yg berbeza..... PAS adalah parti yg mentadbir yg secara tak langsung adalah yg menetapkan polisi pentadbiran, tetapi sebarang urusan di dalam kerajaan negeri sama sekali tidak mempengaruhi PAS negeri secara langsung dan sebarang tindakan parti tidak berkuatkuasa atas kerajaan negeri...... inilah yg diamalkan oleh pentadbiran PAS negeri Kedah iaitu memisahkan antara urusan parti dan urusan pentadbiran kerajaan negeri.....

maka, kedudukan sebenarnya melalui maklumat yg aku perolehi iaitu kedua2 exco yg digemburkan sangat tu sebenarnya bukan tulis surat menolak tawaran (sbb tawaran belum dikemukakan ketika surat itu ditulis), tetapi menawarkan utk tidak dilantik semula (jika ada cadangan utk melantik semula)....dan alasan utk tidak dilantik semula itu boleh pelbagai.....tapi itulah yg sangat dijadikan isu oleh puak2 umno utk menyerang PAS sbb semenjak pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS dan Ust Azizan sebagai peneraju utamanya, umno hampir tiada isu nk dibangkitkan.....tak mcm di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (suatu ketika)... contohnya, di Selangor....isu yg dimainkan oleh umno iaitu isu pasir yg sudah makan usia agak lama....begitu juga isu di Pulau Pinang iaitu mengenai hak istimewa orang Melayu....isu ini masih lagi berkumandang hingga sekarang dan masih lagi wujud pihak2 yg percaya dan boleh dipengaruhi kpd isu2 yg dimainkan tersebut...di Perak pulak, satu ketika mengenai isu pemberian tanah 999 tahun dan isu pemberian tanah kpd orang Cina kampung baru....sedikit sebanyak, ianya telah berjaya mempengaruhi minda masyarakat, setidak2nya mengukuhkan keyakinan ahli2 umno utk terusan menyokong umno.....

sedangkan di Kedah, TIDAK ADA sebarang isu yg berjaya dipolitikkan oleh umno dgn berkesan...samada isu KUIN, isu Madrasah Salihiah, isu balak dan isu lainnya......semua isu tersebut tidak berjaya mempengaruhi masyarakat umum dan berjaya ditepis oleh barisan kepimpinan kerajaan Kedah dan PAS Kedah dgn mudah dan berkesan..... oleh kerana itulah, umno tidak punya jalan lain melainkan menampakkan garis2 calar di badan PAS....depa (puak umno) cuba nk korek, robek calar tersebut supaya merebak menjadi kudis, lalu bernanah, lalu berdarah dan akhirnya jadilah kudis buta yg sukar utk disembuhkan lagi.....di sudut lain, depa cuba utk meracun tubuh PAS itu dgn bagi manisan2 supaya tubuh badan itu dapat penyakit kencing manis..... bila dah ada penyakit kencing manis, ditambah dgn kudis buta yg tak berupaya nk sembuh.....maka mudahlah utk depa menumbangkan PAS Kedah dalam PRU 13 nanti dan kembali bertakhta.....

nasihat aku kpd semua ahli PAS supaya jgn sekali2 dengar khabaran dari musuh....dulu, masa kita tak mentadbir...musuh kita hanya ada 2 sahaja iaitu umno dan nafsu...tapi, bila memerintah....musuh kita semakin bertambah....umno diumpama spt singa yg telah luka....walaupun luka, kita tetap perlu kena berhati2 sbb kekuatannya, sifat garang dan dendamnya masih ada...semangatnya utk menawan kembali Kedah tetap membara.....musuh dalaman kita iaitu nafsu juga semakin luas, besar dan melebar.....aku umpamakan mcm orang miskin yg baru jadi kaya....masa dia miskin, hina dina....mimpi dia hanya setakat nk beli beca roda tiga utk bawak seorang isterinya dan 4 orang anaknya....tp bila dah kaya....beca roda tiga tu dah jadi alat hina baginya, tak layak utk bawa lagi 3 orang bakal isterinya dan anak pinaknya....

selain dari umno yg semakin bermafsu dan nafsu dalaman yg semakin besar, musuh kita lagi apabila mentadbir ini adalah orang yg berada di sekeliling kita....samada ianya kawan, rakan mahupun adik beradik, saudara mara.....sbb apa aku katakan depa ni sebagai musuh??? depa menjadi musuh apabila meminta atau memaksa kita buat sesuatu perkara yg di luar batasan amanah dan kerja....tapi, bukanlah aku katakan depa tu adalah musuh besar mcm umno dan nafsu tu....cumanya maksud aku, sebagai pemimpin, kita jangan terlalu dipengaruhi oleh orang di sekeliling kita atau orang yg rapat dgn kita.....kadangkala, depa memanglah tak berniat utk menjahanamkan, tetapi depa tak tau yg perbuatan atau perkataan atau permintaan depa tu akan menjahanamkan...... aku bagi 1 contohlah....masa mula2 kerajaan negeri Kedah dibentuk, ada beberapa orang kawan dan adik beradik aku hubungi aku konon2 utk merisik apa2 projek dgn kerajaan negeri.... sedangkan aku bukannya kerja dgn kerajaan negeri, aku hanya ahli biasa dalam PAS....tp antara alasan depa kata "tak kan tak boleh bagi lorong kot!!!!, hang dok kuat dalam parti...tak kan tak dapat projek satu dua" dan ada yg kata kt aku "kalau PAS perintah, projek tak boleh dapat kt orang PAS satu dua....lebih baik kita tak payah dok sokong dah....kita dok pulun bagi depa naik sbb boleh bantu kita balik....." dan banyak lagi lah ayat2 depa......

antara aku jawab kat depa, "kalau nk projek ka hapa....ikut saluran....tak ada pintu belakang atau pintu depan... kita sokong PAS bukan kerana projek, tetapi kita buat kerja dalam PAS kerana Allah"....Allah yg bagi rezeki kt kita, bukan pemimpin.....sapa nk berebut projek, pi lah berebut sana.....jgn dok heret aku buat kerja jahat, sedangkan tujuan aku nk berjihad......aku tak perlukan projek apa semua walaupun aku pun ada lesen kewangan dsb....sama sekali aku tak mau buat kerja 'terhutang budi' dgn orang itu orang ini sbb dianugerahkan projek.... dan sama sekali aku tak akan pergunakan parti utk jadi kaya raya...cukuplah aku sebagai penoreh getah saja!!!!!

maka....akhir kesimpulan aku....ianya bukanlah kemelut dan semua orang jangan kalut.....kot kalu ada orang nak naik dgn menjatuhkan orang lain secara tak beretika, insyaAllah dia juga akan dijatuhkan dgn cara yg sama....dan kalau yg dok pertahankan sangat kalau semua orang dah tak suka, lebih baik tinggalkan saja utk tidak terusan dok dalam dosa......aku tak maksudkan kpd sesiapa, tetapi peringatan utk aku dalam kerja buat aku..... takut dok tengoh syok menoreh, tak ingat dahan reput atas kepala....dok langut tengok dahan reput, tak nampak pulak ulaq kapak dok tunggu masa......

lagipun depa bukannya letak jawatan dalam parti....kalau depa letak jawatan parti, itu barulah patut dikalutkan dan dijadikan isu kemelut PAS Kedah......

http://bancuh.blogspot.com

Tuesday, 28 February 2012

Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

NONEMimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke (kiri), taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepadaMalaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

NONEMenurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.

Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

azlanSemasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.

Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan!

http://selamatkanpahang.blogspot.com,29 Feb 2012

Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno.

Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau.

Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam.

Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut.

Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar!

Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini.

Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata?

Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan?

Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya?

Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan.

Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman?

Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka?

Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu.

Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini?

Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi “kepanasan” ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan “perang” lagaknya.

Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini?

Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah.

Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya?

Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa?

Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana “orang samseng dan kuat menjadi raja”.

Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini!

10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

Mimpi Senja,29 Feb 2012

Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu tertarik untuk datang ke majlis ceramah akidah Hasan Ali..

Dengan itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah

Selamat melihat foto foto menarik ini kah kah kah








Abbs© - sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah Hasan Ali beb.. sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dengan lautan manusia.. kah kah kah

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron

Dr Badrulamin Bahron,26 Feb 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Tiada komplot jatuhkan MB Kedah - Phahrolrazi

Muslim Abdul Razak, Warta Kedah,28 Feb 2012

ALOR SETAR, 28 Feb: Laporan kononnya ada gerakan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak hanyalah tuduhan semata-mata dan merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan hanyalah spekulasi yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai khabar angin menyatakan beliau mengetuai gerakan menyingkirkan Menteri Besar, selepas mengadakan perjumpaan dengan petani di Tandop baru-baru ini.

“Saya bukanlah individu yang mengetuai gerakan tersebut seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. Saya tidak ada sebarang gerakan ke arah itu, kerana saya hanyalah pimpinan di peringkat tertinggi PAS Kedah dan juga menyertai gerakan dalam Parti PAS kawasan saya.

“Selain itu, komplot yang berkaitan dengan diri saya adalah tidak berasas dan saya tidak tahu pula ada dalang seperti yang dikatakan, sedang bergerak aktif menjatuhkan Ustaz Azizan," jelas beliau sebagaimana dilaporkan Warta Kedah, lidah rasmi kerajaan negeri Kedah.

Katanya lagi, sama ada ada dalang atau tidak di sebalik spekulasi ini, beliau tidak mengetahuinya dan saya juga tidak mengenali dalang yang dimaksudkan.

Beliau juga menafikan bahawa kononya beliau kecewa dengan pentadbiran dan pimpinan Ustaz Azizan.

Phahrolrazi dan seorang lagi exco, Dr Ismail tidak mengangkat sumpah exco hari ini apabila majlis mengangkat sumpah berjalan.

3 jam dengar ceramah Umno sebelum dapat RM500

Aslani M | Foto Yusri Amin,28 Feb 2012

TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat.

“Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdulllah.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500.

Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri.

“Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat.

“Sedangkan wang bantuan tersebut milik kerajaan dan bukannya hak Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di Wakaf Baru malam tadi.

Hadir sama Adun Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi, anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah dan Ketua Cabang PKR Tumpat, Che Awang Che Mat.

Beliau juga berkata, perjuangan PAS dan Umno berbeza jauh biar pun pemimpin kedua-dua parti ada yang memakai serban dan digelar ulama.

Katanya, ulama dalam Umno hanya digunakan pada musim-musim tertentu menjelang pilihan raya diadakan.

“Tindak tanduk mereka tidak ubah seperti kukur kelapa hanya digunakan pada musim kenduri sahaja.

“Selepas kenduri diletak di bawah rumah sehingga menjadi tempat cicak dan ayam bertelur,” katanya.

Lau yang juga bekas guru besar berkata, sebahagian besar penjawat awam termasuk guru, askar dan pegawai kerajaan takut kalau tidak sokong Umno kerana tidak dinaik pangkat dan ditukar ke kawasan pedalaman.

Namun katanya selepas pencen mereka beramai-ramai melompat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya pengalaman sepanjang lebih 20 tahun bersama dengan BN didapati perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja.

“Contohnya ada di hadapan kita sekarang, peruntukan projek menternak lembu sebanyak RM250 juta diguna untuk membeli kondominium mewah, kereta mercedes dan buat makan angin,” katanya.


FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive