Rihat Minda
Saturday, 4 February 2012
Oleh Shannon Teoh February 04, 2012
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Seorang bekas pegawai kanan polis hari ini mempersoalkan keengganan pihak polis bertindak terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mengatakan mereka mampu menyiasat perkara itu dalam masa singkat bagi memastikan sama ada berlakunya penyalahgunaan dana untuk membiayai Umrah.
“Kenapa pihak polis takut untuk mengambil tindakan terhadap suami dan anak Shahrizat?” soal bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara hari ini.
“Bagi menyemak rekod untuk memastikan Mohamed Salleh dan Wan Shahinur (anak Shahrizat) menggunakan sejumlah RM31,580 dalam NFC bagi membiayai perjalanan Umrah mereka pada 2010 hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk disiasat,” tegasnya.
Mat Zain telah mendesak Datuk Seri Najib Razak minggu lepas supaya menggesa polis, badan pencegah rasuan, Peguam Negara menyelesaikan siasatan terhadap skandal pusat ternakan lembu tersebut dalam masa dua minggu.
Tambahnya, bagi menyemak sama ada NFCorp telah membayar sejumlah RM26,400 kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya memerlukan “beberapa minit” penyiasatan.
“Sekiranya tuduhan-tuduhan itu benar, Shahrizat telah menipu rakyat apabila mengatakan beliau tidak mengambil tahu berkenaan hubungan pengurusan NFCorp oleh suami dan anaknya,” katanya.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFV, termasuk sejumlah RM27 juta didakwa telah digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan tersebut, apabila Ketua Audit Negara mengatakan projek berkenaan tidak menetapi sasaran pada Oktober 2010.
Pembangkang turut mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), telah mengarahkan bayaran sebanyak RM31,580 dibuat ke bagi membiayai perjalanan Umrah bagi diri, dan anaknya pada 2010 termasuk RM26,400 perbelanjaan Shahrizat pada 2008.
Ketua Wanita Umno itu semalam menegaskan beliau akan terus mengetuai sayap wanita dan kembali ke kementeriannya Isnin ini selepas bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Friday, 27 January 2012
| Selangor Sah Milik UMNO PRU 13...Ceramah Pakatan Rakyat Di Sabak Bernam Gagal!!! Posted on Thursday, January 26 @ 20:42:32 PST Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga |
Berita yang amat mengembirakan pemimpin-pemimpin, ahli, pendokong, penyokong dan pencacai-pencacai UMNO... ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di Sabak Bernam malam tadi hambar dan langsung tiada sambutan.... dipulau oleh rakyat tempatan.

Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa dan berdarah pekat UMNO, kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.
Ternyata segala propaganda terhadap Pakatan Rakyat dan DSAI oleh UMNO amat berkesan sekali...kini Hj Ah Jib Gor sebagai Pengerusi UMNO Selangor sudah pasti tersenyum lebar bila mereka yang ditugaskan untuk menawan Selangor telah berjaya dalam penugasannya.. Misi tawan Selangor sudah berjaya....pemecatan Hasan Ali Akidah cukup memberi kesan dan impak... kemasukan Ezam Mat Nor sebagai tunggak utama menyerang PR memang tepat....penerimaan Noh Omar sebagai orang kuat UMNO Selangor memang cukup hebat...
Maka terkulat-kulatlah Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Selangor pada PRU 13 nanti....rakyat khasnya orang Melayu sudah tekad muktamad maukan UMNO... rakyat Selangor masih terbayangkan linang "air mata" Hj Ah Jib Gor bila beliau berkata jika rakyat Selangor mau hidup senang dan selesa.. kembalikan kuasa kerajaan negeri ketangan UMNO..
Pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut pengajian tinggi dan BR1M RM500 adalah satu langkah bijak Hj Ah Jib Gor menambat dan menawan semula hati rakyat...kisah lembu fidlot duduk kondominium mewah sudah tidak boleh dijadikan isu lagi...TAHNIAH UMNO SELANGOR... MISI ANDA BERJAYA...
PSSSTTT.......betul ke apa yang saya cakap ni?....KWAH KWAH KWAH.
ABU milik rakyat
| che'GuBard, | 27 Jan 2012 |
Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.
Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.
Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.
Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu
Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.
Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.
Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.
Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.
Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.
Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.
Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.
Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.
ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.
Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.
Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.
-------------------------------
che'GuBard adalah Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek
| Aziz Muda , | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.
Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee(gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.
Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.
Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.
"PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan.
"Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu mengenai undang-undang Islam di negara ini mengatakan bahawa masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan mereka kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
“PAS yang akan menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.
“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya seperti yang dilaporkan media semalam.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Menurut Vincent, bagi orang-orang Cina di Malaysia sekarang, mereka tidak lagi boleh dipengaruhi dengan kenyataan yang bukan-bukan dari Umno BN yang memburuk-burukkan PAS kerana perjuangan PAS sudah difahami oleh mereka.
"Begitu juga jika mereka menggunakan isu hukum hudud. Ini sudah tidak memberikan sebarang kesan buruk bagi sokongan orang-orang Cina terhadap PAS kerana semua itu sudah difahami dengan jelas oleh orang-orang Cina setelah mereka memahami perjuangan PAS.
"Malah jika isu hukum hudud ditimbulkan, masyarakat Cina pasti akan tahu dengan sendirinya bahawa pilihanraya sudah semakin dekat kerana isu mengenai hukum hudud akan ditimbulkan oleh Umno BN setiap kali menjelang pilihanraya.
"Dengan itu, orang-orang Cina dengan sendirinya akan lebih bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya dengan memberikan sokongan kepada PAS," jelasnya.
Begitu juga jika ditimbulkan isu kononnya DAP perkudakan PAS, tambahnya, juga tidak akan berhasil kerana orang-orang Cina sendiri tahu realiti sebenarnya dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, setelah gagal mempengaruhi orang-orang Cina dengan isu-isu seperti itu, kini Soi Lek pula membangkitkan perkara itu untuk menghalang sokongan orang Cina terhadap DAP dan PAS, tetapi ia tetap juga tidak berhasil.
"Orang-orang Cina sendiri sudah tahu dalam Pakatan Rakyat berbeza dengan BN yang tidak terdapat parti yang dominan. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat semua parti mempunyai peranan yang selari," tegasnya.
"Perkara itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno yang menjadi parti dominan dalam BN. Jadi jika benar itulah yang menjadi puncanya, Soi Lek kenalah berikan alasannya, bukannya dengan hanya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kenyataan Soi Lek itu hanyalah kenyataan politik dan tidak tepat sama sekali," katanya.
Beliau juga menegaskan, kerjasama erat antara DAP dan PAS sememangnya sudah tidak boleh dinafikan oleh sebarang pihak, malah sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa atau mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, DAP telah berjanji untuk terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak.
Wajah Sebenar MB Kedah Dr. Azizan
Posted: 26 Jan 2012 05:56 AM PST
Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu.
Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.
BANGUNKAN INSANIAH
Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.
Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.
CUKUP BERANG
"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.
Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.
Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.
Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.
Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.
HARGA KEMEJA MB
Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!
Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini,beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.
Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.
Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi
Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!
Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!
SERI MENTALOON
Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari. Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.
Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.
PERANGKAP WARTAWAN
Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.
"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.
"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.
"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.
RAMADAN
Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.
Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.
Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.
Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.
Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri! ~kedahlanie
Serang Azizan Razak Tidak Bijak | Mohd Sayuti Omar Posted: 26 Jan 2012 07:37 AM PST Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu. Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya. Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar. Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh. Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak. Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas. Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka. Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat. Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan. Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik. Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian. Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja. Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan. Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga. Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan. Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku(valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan? Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung. Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah... Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu. Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian... Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu. Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu. Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis./merah tinta |
Thursday, 26 January 2012
| Kelebihan Berjuang Di Jalan Allah Dgn Ikhlas Posted on Wednesday, January 25 @ 23:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
"
Perkataan jihad mengandungi aljuhdu waljahdu bermakna bersungguh dan payah. Jihad menegakkan Islam pula besar kelebihannya. Untuk mendapat pahala besar ini pula perlukan keikhlasan dalam berjuang. Apatah lagi apabila sudah ada jawatan dan pangkat besar, ditambah dengan sifat mazmumah dalam diri yang menggugat nilai ikhlas itu. Semua perkara ini tidak mudah, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.
Dalam konteks Malaysia, PAS sebagai gerakan Islam dan parti politik mengambil pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) melalui pilihanraya. Namun, ia tetap sebuah bentuk jihad kerana jihad itu sangat luas maknanya. Hayati kata-kata almarhum Ustaz Fadzil Nor di sebelah agar mereka yang yang telah pergi meninggalkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam menjadi motivasi pula kepada kita dalam perjuangan ini.
kuliah kelebihan berjuang di jalan Allah 1 (0) , 2 (0) dan ikhlas
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Allah memberi jaminan kepada orang yang keluar berjuang di jalanNya…
Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad kerana beriman dan ikhlas kepada Allah, maka Allah memberi jaminan memasukkannya ke dalam syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah. Beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan.
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya seperti bau kasturi.
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku.
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.”
Hadis riwayat Muslim"
FEEDJIT Live Traffic Map
Blog Archive
-
▼
2013
(14)
-
▼
03/17 - 03/24
(7)
- Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan NajibPosted...
- Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida ...
- Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya Harak...
- Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik...
- Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita ...
- 26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS Mohd ...
- Rakyat Kedah tuntut BN pulangkan duit rakyat RM4...
- ► 02/03 - 02/10 (7)
-
▼
03/17 - 03/24
(7)
-
►
2012
(139)
- ► 12/16 - 12/23 (2)
- ► 11/18 - 11/25 (7)
- ► 11/04 - 11/11 (1)
- ► 10/21 - 10/28 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (4)
- ► 08/05 - 08/12 (5)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (4)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (6)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 03/11 - 03/18 (2)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/26 - 03/04 (14)
- ► 02/19 - 02/26 (2)
- ► 02/12 - 02/19 (8)
- ► 02/05 - 02/12 (5)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/22 - 01/29 (11)
- ► 01/15 - 01/22 (22)
- ► 01/08 - 01/15 (9)
- ► 01/01 - 01/08 (1)
-
►
2011
(108)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 12/18 - 12/25 (4)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (4)
- ► 10/02 - 10/09 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (2)
- ► 09/04 - 09/11 (6)
- ► 08/28 - 09/04 (5)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (7)
- ► 07/24 - 07/31 (8)
- ► 07/17 - 07/24 (27)
- ► 07/10 - 07/17 (14)
- ► 07/03 - 07/10 (7)
- ► 06/19 - 06/26 (2)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (9)
- ► 05/29 - 06/05 (1)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
-
►
2010
(169)
- ► 06/27 - 07/04 (2)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (5)
- ► 05/09 - 05/16 (2)
- ► 05/02 - 05/09 (3)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (3)
- ► 03/07 - 03/14 (3)
- ► 02/28 - 03/07 (11)
- ► 02/21 - 02/28 (11)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (17)
- ► 01/31 - 02/07 (11)
- ► 01/24 - 01/31 (13)
- ► 01/17 - 01/24 (20)
- ► 01/10 - 01/17 (18)
- ► 01/03 - 01/10 (16)
-
►
2009
(286)
- ► 12/27 - 01/03 (18)
- ► 12/20 - 12/27 (13)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (4)
- ► 11/15 - 11/22 (7)
- ► 11/08 - 11/15 (10)
- ► 11/01 - 11/08 (8)
- ► 10/04 - 10/11 (4)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (2)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/06 - 09/13 (10)
- ► 08/30 - 09/06 (7)
- ► 08/23 - 08/30 (12)
- ► 08/16 - 08/23 (8)
- ► 08/09 - 08/16 (8)
- ► 08/02 - 08/09 (9)
- ► 07/26 - 08/02 (11)
- ► 07/19 - 07/26 (6)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 06/14 - 06/21 (9)
- ► 06/07 - 06/14 (15)
- ► 05/31 - 06/07 (7)
- ► 05/24 - 05/31 (14)
- ► 05/17 - 05/24 (12)
- ► 05/10 - 05/17 (16)
- ► 05/03 - 05/10 (14)
- ► 04/26 - 05/03 (9)
- ► 04/19 - 04/26 (8)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (3)