Rihat Minda


Thursday, 16 February 2012

DEB Adalah Indikator Kegagalan Kerajaan BN!
Posted on Thursday, February 16 @ 03:16:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kenyataan MediaOleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi titah ucapan Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah yang menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamat untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Bagi DPPM, ucapan Dr Raja Nazrin lahir dari keikhlasan hati beliau melihat kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

DPPM merasakan Dr Raja Nazrin Shah sememangnya seorang yang prihatin terhadap nasib dan masa depan rakyat sehingga menjadikan isu pembangunan rakyat dan ekonomi negara dalam ucapan baginda. Justeru amat bertepatan isu kegagalan DEB diangkat sebagai isu utama untuk diberi perhatian.

DPPM menganggap titah ucapan Dr Raja Nazrin Shah wajar diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Dalam titah baginda juga menyebut bahawa kajian menunjukkan hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya. Ini menunjukkan ada pihak yang menyalahgunakan DEB utnuk kepentingan dirinya mereka, bukan untuk kepentingan orang Melayu seperti niat asalnya.

Ini juga menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada pelaksanaan DEB sejak ia dilancarkan sehingga kini. Meskipun niat asal penubuhan DEB amat baik tetapi mengapa ia gagal dan tidak menepati matlamat setelah beberapa tahun ia dilaksanakan? Mungkinkah amalan rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan wang oleh segelintir mereka yang berkuasa, pelaksanaan yang lemah, pentadbiran yang tidak cekap, sikap monopoli, amalan kronisme sebagai faktor kegagalan?

Yang lebih menghairankan adalah, mengapa orang Melayu pada hari ini masih ramai yang berada di bawah paras kemiskinan dan tidak ramai yang mampu berdaya saing dengan bangsa lain dalam aspek ekonomi dan perniagaan. Ramai orang Melayu ketinggalan serta terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan gergasi perniagaan di negara ini yang dimiliki oleh bangsa lain. Rakyat juga merasa musykil kerana meskipun negara ini memiliki aset dan kekayaan yang melimpah ruah namun semakin ramai rakyat terutama orang Melayu hidup merempat di bumi sendiri.

Apa yang pasti, kegagalan DEB membuktikan kegagalan kerajaan menguruskan negara selama ini. Sudah cukuplah kegagalan ini menjadi indikator bahawa rakyat di negara ini perlu menukar kepada kerajaan yang telus, bersih dan amanah!


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel
Posted on Thursday, February 16 @ 02:44:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Kenyataan MediaDato' Seri Anwar bin Ibrahim

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN


Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.


(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

ADAKAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, DIJAGA OLEH UMNO?



Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-

bullet buttonKami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

bullet buttonKami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

bullet buttonBagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

bullet buttonKami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

bullet buttonKami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

bullet buttonKami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

bullet buttonKami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KESEMUA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ITU DIPENUHI DAN DIJAGA OLEH UMNO.


SEBAGAI CONTOH TANAH REZAB MELAYU SEMASA MERDEKA TAHUN 1957 IALAH SELUAS 3 JUTA HEKTAR. TETAPI PADA TAHUN 1995 HANYA TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR - HILANG SEBANYAK 1.3 JUTA HEKTAR.


Najib diminta jangan temberang tentang defisit

Harakahdaily,16 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 16 Feb:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.

Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.

"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

"Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat.

"Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout’ oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas)yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini.

Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok.

"Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok.

"Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu ‘tidak defisit sebenar.

Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya.

Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang ‘contingent liabillities’ sudah ke paras RM97 bilion.

"Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK.

"Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!

"Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi ‘sustainable’ atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu ‘mengelabui’ mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan).

Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka!

"Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau.

Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!"

Tuesday, 14 February 2012

Tokoh-tokoh Sukan Sertai PAS Depan Nik Aziz

SUKAN

KOTA BHARU, 14 Feb 12: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.

Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.

Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.

Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.

“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.

Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.

“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.

Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.

“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu. (IH/Hrkh)

Najib Razak: BR1M @ RM500 Talian Hayat BN/UMNO.
Posted on Tuesday, February 14 @ 02:14:56 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

PendapatOleh: mohdnoorawang

"JANGAN AMBIL MUDAH BR1M@RM500. SATU SATU TAKIAN HAYAT UTAMA BN/UMNO PRU13.

Dari sumber yang rapat dengan "rumah UMNO" peluang BN/UMNO PRU13, satu satunya pilihanraya umum yang sukar diramal oleh risikkan tentera atau militray officer, mata mata gelap polis, (SB), KEMAS, Polis , JKKK dan NGOs yang pro umno kerana wang dan pangkat.

Dari risikkan tersebut, Najib Razak percaya 100 peratus laporan risikkan tentera atau laporan militray officer. Najib atau BN/UMNO cukup terdesak dan berada diambang kesukaran untuk menang dengan dua pertiga dalam dewan parlimen.

Laporan dicadang kepada Najib Razakuntuk menang PRU13 ialah dengan sogokkan wang kepada pengundi seluruh Malaysia. Dengan kata lain Najib Razak BN/UMNO bergantung sepunuhnya kepada borang BR1M atau wang RM500 sebagai talian hayat yang utama . Malah dalam laporan risikkan tentera BR1M atau RM500 kepada penduduk Malaysia perlu dilibat gandakan pemberiannya.

Di Selangor khabarnya Najib Razak mahu BN/UMNO menang dengan apa cara dan bentuknya asalkan BN/UMNO dapat menguasai semual selepas PRU13. Jika BN/UMNO dan Najib Razak BR1M atau RM500 perlu banyak menabukan kepada rakyat Selangor.

Jika laporan atau risikkan tentera itu tepat, maka Naib Razak akan menggunakan BR1M atau RM500 sebagai teknik yag berkesan untuk menang dengan mudah dan berkuasa semula selepas PRU13.

Pernah kami paparkan dalam TKO dan dililus terbit oleh sidang TKO mengenai isu BR1M atau wang RM500 salah satu talihayat dan modal politik umno yang paling berkesan untuk rakyat kembali memberi undi kepada BN/UMNO dalam pilihanraya umum akan datang.

Kami anggap RM500 atau BR1M salah satu sogokkan wang kepada pengundi terutam pengundi dan penyokong UMNO seluruh Malaysia terutam bangsa Melayu dan bumiptra. Malah kami anggap BR1M atau RM500 salah satu punca pakatan rakyat "tersekat" dan "berhenti" dalam arus gerak kerja dan pada hari mengundi.

Risikkan tersebut juga menyentuh kedudukkan Perak dalam PRU13, peluang BN/UMNO belum nampak menang dengan mudah. Dan BR1M adalah satu satu jalan untuk BN/UMNO menang.

Di Kedah peluang BN/UMNO PRU13 ada tanda menang jika taburan BR1M atau wang RM500 digerak secara besar besaran untuk tarikan rakyat kedah memangkah BN/UMNO piluahnraya umum akan datang.

Begitu juga Di Pulau Pinang peluang BN/UMNO belum kelihatan ada kemenangan untuk menawan semula. Namun BN/UMNO perlu menggunakkan BR1M atau wang RM500 sebagai penghalang kekuatan pakatan rakyat.

Dalam loporan itu juga menyentuk kedudukkan negeri seperti Negeri sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu BN/UMNO perlu menaburkan sebanyak banyak BR1M atau wang RM500 sebagai talian hayat untuk BN/UMNO berkuasa semula.

Di Melaka modas operandinya sama dengan BR1M atau RM500 adalah salah satu gerak kerja untuk BN/UMNO berkuasa semula. Dengan BR1M atau wang RM500 faktor utama untuk BN/UMNO BERKUASA DAN MEMERINTAH SEMULA TERMASUK NEGERI NEGERI PAKATAN RAKYAT.

Di Kelantan risikkan juga berujah dengan BR1M atau wang RM500 BN/UMNO dapat menawan semual Kelantan dari PAS. Dengan itu BR1M adalah senjata utama yang akan dilakukan oleh BN/UMNO dalam PRU13.

Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dalam laporan risikkan dengan taburan BR1M atau RM500 kepada penduduk bumitputra Sabah dan Sarawak menutakan lagi tabung simpanan BN/UMNO dalam PRU13. Malah dalam laporan risikkan kepada Najib Razak kedua dua negeri tersebut masih kuat atau solid kepada BN malah Sabah dan Sarawak penentu menang dan berkuasa Najib Razak dalam PRU13.

Di negeri Johor kedudukkan BN/UMNO masih setia kepada parti memerintah. Namun BR1M wang RM500 adalah talian hayat UMNO/BN untuk kekal berkuasa, jika tidak penyokong UMNO Johor tidak memberi undi solid kepada BN/UMNO PRU13.

Jika benar laporan dan risikan tersebut dengan kerja keras dan banyak menabur wang RM500 atau BR1M sebagai jalan utama untuk BN kekal berkuasa adalah salah satu kerja jahat Najib Razak.

Kita tunggu laporan terakhir pula sebaik sahaja dewan dibubarkan kelak. Yang pasti laporan dan risikkan KEMAS, SB, POLIS TIDAK MENJADI SANDARAN KEPADA NJIB RAZAK. RISIKKAN DAN LOPORAN TENTERA DIUTAMAKAN OLEH NAJIB RAZAK.

Bagaimana pula pakatan rakyat untuk menghadapi BR1M atau wang RM500 ?.PRU13 sudah dekat ni?.......................


Nota:


Dulu rasuah masa nak mengundi ( senyap2) tapi kini terang terang, oleh itu rakyat kene faham duit yang diberi bukan duit dari kocek Umnoo tapi duit kita juga , ambik jer, masa PRU13 undi PR sbb sebaik menang kat 4 negeri berbagai program kebajikan telah dilaksanakan , masa Umno perintah apa yang rakyat dapat, ???

Beberapa orang bekas PEGAWAI KANAN kerajaan SERTAI PAS di MELAKA



21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan .

Blog Mutaligat

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive