Rihat Minda


Wednesday, 26 August 2009

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

pada anda, manakah antara dua ini yang adil, dan mana yang zalim??

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

Apabila seseorang disabitkan kesalahan bahawa dia memang minum arak, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah sebat.

Dalam hadis, didapati sebat terhadap pesalah minum arak ada dua keadaan, iaitu 40 kali sebatan dan 80 kali sebatan.

Memandangkan dalam dua keadaan ini, menyebabkan lahirnya tiga pendapat ulama tentang sebat terhadap pesalah arak.

Pertama :

hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 40 kali sebatan. Dibenarkan menaikkan bilangan sebatang sebanyak 80 kali sebagai ta’zir.

Golongan ini didokong oleh As-Syafie,, Imam Ahmad dan Abu Sur.

Kedua:

Hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 80 kali sebatan.

Golongan ini didokong oleh Abu Hanifah dan Imam Malik.

Ketiga:

Hukuman pesalah arak adalah ta’zir. Terpulang kepada kebijaksaan pihak kerajaan Islam menentukan hukuman pesalah arak.

Golongan ini didokong oleh satu riwayat dari Hanabilah dan satu pendapat dari mazhab As-Syafie.

DALIL

PERTAMA;

Dalil-dalil golongan yang mengatakan hukuman pesalah arak adalah hudud dengan 40 kali sebat adalah seperti berikut;

1- hadis;

Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya.

2- hadis;

Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

ISTIDLAL

Dari kedua-dua hadis yang dikemukakan, terbukti bahawa hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ia merupakan hukum hudud. Hal ini merujuk kepada tindakan Nabi SAW dan Abu Bakar.

Adapun penambahan sebanyak 40 kali sebat sehingga menjadi 80 kali sebat seperti yang berlaku pada zaman Omar, itu merupakan ta’zir.

Justeru, kepada pemerintah Islam, hukuman yang hendaklah dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ini adalah bilangan yang minimum. Pun begitu, jika mahu menambah 40 kali sebat lagi sehingga menjadi 80 kali sebat, maka itu dibenarkan kepada pihak kerajaan Islam, kerana ia merupakan ta’zir, sepertimana yang berlaku pada zaman Omar.

KEDUA;

Golongan kedua adalah golongan menyatakan hukuman pesalah arak adalah 80 kali sebat. Ia merupakan hudud.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- hadis;

Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.

2- Hadis;

Dalam riwayat Abu Daud, dinyatakan bahawa Omar bertanya pandangan Abdur Rahman bin Auf tentang hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak. Abdur Rahman bin Auf berkata, ”aku berpandangan bahawa dijadikan kepada pesalah arak seringan-ringannya sebanyak 80 kali sebat”

ISTIDLAL

Keputusan Omar itu dihadiri oleh sebilangan sahabat yang besar. Tindakan itu tidak ditentang oleh sahabat nabi yang lain. Justeru, ia merupakan ijmak.

KETIGA;

Golongan ketiga berpendapat, hukuman terhadap pesalah arak bukanlah hudud; iaitu tidak ditetapkan secara khusus hukuman yang dikenakan kepadanya. Malah, ia merupakan hukuman ta’zir; dibenarkan kepada pihak pemerintah islam untuk menentukan hukumannya.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- Hadis;

Abdur Rahman bin Azhar R.A meriwatkan bahawa Rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang melakukan kesalahan arak. Ketika itu, mereka berada di Hunain. Nabi SAW mengambil tanah dan melemparkan kepada wajah pesalah arak itu. Lalu Nabi SAW menyuruh para sahabat melakukan hukuman terhadapnya.

Ada dari kalangan sahabat yang memukulnya dengan kasut. Dan ada yang memukulnya dengan tongkat dan sebagainya.

ISTIDLAL

Dari hadis yang dikemukan ini, didapati bahawa Nabi SAW tidak menentukan bilangan khusus terhadap pesalah arak. Ada ketika, nabi SAW menyuruh sahabat memukul tanpa menentukan bilangan khusus.

Dalam hadis yang lain pula, didapati Nabi SAW dan Abu Bakar mengenakan hukuman terhadap pesalah arak sebanyak 40 kali. Dalam hadis lain pula, didapati Omar bin Al-Khattab menentukan bilangan sebat kepada pesalah arak sebanyak 80 kali.

Justeru, dapat difahami bahawa hukuman ini tidak ditetapkan bilangan khusus, menandakan ia merupakan ta’zir, bukan hudud. Ini kerana, hudud adalah satu ketetapan dari Allah dan rasul, tanpa ada pertikaian pun.

KESIMPULAN

Dari ketiga-tiga pendapat yang mewakili golongan masing-masing, didapati kekuatan dalil yang wujud adalah pada golongan yang ketiga, iaitu golongan yang mengatakan bahawa hukuman pesalah arak adalah hukuman ta’zir, bukan hudud.

Justeru, sebagai kerajaan Islam, sebarang hukuman yang hendak dikenakan kepada pesalah arak, hendaklah memerhatikan maqasid disebalik perlaksanaan tersebut.

Sesuatu kesalahan yang hendak dikenakan kepada setiap pesalah, hendaklah merujuk kepada dua perkara, iaitu (1) Radi’ah dan (2) zajirah.

Radi’ah bermakna mencegah pelaku kesalahan dari mengulangi kesalahan yang telah dibuat. Adapun makna zajirah adalah mencegah orang lain daripada melakukan jenayah

Sekian

p/s : artikle ini bersumber dari dua buah kitab, iaitu kitab”’Uqubah Al-’Idam : m.s 640 – 648” dan kitab ”dirasah Fiqh As-Syafie : 4/23”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

Solat Sunat sebelum dan selepas solat fardhu


Informasi berkenaan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” (Abi Daud dan at-Tirmizi)

Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” (at-Tirmizi)

Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.

Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)

Sumber: http://ahmadzaki.wordpress.com


FATWA DOREMON
22 August 2009

Salam 2 all.

Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.

Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Tuesday, 25 August 2009

Pegawai masjid S'gor boleh tangkap pesalah serta-merta
Jimadie Shah Othman
Ogos 25, 09
1:55pm

Penguatkuasaan enakmen syariah di Selangor melalui dasar baru membenarkan pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang minum arak dan tidak berpuasa "boleh dimulakan pada bila-bila masa" selepas menerima kad kuasa jabatan agama.

Seorang imam yang diberikan kuasa itu berkata, taklimat berkaitan prosedur dan kaedah penahanan pelaku kedua-dua kesalahan tersebut diadakan semalam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, imam 2 Masjid Jalan Kebun, Klang, Mohd Hafiz Mohd Hussain berkata, dalam taklimat sehari di Masjid Negeri di Shah Alam, kesemua imam dimaklumkan mengenai pendekatan baru itu.

"Kita juga diberitahu, kad kuasa telah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Exco hal-ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mengumumkan nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di negeri berkenaan diberikan surat kuasa untuk membantu menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Surat kuasa itu dilaporkan telah diberikan dua minggu lepas.

Kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadhan ini antaranya makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai - kesalahan bawah Seksyen 19 enakmen tersebut.

Malaysiakini difahamkan, pentadbir masjid berkaitan turut diberikan hak menguatkuasakan kesemua kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, termasuk menasihati, menegur dan menangkap penzina, pelacur dan pasangan berkhalwat.

Sebelum ini, penguatkuasa agama negeri-negeri diberikan kuasa menahan pasangan berkhalwat melalui peruntukan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) di peringkat nasional.

Menurut sumber, penerangan berhubung prosedur dan kaedah penguatkuasaannya telah diterangkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dalam sesi “Taklimat Khas Kesalahan Minuman yang Memabukkan dan Tidak Menghormati Ramadan” semalam.

Sejak diberikan mandat itu dua minggu lalu, butiran penguatkuasaan enakmen itu setakat ini masih belum diperolehi.

Pentadbir di surau yang dinaiktarafkan sebagai masjid belum diberikan kuasa itu setakat ini, tambah sumber itu.

Dr Hasan dipetik berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menahan pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada pegawai penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Pegawai masjid juga boleh menangkap orang Islam yang meminum arak tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama.

Sementara itu, imam 1 di Masjid Jamek, Puchong Perdana, Mohd Zainal Khamis berkata, beliau tidak bersetuju dengan pemberian kuasa tersebut kepada imam, bilal dan siak masjid.

“Tidak boleh, kalau pukul 2, 3 pagi hendak tangkap orang, pukul 6 kita hendak imamkan solat Subuh lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mencadangkan kuasa tersebut diberikan kepada pihak pengurusan masjid seperti setiausaha atau bendahari, selain memberi tambahan elaun kepada pihak terbabit.
Permatang Pasir jadi momentum perubahan PRU13
Dzulfikar Mashoor
Tue | Aug 25, 09 | 10:50:07 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

ImageNada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."

ImageBercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.

Friday, 21 August 2009

Darihal Puasa, Iman dan Taqwa
www.iluvislam.com
karangan asal oleh: Arifin Mahmud
Editor: deynarashid

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Beriman atau bertaqwa?


Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan caramenyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan denganmenyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, makanescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.

10 Comments · 2831 Reads · Print Bookmark and Share

Jumaat 30 Syaaban 1430

Eksklusif: Kemaruk Untuk Menang Di Permatang Pasir, Tuan Guru Nik Aziz Jadi Sasaran Kejahilan Media Arus Perdana Dan Puak-Puak UMNO BN !!

Nampaknya kini media arus perdana sengaja mencari pasal dengan memutar belitkan kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Rata-rata media TV dan akhbar nampaknya sudah lupa sejarah dan gagal untuk bertindak profesional dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini. Tuduhan mengatakan Nik Aziz keluarkan kenyataan yang berbaur hasutan jelas sekali menunjukkan yang mereka sudah begitu takut dengan suara rakyat. Laporan utama muka hadapan Berita Harianyang bertajuk "Nik Aziz Seleweng" jelas sekali menggambarkan kerakusan puak-puak UMNO dan BN memperkudakan media arus perdana untuk tujuan jahat mereka. Bahkan, mereka langsung tidak mahu belajar dari kesilapan lampau perihal kekalahan besar BN akibat kerakusan media arus perdana menghentam pimpinan Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Kini ia berlaku lagi, gara-gara pilihanraya kecil Permatang Pasir. Mereka ini seolah-olah sudah tiada "otak yang waras" untuk berfikir. Walhal, mereka tahu yang rakyat sudah begitu meluat dan benci melihat sikap yang ditunjukkan media arus perdana sejak dulu, kini dan selamanya. Namun, anehnya seolah-olah puak-puak karat ini tidak mahu langsung berubah. Media masih digunakan sebagai senjata untuk membuat propaganda jahat mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan berbagai akta untuk menyekat rakyat bersuara. Apakah ini amalan sebuah negara demokrasi berparlimen yang diperkatakan itu sebenarnya?.

Lantaran itulah, sebagai rakyat Malaysia yang punyai akal fikiran yang waras kita seharusnya merasa kecewa dan dukacita dengan segala apa yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Tuduhan kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga serta lain-lain tuduhan jelas sekali membuktikan betapa terdesaknya mereka untuk meraih undi rakyat di Permatang Pasir. Mereka tahu, serangan terhadap Anwar Ibrahim di sana tidak akan mengubah segalanya. Bahkan ia langsung tidak akan terkesan di hati rakyat yang sudah sebati dengan nama Anwar sejak sekian lama. Maka, langkah terbaik ialah membuat "attacking"terhadap pemimpin PAS itu. Tambahan pula kerusi DUN Permatang Pasir ditandingin oleh calon parti tersebut. Soalnya, apakah dengan tohmahan dan tuduhan melampau itu BN bakal diterima pula oleh rakyat?. Sedangkan, sebelum ini asakan mereka terhadap Anwar lebih teruk dari itu?. Maka itu, apakah rasionalnya mereka mengarahkan media arus perdana menggasak Mursyidul Am PAS itu agaknya?. Inilah dia persoalan yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya. Pemimpin UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil. Jika mereka boleh berbangga dengan pengurangan undi di Manek Urai sebelum ini, kini rasanya BN akan kembali bermuram durja. Rakyat di Permatang Pasir sudah pasti akan mengajar kedurjanaan mereka ini pada hari pengundian 25 Ogos ini

PM Mahahtir "Mudah Lupa" Mula Bersuara

Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad (foto), untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini. Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka. Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz. Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya. Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun. Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.

Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja. Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia. Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya. Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah. Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama"tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

[Bila dikaji semula apa yang dilakukan oleh media terhadap Tuan Guru Nik Aziz ini, nampak benar itulah strategi yang digunakan BN bagi memancing undi pilihanraya kecil Permatang Pasir sebenarnya. Kenapa mereka tidak menganyang Anwar Ibrahim sehabis-habisnya, sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Permatang Pasir adalah salah satu DUN yang terdapat di situ. Bukankah ini membuktikan yang puak-puak mereka takut dan yakin, rakyat Permatang Pasir tidak akan berubah jika Anwar diasak bertalu-talu. Maka, jalan terbaik ialah menukar sasaran kepada pemimpin PAS agar rakyat bersimpati terhadap mereka. Tetapi mereka terlupa kerana memikirkan rakyat masih lagi "bodoh dan bangang" seperti puak-puak mereka. Lantaran itulah kita boleh katakan yang senario yang berlaku ini memberi harapan baru kepada rakyat dan pengundi di DUN Permatang Pasir untuk memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man sebagai Wakil Rakyat baru kawasan itu nanti].

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive