Rihat Minda


Thursday, 11 June 2009

SIS : Dr. Asri beri komen tanpa rujuk usul sebenar Pas

012995402

Komen mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata di mStar berhubung isu usul Sisters In Islam (SIS) yang diluluskan dalam Muktamar Pas baru-baru ini memperlihatkan bahawa beliau langsung tidak mengetahui kandungan usul itu. Yang beliu tahu Pas nak haramkan SIS. Maka komen berikut diberikan sebagai reaksinya pada media;

“Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini.

“Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menilai SIS. Dan mereka (SIS) pula hendaklah dipanggil kerana mereka ada hak membela diri.-Dr. Asri, mStar

 

 

Sebenarnya Pas lebih dulu mencadangkan ‘jawatankuasa’ itu dimana Pas meminta agar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak untuk menyelidiki SIS. Terpulang pada Majlis Fatwa Kebangsaan jika mahu panggil mereka bela diri atau tidak. Jadi Pas melihat ‘Jawatankuasa’ adalah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri.

Pas juga mencadangkan SIS diharamkan jika Majlis Fatwa mendapati mereka menyeleweng. Jika tidak mereka boleh meneruskan pertubuhan mereka.

Ketua Pemuda Pas Ousat, Ust. Nasaruddin Hassan pula menambah cadangan supaya SIS ditukar nama jika mereka mahu berjuang atas dasar hak asasi yang subjektif bagi mengelak umat Islam keliru dan menganggap mereka juga Gerakan Islam.

Jadi, Dr. Asri kena semak dulu sebelum beri komen yang boleh dipergunakan oleh pihak ketiga. Bagi saya pandangan Dr. Asri kali ini sama sahaja dengan pandangan pihak lain yang menentang usul Pas ini kerana mereka hanya baca ‘pengharaman’ sahaja bukan isu asal iaitu ‘Majlis Fatwa Kebangsaan perlu selidiki SIS’.

Tak pastilah sama ada Dr. Asri sememangnya tidak tahu, atau sekadar mengikut rentak Mahathir yang turun menyerang Pas dalam isu SIS ini. Kebetulan beliau bersama Mahathir dalam satu Pidato Perdana di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, baru-baru ini.


12 Fakta tindakan SIS yang mengelirukan umat Islam dan bertentang dengan Majlis Fatwa

Oleh Khairul Rijal

Kebebasan bersuara adalah laungan keramat pejuang asasi manusia termasuk di Malaysia. Di Malaysia, PAS turut mengetengahkan pendirian kebebasan bersuara sebagai hak warganegara Malaysia. Al-fadhil mantan Presiden PAS DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR dalam ucapan penangguhannya sebagai ketua Pembangkang pada 10 Julai 2000 pernah menyatakan, “Kebebasan bersuara merupakan antara hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan negara seperti yang diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 10. Hak ini merupakan suatu kurniaan Allah yang digunapakai oleh setiap bangsa yang bertamadun..” Hakikatnya, idea kebebasan bersuara sama datang dari Barat iaitu pemikir-pemikir terdahulu seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.

Definisinya mudah, sebarang tindakan membendung seseorang daripada bersuara seperti kes yang sedang berlaku di Myanmar sekarang, junta tentera menghalang pelopor demokrasi Myanmar, AUNG SAN SUU KYI daripada meluaskan fahaman itu dianggap melanggar hak asasi manusia.

Persoalannya, adakah setiap kerajaan di dunia ini benar-benar mendokong kebebasan bersuara? Bagaimana jika ianya bertentangan dengan hukum Allah dan menghina Rasulullah SAW seperti yang berlaku di Denmark dan Britain? Ringkasnya, DIMANA LIMIT BERSUARA DALAM ISLAM? Jawapannya, mestilah ada limitnya!

Kebebasan itu pada pandangan Islam perlulah mempunyai adab dan pertanggungjawaban. Sebab itulah masih ada elemen dosa pahala, wajib, sunat, hukum halal, haram, makruh dan harus dalam Islam sebagai panduan atas tindakan manusia.

Orang menyatakan, mengapa diperbesarkan isu Sisters In Islam? Apa yang saya paparkan dibawah adalah sebahagian kecil daripada tindakan SIS yang telah bertentangan sebagai sebuah organisasi Muslim :-

1. Menolak fatwa kebangsaan berkaitan dengan isu Yoga
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. “Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?”

2. Menyokong IFC
Bersama-sama dengan golongan Kuffar menyokong IFC Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) yang bertujuan meletakkan lunas perlembangaan Islam setara dengan agama lain di Malaysia. Ia akan menjadi kesan kemudharatan paling besar dalam sejarah akidah umat Islam Malaysia sekiranya permintaan mereka dipenuhi.

3. Menyokong Imam wanita dalam solat
SIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada April 2005 berbunyi “Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah serta tidak pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam? Katanya, yang nyata, tiada ayat Al-Qur’an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Tambahnya lagi, Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short History of Saraceans Page No. 196). Rujuk artikel http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=440&Itemid=194

4. Melantik wanita sebagai hakim dalam mahkamah syariah
Menyokong pelantikan wanita sebagai Hakim di dalam mahkamah Syariah berdasar dalil tiada arahan dan dalil yang jelas di dalam Al-quran dan Sunnah dan ianya hanyalah berpandukan percanggahan pendapat di kalangan jumhur ulama.
23 June 1999 – “Sisters in Islam support the appointment of women as judges for the following reasons:There is no specific and direct injuction in the Qur’an and Sunnah concerning this matter. There are only conflicting opinions of the jurists.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=442&Itemid=194

5. Menentang hukum memakai tudung bagi Kes SMK Teluk Sentang
SIS telah menjadi pembela kepada kes individu-individu yang melanggar tatasusila aurat muslim dan mengaggapnya hak invidu.
27 February 2006 – “Sisters in Islam is opposed to any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. In reference to the two recent cases of an employee of a five-star hotel’s decision to wear the tudung and the cutting of the schoolgirls’ tudungs in SMK Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh, SIS maintains that the personal choices of the girls and women must be respected and no punitive measure or harsh treatment should be imposed.”Rujuk http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=400&Itemid=194

6. Menentang pandangan Ulama – Ust Abu Hassan Din Al-Hafiz apabila mengemukakan pandangan penggunaan cawat besi bagi mengelakkan rogol
16 February 2007 – “Sisters in Islam is shocked at recent comments by high-profile religious leaders this week blaming women for the allegedly uncontrollable sexual desires of men. Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz is recommending the use of chastity belts to prevent rape. What we are amazed with is that even Datuk Abu Hassan acknowledges not all men are potential rapists and that the majority of men out there are actually civilized and good.”

7. Menyokong Ayah Pin dan menentang hukuman yang dikenakan kepada Ayah Pin dan pengikutnya atas dasar kebebasan beragama!
27 July 2005 – “Sisters in Islam views with concern the punitive action taken by the Malaysian authorities on Ayah Pin and members of the Sky Kingdom. This attempt has resulted in detention of the 48 followers – including a three-year-old boy -without bail pending re-mention of their case on July 28th, and a state-wide police search for Ayah Pin. In addition, some quarters – including religious leaders and politicians – have even called for the use of detention without trial on the followers.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=402&Itemid=194

8. Menafsirkan hukum poligami berdasarkan pandangan bertentangan dengan Al-quran dan as-sunnah
8 January 2002 – Sisters in Islam (SIS) wish to point out that Islam neither invented nor encouraged polygamy. Unlimited polygamy was a pre-existing practice prior to the revelations of the Qur’an. The Qur’anic revelations relating to polygamy are clearly restrictive rather than permissive. http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=420&Itemid=194

9. Memohon hak kesamarataan gender dalam semua hal yang bertentangan dengan hukum syarak
13 Dis 2005 – Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini. Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).

10. Menentang tindakan JAIS dalam isu penangkapan pelayan bar
24 June 2000 – The decision of JAIS to charge a pub singer for insulting the religion of Islam by being in a premise that servers alcohol reflects the problem of using laws as a means to regulate the person’s conscience, faith and lifestyle. Section 10 of the Selangor Syariah Criminal Offences Enactment that makes it a crime for any person to insult Islam opens itself to abuse because it is a “catch all” provision that gives wide discretion for interpretation to enforcement officers. From the JAIS action, it appears that any Muslim, found in premises where sins are committed by other Muslims or non-Muslims, could be charged for “insulting Islam”. As has been pointed out, does this mean that a Muslim who is in an airplane or a restaurant or a hotel where alcohol is served or in a supermarket where alcohol and pork are sold is “insulting Islam”? Could it also mean that it is an offence for Muslims to live with non-Muslims housemates whose belief and lifestyle could be regarded as sinful in Islam?http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=429&Itemid=194

11. Membenarkan hukum perayaan Kongsi-Raya dan meminta Ulama’ Malaysia mempromosikannya!
16 June 2006 – SISTERS in Islam wish to urge the ulama in Malaysia to play an active role as bridge-builders among people of different faiths. They should take heed of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s personal commitment that as a Muslim Malaysian leader, he is responsible not just to fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions as well.
http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=431&Itemid=194

12. Terlibat dalam banyak forum-forum luar tajaan Barat yang bertentangan dengan etika sebuah organisasi Muslim

SIS juga banyak terlibat dengan organisasi-organisasi luar, forum-forum antarabangsa yang mempromosikan agenda kesamarataan gender atas dasar hak asasi manusia yang bertentangan dengan prinsip Islam yang qati’e dalam al-quran. ia juga menjadi duri dalam daging masyarakat Islam Malaysia apabila menjadi penentang utama dalam isu bertudung di Malaysia sejak pertengahan 90-an. Walaupun wanita UMNO tidak serius dalam isu aurat, ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan rasmi menghalang organisasi kerajaan mengamalkan pemakaian muslim.

Oleh yang demikian, http://khairulrijal.wordpress.com/ menyeru para pengibar perjuangan ini mendokong sepenuhnya tindakan PAS agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dengan serta-merta. Tindakan sewajarnya seperti menukar nama pertubuhan atau mengharamkan adalah disokong.

Selain itu, sekiranya tindakan kenyataan SIS sebelum ini terkeluar dari akidah Islam dan Ahli sunnah wal jamaah, maka hukuman setimpal berdasarkan peruntukan yang ada perlu dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam seluruhnya.


Malek Noor tinggalkan yang haram, kembali pada Allah

Kisah menarik kehidupan Malek Noor, seorang jaguh bina badan negara  yang seharusnya kita contohi. Beliau hanyut dalam kemahsyuran dan kemewahan yang dikecapi, namun akhirnya diberikan hidayah untuk kembali menyembah Allah.

Penghijrahan Malek Noor

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@ utusan.com. my

MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Bunuh umat Islam yang sedang solat, satu tindakan bacul

tragedi masjid al furqan thailandKejam dan tidak berperikemanusiaan! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.-Utusan Malaysia

Sesungguhnya orang yang melakukan aksi ganas ini adalah kalangan mereka yang bacul dan penakut. Mereka gentar berhadapan dengan umat Islam di medan pertempuran dan hanya berani bertindak bila umat Islam sedang solat.

Segelintir penduduk mendakwa bahawa ini adalah tindakan pihak tentera, bertujuan untuk membangkitkan kemarahan tentera pemisah Islam di Selatan Thailand.

Ia juga dilakukan bagi mewujudkan suasana ketakutan serta sebagai alasan untuk tentera Thailand meneruskan peperangan dengan tentera pemisah.

Walau siapa pun yang lakukan perkara ini, hakikatnya mereka akan dilaknat Allah. 11 syuhada yang terkorban dihadapan Allah itu pasti akan diganjari nikmat syurga. Pemergian tragis mereka itu tidak sesekali melemahkan semangat juang para mujahid yang akan menuntut bela atas kematian mereka.

Bangkitlah tentera Allah, ajarkan musuh-musuh Allah itu dengan erti kemanusian. Tunjukkan mereka jalan pulang ke pangkal jalan atau habiskan sahaja nyawa mereka jika masih mahu memerangi umat Islam.

Kedamaian tidak akan tercapai di Selatan Thailand selagi Kerajaannya mengamalkan sikap konfrontasi dengan pejuang Islam disana.

Monday, 8 June 2009

PERINGATAN PENTING !!!

KULIAH SUBUH PADA 14/6/2009- AHAD

YBG USTAZ KHAIRUZAMAN ABD KADIR

SURAU AL MUTTAQIN

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Sunday, 7 June 2009

Nik Aziz: Kerajaan Perpaduan Perkara Karut

   

Mushidul Am PAS Tuan Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

 “Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.

 “PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.

Tokoh Ulama' itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS.

 “Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

 Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan.

 



Seksaan Meninggalkan Solat
www.iLuvislam.com
amirah_muslimah
Editor : almusafirq8

Semasa di Dunia
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW: 
1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka). 

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya. 

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya. 

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ). 

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala. 

6.Doanya tertolak 
Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.” 

Semasa Hampir Ajal
Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW: 
1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan). 

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar). 

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. 
Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu. 

Semasa Bertemu Tuhannya
Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.
Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya. 

Kisah Pengajaran
Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.
1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.
3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa” 
Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya. “BERSEGERALAH BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT” 

*Ulasan hadis dan kisah yang diceritakan tidak dinyatakan sumbernya,diharap para pembaca yang mengetahuinya dapat maklumkan,namun pengajaran yang terdapat didalamnya boleh diambil iktibar dan teladan buat peringatan-editor.


32 Comments · 4199 Reads ·

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive