Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 4) Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad 7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor. |
Rihat Minda
Friday, 15 May 2009
- Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
- Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumahseperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.
- Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
- Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.
- Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaiksemasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.
- Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantapdengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.
- Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar. Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.
- Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari dari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain.
- Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.
- Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan.
- Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.
Wednesday, 13 May 2009
Ikhtilaful Hadith 2
Saya akan mulakan sambungan artikel berkenaan Iktilaful Hadith pada beberapa masalah yang sering disalah fahami dikalangan kita terlebih dahulu. Selain dari masalah-masalah yang masyhur tersebut, akan saya susulkan pada artikel berikutnya nanti. InsyaAllah. Adapun, dalam permasalahan-permasalahan ini, saya usahakan meringkas sekadar untuk difahami mengapa berlaku perbezaan dalam memahami hadith tersebut sahaja.
a) Menyentuh kemaluan –
Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa menyentuh kemaluannya, maka hendaklah ia berwudhu’.
Hadith 2: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang menyentuh kemaluannya, maka janganlah ia solat sehingga dia berwudhu’.
Hadith 3 : Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan bertanya tentang orang yang menyentuh kemaluannya, apakah ia perlu berwudhu’. Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya itu hanyalah sepotong daging darimu”.
Masalah : Hadith 1 dan 2 dilihat bertentangan dengan hadith ke-3.
Penjelasan : Ulama’ mazhab Syafi’I berpendapat menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’ berdasarkan hadith 1 dan 2. Bagi ulama’ mazhab Hanafi berpendapat tidak membatalkan wudhu’ berdasarkan hadith ke-3.
Pandangan ulama’ menyatakan bahawa terbatal wudhu’ bagi orang yang mengenggamnya iaitu menyentuh dengan tapak tangan bahagian dalam dan mungkin menimbulkan rangsangan. Ini tidak diragukan lagi dan wajiblah berwudhu’ berdasarkan hadith 1 dan 2.
Adapun hadith ke-3 itu merujuk kepada orang yang sudah lanjut usia. Maka, itu tanpa sengaja atau tanpa syahwat, tidaklah membatalkan wudhu’nya. Wallahua’lam.
b) Kencing berdiri –
Hadith 1: Nabi s.a.w tidak pernah kencing berdiri.
Hadith 2: Nabi s.a.w melarang seseorang kencing dengan berdiri.
Hadith 3: Kata Aisyah r.a : Siapa yang menceritakan kepada kalian bahawa Nabi buang air berdiri, maka janganlah kalian percayainya. Beliau tidak pernah buang air kecil kecuali dengan duduk.
Hadith 4: Kata Huzaifah “aku melihat Nabi mendatangi tempat pembuangan sampah sebuah kaum, lalu baginda membuang air kecil dengan berdiri”.
Masalah : Hadith 1, 2 dan 3 dilihat bertentangan dengan hadith ke-4.
Penjelasan : Nabi s.a.w kencing berdiri di tempat pembuangan sampah ( tempat buang pelepah kurma di Madinah ) kerana kesukaran untuk Nabi duduk ditempat yang sebegitu dengan kondisi sampah dan kemungkinan kotoran lain. Maka Nabi pun berdiri dan berlindung dibelakang seseorang sebagai pendindingnya.
Maka, jika ada yang mengatakan Nabi kencing berdiri, itu benar tetapi dalam kondisi darurat sahaja yang dibenarkan berdasarkan kaedah Fiqh : Keadaan darurat mengharuskan hal-hal yang dilarang.
c) Minum berdiri –
Hadit 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang minum berdiri, maka hendaklah ia muntahkannya.
Hadith 2: Ada sahabat yang melihat Nabi minum berdiri di tepi telaga Zam-Zam.
Masalah : Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2.
Penjelasan : Nabi minum berdiri ditepi telaga zam-zam kerana pada saat itu suasana ditepi telaga itu penuh sesak dengan orang ramai. Jika Nabi duduk disitu, pasti akan mengganggu orang lain yang menghampiri telaga untuk mengambil air. Keduanya, sengaja Nabi berdiri agar perbuatannya minum air zam-zam dapat dilihat oleh para sahabat sebagai makluman kepada mereka bahawa antara manasik (perkara-perkara sunat ) dalam musim haji adalah minum air zam-zam. Jika Nabi minum duduk, mungkin sahabat tidak nampak.
Maka, jika ada yang mengatakan Nabi membenarkan minum berdiri, itu tidak benar kecuali dalam suasana seperti Nabi dan jika ada yang mendakwa bahawa minum air zam-zam itu sunat sambil berdiri, maka itu juga tidak benar. Wallahua’lam.
d) Buang air menghadap kiblat –
Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w : Jangalah kalian menghadap kiblat saat membuang air besar atau air kecil.
Hadith 2: Ibnu Umar r.a berkata “ketika aku naik ke rumah Hafsah, aku melihat Rasulullah sedang buang hajat dengan menghadap arah Syam dan membelakangi kiblat.
Masalah : Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2. Sedangkan Nabi melarang buang air menghadap ke kiblat atau membelakangi kiblat.
Penjelasan : Nabi membuang air menghadap arah Syam dan membelakangi kiblat dirumah Hafsah kerana Baginda duduk dalam bangunan tertutup ( jamban ). Maka, larangan Nabi agar tidak menghadap kibalt atau membelakanginya hanya pada kawasan yang terbuka seperti padang dan seumpamnya yang tidak mempunyai bangunan atau tabir yang melindungi kita. Adapun jika dalam bangunan yang tertutup, dibenarkan.
e) Pakai kasut tali putus –
Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Jika putus tali sandal (kasut ) salah seorang dikalangan kamu, maka janganlah ia berjalan dengan kasut sebelah.
Hadith 2: Tali kasut Nabi putus, lalu Baginda berjalan dengan kasut sebelah hingga beliau memperbaiki yang lainnya.
Masalah : Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2.
Penjelasan : Nabi melarang memakai kasut sebelah apabila putus sebelah lagi kerana Nabi melihat seorang lelaki yang melakukannya begitu dan memegang kasut yang putus itu ditangannya. Lalu ia berjalan seperti orang pincang. Ia kelihatan amat buruk dengan keadaan begitu jika berjalan dalam jarak yang jauh dan lama dan tidak enak dilihat. Pun begitu, larangan ini hanya bersifat makruh.
Adapun Nabi pula putus tali kasut dan Nabi berjalan perlahan sehingga selesai perbaiki kasutnya. Kerana saat itu, Baginda dekat sahaja dari rumahnya. Baginda mengikat kasutnya dengan sesuatu. Sampai dirumah, Baginda lalu memperbaikinya. Maka, bezanya adalah jarak yang dekat dan jauh, lama atau dekat. Itu sahaja. Wallahua’lam.
Sumber rujukan : Hadith Shohih Yang Disalah Fahami – Pustaka At-Tazkia, Jakarta.
Karangan : Prof.Dr Umar bin Abdul Aziz Quraisyi.
Penjelasan penulis : Maka dalam mempelajari hadith, bukan sahaja perlu kita tahu mensyarahkan hadith, namun sebelumnya juga perlu mengetahui ilmu berkaitan Asbabul Wurud Hadith iaitu ilmu yang mengkaji sebab-sebab disabdakan hadith yang meliputi bila Nabi bersabda, kepada siapa Nabi bersabda dan dimana Nabi bersabda sebagaimana di dalam Al-Qur’an juga ada Asbabun Nuzul. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita memahami Islam. InsyaAllah. SILA MAKLUM JIKA ADA KESALAHAN DALAM TULISAN INI.
Solat bersama muzik-muzik...
Baru sahaja memulakan wirid sele
pas solat Isya’ secara perlahan, Ust menghentikannya sebentar dan terus memberi teguran spontan secara umum kepada semua ahli jama’ah apabila bunyian panggilanhandphone seorang makmum dibiarkan begitu sahaja tanpa dimatikan. Ketika itu pemilik handphone masih solat.
“ solat dengan muzik atau bunyi-bunyian itu adalah solatnya orang-orang Nasrani ( Kristian ) “ Saya yang duduk agak hujung kurang jelas apa lagi yang disampaikan oleh Ust sehingga membuatkan semua ahli jama’ah diam dan mengangguk-angguk.
Sampai di kelas, sebelum menyambung pengajian, kami terus menyoal semula. Jelas Ust pada kami “ ana pelik melihat segelintir dikalangan kita yang apabila handphonenya berbunyi sedangkan ia sedang solat, lalu dibiarkan sahaja tanpa dimatikan…apakah tidak bisa dimatikan atau terbatal solat jika dimatikan ? Padahal dia bisa mematikan dengan menekan menggunakan jarinya..dan jika berada dilantai dihadapannya, dia bisa memijak dengan jarinya…
“ Ust, bagaimana kalau handphone itu berada dalam sarungnya yang diletakkan dipinggang seperti orang tadi?” Ust tersenyum kerana memahami kemusykilan kami tentang pergerakan 3 kali yang membatalkan solat. “ yang membatalkan solat kerana pergerakan 3 kali itu secara sengaja atau darurat ?” tanya Ust. “yang batal itu pergerakan berturut-turut atau tidak?”
“ antum bisa keluarkan dari sarung dipinggang itu, kemudian mematikannya dengan jari..itu baru satu pergerakan..dengan jari bukan pergerakan anggota besar…kemudian memasukkannya semula..baru 2 kali..yang dilarang adalah berturut-turut dengan anggota besar…namun, dalam keadaan begini..antum bayangkan jika kita solat, ular melintas dihadapan pun, kita bisa bergerak untuk memukulnya..agak-agak berapa kali kamu bergerak untuk memukul ular?” apatah lagi dalam kondisi ini…ular hanya mengganggu kamu seorang…muzik dihandphone bisa mengganggu semua ahli jama’ah…Maka jika antum ke pesantren-pesantren, antum akan belajar masalah pergerakan yang dibenarkan ini..bahkan pengajian Fiqh Moden hari ini pun membenarkan pergerakan ketika darurat ( sangat memerlukan handphone dipadamkan )…
Selesai menjawab kemusykilan kami, Ust menambah lagi, “ inilah kejayaan Kristian..mereka solat dengan muzik-muzik..lalu mereka mahukan umat Islam meniru ibadah seperti mereka..namun, untuk mereka masukkan muzik-muzik kedalam masjid, itukan tidak mungkin…maka, masukkan muzil lewat ( melalui ) bunyi-bunyian dari handphone…kita pun solat hari ini dengan pelbagai bunyi-bunyi muzik..yang rock pun ada…
Catatan penulis: Solusinya, elakkan membawa handphone diwaktu solat atau jika diperlukan sangat, pastikan anda ‘mewajibkan’ diri untuk off kannya atau silent sebelum solat dan apa-apa cara lain. Bagi pemanggil ( pembuat panggilan ) , anda juga perlulah menjadi manusia yang faham bilakah waktu yang sesuai untuk membuat panggilan dan tahu waktu-waktu solat serta anggaran selesainya waktu itu. So, sama-samalah faham ya. Jadi,janganlah bangga pula bila handphone berbunyi ketika solat, semua orang memandang kerana best dengan lagu dari handphone anda:)..
3 Jenis Manusia di Majlis Ilmu..
Sekurang-kurangnya dalam majlis ilmu baik di masjid, bilik kuliah di kampus, dewan seminar atau apa sahaja, ada 3 jenis manusia dalam bab memberikan pertanyaan :
1) Bertanya kerana benar-benar tidak tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia benar-benar ingin mengetahui.
2) Bertanya sesuatu yang dia sudah tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia meyakini masih ada orang ( pendengar ) yang tidak mengetahui permasalahan itu bahkan tidak terfikir untuk bertanya. Maka, mudah-mudahan apabila penceramah atau pengkuliah menerangkan permasalahan itu, bisa memahamkan orang lain juga.
3) Bertanya untuk mengenakan orang – soalan diajukan untuk test power ilmu penceramah untuk melihat sejauhmana kemampuannya atau bertujuan untuk mengenakan mana-mana individu atau mana-mana kelompok dalam majlis ilmu tersebut. Contohnya : Ditanya soalan tentang perangai ‘kuat makan, kuat tidur, hisap rokok dan sebagainya’ bertujuan ingin menyakitkan mereka. ( Tetapi kalau sengaja ditanya secara umum dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki, itu dibenarkan. Yang penting keikhlasan ketika bertanya )
Jadi, pilihlah antara ketiga-tiga jenis tukang soal ini yang ingin anda terapkan pada diri anda sebagai ahlul ilmi. InsyaAllah.
Sekadar perkongsian…mudah-mudahan bermanfaat.
| Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur |
| Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat | |
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan. "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu. "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu. "Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut." Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi. Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat. Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari. Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat. Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu. Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat. Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya. Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur. Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w. Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya. Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat. Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia. Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu. Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur. Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati. b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok. Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - lanh _ |
Tuesday, 12 May 2009
KEADAAN TAMBAH BERCELARU DAN HARU BIRU DI PERAK
Seperti yang saya catatkan semalam, apa juga keputusan Mahkamah sama ada di peringkat Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan sama ada memihak kepada Nizar atau Zamry tidak akan menyelesaikan konflik di Perak selagi DUN tidak dibubarkan.
Keputusan Mahkamah Rayuan sekali lagi meletak rakyat Perak berada dalam dilema dan menjadi mangsa gara-gara kegelojohan Umno merampas kuasa di Perak. Justeru itu Umno@BN cukup takut dan gentar berhadapan dengan pilihanraya semula di Perak kerana menyedari nasib yang bakal menimpa mereka. Oleh itu mereka akan mencari seribu satu helah dan dalih untuk mengelakkan berlaku pilihanraya semula di Perak.
Keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi sama sekali tidak mengubah keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Hanya orang yang tak ada maruah dan perasaan sahaja seperti Zamry yang sanggup mengaku bahawa dia masih menjadi Menteri Besar.
FEEDJIT Live Traffic Map
Blog Archive
-
▼
2013
(14)
-
▼
03/17 - 03/24
(7)
- Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan NajibPosted...
- Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida ...
- Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya Harak...
- Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik...
- Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita ...
- 26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS Mohd ...
- Rakyat Kedah tuntut BN pulangkan duit rakyat RM4...
- ► 02/03 - 02/10 (7)
-
▼
03/17 - 03/24
(7)
-
►
2012
(139)
- ► 12/16 - 12/23 (2)
- ► 11/18 - 11/25 (7)
- ► 11/04 - 11/11 (1)
- ► 10/21 - 10/28 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (4)
- ► 08/05 - 08/12 (5)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (4)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (6)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 03/11 - 03/18 (2)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/26 - 03/04 (14)
- ► 02/19 - 02/26 (2)
- ► 02/12 - 02/19 (8)
- ► 02/05 - 02/12 (5)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/22 - 01/29 (11)
- ► 01/15 - 01/22 (22)
- ► 01/08 - 01/15 (9)
- ► 01/01 - 01/08 (1)
-
►
2011
(108)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 12/18 - 12/25 (4)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (4)
- ► 10/02 - 10/09 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (2)
- ► 09/04 - 09/11 (6)
- ► 08/28 - 09/04 (5)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (7)
- ► 07/24 - 07/31 (8)
- ► 07/17 - 07/24 (27)
- ► 07/10 - 07/17 (14)
- ► 07/03 - 07/10 (7)
- ► 06/19 - 06/26 (2)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (9)
- ► 05/29 - 06/05 (1)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
-
►
2010
(169)
- ► 06/27 - 07/04 (2)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (5)
- ► 05/09 - 05/16 (2)
- ► 05/02 - 05/09 (3)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (3)
- ► 03/07 - 03/14 (3)
- ► 02/28 - 03/07 (11)
- ► 02/21 - 02/28 (11)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (17)
- ► 01/31 - 02/07 (11)
- ► 01/24 - 01/31 (13)
- ► 01/17 - 01/24 (20)
- ► 01/10 - 01/17 (18)
- ► 01/03 - 01/10 (16)
-
►
2009
(286)
- ► 12/27 - 01/03 (18)
- ► 12/20 - 12/27 (13)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (4)
- ► 11/15 - 11/22 (7)
- ► 11/08 - 11/15 (10)
- ► 11/01 - 11/08 (8)
- ► 10/04 - 10/11 (4)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (2)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/06 - 09/13 (10)
- ► 08/30 - 09/06 (7)
- ► 08/23 - 08/30 (12)
- ► 08/16 - 08/23 (8)
- ► 08/09 - 08/16 (8)
- ► 08/02 - 08/09 (9)
- ► 07/26 - 08/02 (11)
- ► 07/19 - 07/26 (6)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 06/14 - 06/21 (9)
- ► 06/07 - 06/14 (15)
- ► 05/31 - 06/07 (7)
- ► 05/24 - 05/31 (14)
- ► 05/17 - 05/24 (12)
- ► 05/10 - 05/17 (16)
- ► 05/03 - 05/10 (14)
- ► 04/26 - 05/03 (9)
- ► 04/19 - 04/26 (8)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (3)
