Rihat Minda


Monday, 11 May 2009

Ketibaan Nizar di Istana Kejutkan Tetamu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.

| 1 comments ]


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi benar-benar memalukan Barisan Nasional kerana mahkamah memutuskan, YB Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. 

Ternyata kaedah yang telah digunakan oleh BN untuk menawan semula Perak didapati bertentangan dengan perlembagaan dan juga undang-undang tubuh negeri Perak. 

Natijahnya, sejak 6 Februari lalu, Perak telah ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang tidak sah sehingga berlakunya sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2008 dan Raja Nazrin terpaksa menunggu lebih 5 jam untuk merasmikan sidang DUN yang begitu kontroversi pada minggu lalu.

Bahkan juga, 64 rakyat Malaysia terpaksa ditahan dalam lokap, beribu anggota polis terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan dan entah berapa juta wang rakyat yang terpaksa digunakan untuk membiayai operasi itu.

Foto Speaker DUN Perak yang diusung keluar secara paksa sudahpun ditonton oleh berjuta penduduk Malaysia dan dunia. Nama Perak dan Malaysia sudah pun terjejas di mata dunia, akibat sikap terburu-buru kerajaan BN yang mahu menawan semula Perak sepertimana yang telah dijelaskan oleh Tun Mahathir sebelum ini. 

Manakala gelaran MB haram yang diberikan kepada Zambry selama ini sudah terbukti benar. Beliau yang hanya menurut kata ‘orang atasannya’ terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Keluarganya juga terpaksa menanggung aib yang amat berat.

Tatkala banyak pihak meramalkan keputusan mahkamah akan memihak pada BN, ternyata mahkamah mempunyai alasan untuk mengubah persepsi itu. 

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).


Esok pagi, Nizar akan memohon untuk menghadap Sultan Perak. Jika diperkenankan, sudah pasti Nizar mahu mengusulkan kepada Sultan agar DUN Perak dibubarkan secepat mungkin. Persoalannya kini, adakah Sultan akan bersetuju dengan permintaan itu? 

Manakala Najib pula memberitahu wartawan, BN akan membuat rayuan secepat mungkin. Adakah Sultan Perak mahu menunggu kes rayuan itu didengar terlebih dahulu sebelum Baginda mahu memutuskan untuk membubarkan DUN Perak?

Pada saya, adalah lebih afdal jika Sultan Perak membubarkan DUN Perak dan BN pula hendaklah membatalkan hasrat mereka untuk membuat rayuan kes itu di mahkamah. Biarkan rakyat jelata membuat keputusan. Jika BN fikir pilihanraya kecil satu pembaziran, boikot sajalah pilihanraya kecil itu. 

Bagaimanapun, saya tidak fikir Sultan mahu membubarkan DUN Perak. Apapun, keputusan Sultan esok bakal menentukan samada kemelut politik Perak akan berakhir ataupun ianya akan terus berpanjangan. 



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Nizar Menteri Besar Perak Yang Sah

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

11 Mei 2009, Petaling Jaya- Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.

Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Sunday, 10 May 2009

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH: PEMIMPIN AGUNG BUKAN ULAMA


Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih. Gema kemenangan mengisi ruang angkasa Costantinople seolah-olah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka pagi itu terus luntur. Apakah tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki itu berjaya diruntuhkan oleh tentera Muhammad al-Fatih?.

Rupa-rupanya tentera Sultan Muhammad al-Fatih telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat!. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Othmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosporus ke Tanjung Emas melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fatih ini?. Beliau yang dimaksudkan ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiyah Othmaniyah, Beliaulah pembuka kota Constantinople yang ketika itu baru usia menjangkau 26 tahun. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya"

Sultan Muhammad al-Fatih ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur dicatatkan dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, cukup gah sehingga dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah sepuluh tahun meninggal dunia.

Beliaulah pemerintah Islam yang pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat iaitu 'Grand Seigneur' yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah di bawah penjagaan ayahnya Sultan Murad II. Bapanya juga merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan adalah seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fatih telah diangkat menjadi pemimpin kerajaan Othmaniyah pada bulan Februari 1451 pada usia beliau 22 tahun.

Dalam membentuk keperibadian anaknya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, ayahnya mengutamakan keseimbangan elemen fizikal, mental dan roh, ini kerana kekuatan Sultan Muhammad al-Fatih dilihat banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Ketika usianya kecil lagi beliau sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang. Elemen rohani turut mendapat perhatian dan dorongan penuh dari ayahnya.

Beliau telah di tarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani yang terkenal dengan gelaran Abu Hanifah di zamannya dan Muhammad bin Hamzah al-Dimasyqi al-Rumi. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, feqah, linguistik (bahasa Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini lahir menempa nama besar di persada sejarah dunia. Sultan Muhammad al-Fatih banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople, dan sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Beliau juga banyak mengkaji sejarah Islam tentang usaha-usaha yang pernah dibuat ke arah itu, ini kerana usaha pertama pernah disusun pada tahun 44 Hijrah, iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a., walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi yang menyertainya, syahid di medan perjuangan.

Pernah diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih menawan Constantinople beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub al-Ansari untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang sahabat nabi. Berdasarkan sejarah beliaulah satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah. Setelah bertemu Sultan Muhammad al-Fatih meminta kuburnya digali dan jasadnya dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui dahulu. Kemudian Sultan Muhammad al-Fatih memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran beliau.

Peristiwa yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan penghormatan Abu Ayyub al-Ansari kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Constantinople.

Beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan Rasulullah s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Sultan Muhammad al-Fatih mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada ayahnya. Beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Watak beliau di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku yang bertajuk 'Sultan Muhammad al-Fatih' menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fatih sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang jauh serta kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad al-Fatih mampu untuk menghadapi tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya.

Beliau seorang pemuda yang warak. Jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di Masjid disebabkan keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah S.W.T Beliau digambarkan sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan kenegaraan dan masyarakat mengatasi kepentingan pada diri.

Beliau sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak hairanlah cara beliau mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi rujukan dunia sehingga ke hari ini. Kehidupan beliau juga digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan cara berpakaiannya juga tidak terikat dengan peraturan-peraturan Istana.

Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Selain daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan Muhammad al-Fatih juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di samping itu beliau berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan golongan Janisari.

sumber wikipedia : klik sini
Posted by Samurouh Bin Razali

Alhamdulillah selepas exam habis ana memiliki masa terluang untuk terus blogging.Kali ini ana ingin sentuh tentang filem-filem kartun yang menjadi kegemaran kita masa kecil dan mungkin adik2 dan anak2 kita menggemarinya.Kanak2 ibarat "kain putih" yang dapat dicorakkan apa saja pada dirinya. Pada masa kanak-kanak, apa saja yang dilihat dan didengar dapat berada di dalam sanubarinya yang masih tulus, jika benda ni terukir di dalam hatinya, akan akan dizahirkan oleh mereka jika mereka dewasa kelak.

Tidak dapat dinafikan lagi lagi, banyak kisah-kisah menarik yang digarap sedemikian rupa agar digemari oleh kanak-kanak.kebanyakannya termasuk kisah-kisah sains fiksyen yang dipenuhi dengan cerita-cerita bohong, syirik dan keruntuhan akhlak.

Hasilnya, kita dapat melihat betapa banyak anak-anak muslim yang lebih mengenal tokoh-tokoh fiksyen hasil idea orang-orang kafir daripada mengenal tokoh-tokoh muslim, seperti para sahabat,para tabi'in dan ulama.Betapa banyak kanak-kanak muslim yang menghafal cerita-cerita khurafat dibandingkan kisah-kisah penuh pelajaran yang telah diceritakan dan diajarkan oleh Allah dan Rasullullah SAW.

Ketika anak-anak terbongkang kat depan television tak ramai orang tua pun yang prihatin kpd sikap anak-anaknya. Padahal apabila kita perhatikan, Dapat dilihat anak kita berada pada keadaan yang seharusnya dipantau.Kenapa tidak,kerana filem-filem kartun tersebut mengajarkan kepada mereka pelanggaran-pelanggaran syariat Allah dan Rasullullah SAW.

Tulisan kali ini akan membongkar kesesatan, dan penyimpangan beberapa filem kartun yang paling popular di tengah-tengah masyarakat yang menyesatkan dan menghanyutkan generasi umat kini.


Doraemon si Boneka Ajaib


Konon khabarnya, Doraemon boleh pergi menjelajah di masa lalu dan di masa yang akan datang. Katanya, ia dapat mengadakan sesuatu yang belum ada menjadi ada dengan poket ajaibnya. Dalam kartun, ia digambarkan sebagai tempat untuk meminta segala sesuatu yang ghaib oleh temannya.Antum lihatlah bagaiman filem kartun tersebut betul-betul menyimpang dari aqidah.Segala sesuatu telah ditetapkan waktu dan ajalnya oleh Allah SWT. Makhluk tak mampu mengatur waktu, baik memajukannya atau mengundurkannya. Makhluk tak akan mampu menyeberang dari zaman moden menuju kezaman lampau atau sebaliknya.Allah swt berfirman,

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya". (Surah Al-A’raaf Ayat 34)

Kartun Doraemon telah mengajarkan aqidah (keyakinan)yang batil dalam diri anak-anak kita tentang adanya makhluk yang memiliki kemampuan yang menyamai Allah SWT makhluk ni mampu mengadakan segala sesuatu yang belum ada menjadi ada. Padahal telah termaktub dalam Al-Qur’an dan Sunnah bahawa takde makhluk yang mampu melakukan segala sesuatu yang ia nak, sebab itu semua ada dalam kekuasaan Allah itu hanyalah sifat yang dimiliki Allah. Allah SWT berfirman:

"Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya". (Surah Al-Baqarah ayat 253)

" Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang dia kehendaki". (Surah Huud ayat 107)

Kita x perasan pun yang si Doraemon mengajar anak kecil untuk meminta dan berdoa kepada selain Allah dalam perkara yang tak mampu dilakukan oleh seorang makhluk tetapi hanya boleh dilakukan oleh Allah SWT. Allah Azza wa Jalla berfirman:

"Dan Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyeru (berdoa) kepada seseorangpun di dalamnya di samping Allah". (Surah Al-Jin ayat 18 ).

Dragon Ball


Cerita dalam filem ni bnyak mengandung unsur kebatilan,spt adanya penyembahan dewa-dewa seperti Dewa Emperor, Dewa Bumi, Dewa Gunung, Dewa Naga, dan entah apa2 lagi. Keyakinan ini kalau dikaji berasal dari agama Budha, Hindu dan Shinto yang penuh dengan kebatilan n kesesatan,Sedangkan Allah hanya meredhai Islam sbg agama yang benar.

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Surah Ali Imran AYat 19)

Jadi,agama apapun selain Islam, seperti agama Buddha, Hindu, Shinto, dan lainnya, semuanya tak akan diterima oleh Allah,dan penganutnya akan rugi buat selama-lamanya disebabkan kekafiran dirinya. Allah SWT berfirman,

"Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". (Surah Ali Imran Ayat 85)

Jika kita telah mengetahui kebatilan agama selain Islam, maka tak layak bagi kita dan anak-anak kita untuk berbangga, meniru dan memuji orang-orang kafir itu dan mengikuti gaya hidup mereka, apalagi sampai memilih agama mereka sebagai pedoman hidup !! Nauzubillah Jauhkanlah anak-anak kita dari orang-orang kafir, jangan sampai mereka bangga dengan orang-orang kafir. Bersihkanlah mulut dan telinga mereka dari istilah-istilah orang-orang kafir dan Atheisme dengan jalan membersihkan rumah kita dari benda pembawa bencana spt TV yang berisi tayangan yang merosakkan, bahkan menghancurkan agama. Kita harus lepaskan diri dari orang-orang kafir dan sembahan-sembahan mereka.Allah berfirman:

"Sesungguhnya Telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan Dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu, dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja". (Surah Al-Mumtahanah Ayat 4).

Ayat ini mengajarkan kepada kita supaya memiliki pendirian terhadap orang-orang kafir. Kita harus tegas dalam menampakkan keyakinan kita.Janganlah kita bangga dan tertipu dengan kekafiran mereka,Kerana kemajuan yang telah diorang capai. Allah SWT berfirman,

"Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri-negeri". (Surah Ali Imran Ayat 196).

Jadi,kebebasan mereka di muka bumi ini, dan majunya mereka dalam segala aspek kehidupan janganlah membuat kita tertipu dengan mereka, sehingga akhirnya tak lagi mengingkari kekafiran mereka, dan malah memilih sikap toleransi bersama mereka dalam urusan agama (aqidah, ibadah, akhlaq, dan lainnya).


Shin Chan (Simbol Anak Derhaka)

Shin chan adalah anak yang sering derhaka terhadap kedua orang tuanya.Dia suka berbohong, mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada kedua orang tuanya dan suka membuat orang tuanya marah. Jadi, jangan pelik la kalau ada kanak-kanak yang meniru watak Shin chan , sebab mereka telah terpengaruh dek cerita kartun tersebut.Allah swt berfirman,

"Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Surah Al-Isra’ Ayat 23 .

Nabi Muhammad SAW bersabda diantara dosa-dosa besar,

"Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua". Kemudian Baginda duduk (sebelumnya bersandar)sambil bersabda, "Ingatlah, dan juga perkataan dusta". [HR Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizy dan Ahmad.

Jadi,berdosa besar jika seseorang mencela,membentak dan meremehkan orang tuanya. Semua ini adalah bentuk-bentuk derhaka yang dilarang di dalam agama kita yang memiliki aturan yang amat sempurna !!

Inilah beberapa kesesatan filem-filem kartun tersebut.Apa yang ana dedahkan ini baru sedikit sedangkan kesalahan dan kesesatan filem ini sebenarnya masih banyak. Andainya ada waktu dan tempat mencukupi, maka ana akan paparkan secara teliti sesuai dengan tinjauan Al-Qur’an dan Sunnah. Tapi sesuatu yang tak boleh dilakukan secara menyelruh janganlah pula kita tinggalkan semuanya.Insya Allah.Inilah sikit sebanyak bahana kapitalisme yg hanya pentingkan keuntungan semata-mata dengan mengabaikan agama dalam kehidupan.So,jom kita tebarkan perlawanan.

Saturday, 9 May 2009

Kerana Assabiyah....

dikarang 6ARAB2'08 SITES


Seperti yang kita ketahui kita semua dilarang bersatu dan berjuang atas dasar perkauman yang jelas-jelas diharamkan dalam islam melalui hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.Rasulullah telah bersabda:

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]

"Sesiapa yang menyeru kepada assabiyyah, seolah-seolah dia menggigit kemaluan bapanya [diriwayatkan di dalam Mishkat al Masabih]

"Tinggalkanlah (assabiyyah) kerana ia busuk" [HR Muslim dan Bukhari]

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk di antara mereka, dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin, maka bukanlah ia termasuk di antara mereka.” (HR Thabrani).
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Ana teringin hendak berkongsi peristiwa yang berlaku pada zaman para salafushalih.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku semasa baginda SAW dan para sahabat berjuang mempertahankan madinah. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Ambillah pengajarannya dan janganlah sekali-kali mensia-siakan hidup kita atas nama perkauman.sesungguhnya hanya perjuangan demi agama sahaja yang diredhai oleh Allah swt.Wallahu'alam

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan. - lanh _

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive